Pernah tak Mommy dengar tentang golden garlic?
Golden garlic ini adalah bawang putih yang memiliki tekstur sedikit lembik dengan warna kuning keemasan. Jenis bawang putih ini mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan.
Kalau Mommy perhatikan dalam satu labu bawang putih pastinya terdapat dua atau tiga ulas bawang yang sedikit lembik serta berwarna kuning keemasan.
Meskipun begitu, kulit luarnya tetap keras dan kering seperti luaran bawang putih yang biasa.
Mommy jangan terus buang, walaupun ia lembik tapi bawang putih itu masih elok dan boleh digunakan dalam masakan.
Mari Min kongsikan tentang kebaikan dan kegunaan golden garlic untuk pengetahuan Mommy.
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto
Kebaikan Golden Garlic Untuk Kesihatan
#1. Menyehatkan jantung
Pengambilan bawang putih jenis keemasan ini dapat menyehatkan jantung. Khasiat ini terlihat apabila pesakit jantung yang memakan golden garlic menunjukkan penurunan kadar kalsium dan protien C-reaktif.
Selain itu, kandungan nutrisi dalam bawang putih juga dapat melancarkan aliran darah daripada pembuluh arteri yang ada di jantung manusia.
Highlighted
#2. Menurunkan risiko kanser
Golden garlic mentah kaya dengan kandungan sulfur aktif yang mampu mencegah pembentukan sel kanser dan menghambat penyebarannya.
Berdasarkan penelitian Cancer Prevention Research, pengambilan golden garlic secara rutin dapat menurunkan risiko kanser pada individu tersebut.
Sebagai contoh kanser pankreas, kanser payudara, dan kanser prostat.
#3. Menjaga kesihatan otak
Kumpulan Penyelidikan dari Universitas Missouri mendapati bahawa karbohidrat dalam bawang putih iaitu FruArg, boleh melindungi sel-sel otak daripada penuaan dan penyakit.
Seterusnya, FruArg juga membantu melawan peradangan dan stres oksidatif.
#4. Membantu mengurangkan kolesterol
Menurut Naturally Yours, golden garlic juga berkesan untuk menurunkan kadar kolesterol tinggi dalam tubuh. Penelitian menunjukkan bahwa golden garlic boleh menurunkan sekitar 20 mg/dl kadar kolesterol dan trigliserida dalam tubuh manusia.
#5. Memperkuatkan tulang
Bawang putih jenis ini juga bermanfaat untuk memperkuat tulang dengan cara menghambat proses pengeroposan tulang disebabkan oleh kandungan flavonoid.
#6. Menstabilkan kadar gula darah
Kandungan pada golden garlic dapat membantu mengurangi kadar gula darah dan meningkatkan peraliran gula darah pada tubuh manusia. Sangat sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes.
Kebaikan Golden Garlic Untuk Kecantikan
#1. Mengatasi jerawat
Kandungan antimikroba dan antibakteri daripada bawang putih mampu untuk mengatasi jerawat. Jika ingin mendapatkan manfaat ini, Mommy hanya perlu hiris bawang putih, kemudian sapukan pada bahagian yang berjerawat.
#2. Membantu menurunkan berat badan
Bawang putih juga berkhasiat untuk membantu penurunan berat badan. Allicin dari bawang putih mampu meningkatkan sistem metabolisme tubuh sehingga sel-sel lemak boleh terbakar dengan lebih cepat. Sementara, antioksidan di dalamnya akan membantu menghancurkan timbunan lemak di dalam tubuh.
#3. Memudarkan bekas jerawat
Sifat anti-inflamasi dan anti-bakteri dalam bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan bekas luka atau tahi lalat. Hanya perlu sapukan sahaja terus ke atas bekas luka yang telah mengering.
#4. Menyehatkan dan menyuburkan rambut
Jika Mommy ingin rambut tumbuh dengan lebat, kuat, dan sihat pastikan kulit kepala sihat terlebih dahulu. Mommy boleh rawat dengan minyak rambut yang terbuat dari campuran bawang putih.
#5. Membantu memudarkan stretchmark
Nutrisi yang terkandung di dalam cairan bawang putih membantu memudarkan stretchmark iaitu garis-garis belang yang terbentuk akibat retakan kulit.
Campurkan bawang putih yang telah dilumat ke dalam minyak zaitun atau kelapa hangat dan sapukan pada bahagian stretchmark tersebut.
Semoga perkongsian tentang golden garlic ini dapat memberi ilmu baharu kepada Mommy dan sekeluarga. Bawang putih yang luar biasa ini jarang dijumpai dan sangat bermanfaat.
Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan dan perubatan di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.