Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ketahui Jenis Dan Design Grill Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Kredit gambar: Adobe Stock

Grill rumah adalah sesuatu lekapan yang biasa dijumpai di kebanyakan rumah. Ada yang menggunakannya untuk tujuan yang berbeza, tetapi selalunya ia dipasangkan untuk tujuan keselamatan.

Ia boleh jadi keselamatan atau perlindungan daripada penceroboh. Bagi yang duduk di flat, pangsapuri, atau kondominium pula, ia penting untuk keselematan kanak-kanak kecil.

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila memasang grill rumah ialah grill yang mempunyai pembukaan yang boleh dibuka kuncinya, sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Harga Grill Rumah

Harga grill pilihan akan bergantung kepada bajet atau keluasan rumah sama ada rumah kecil atau luas, design grill, bahan grill tersebut, ketahanan, dan kekuatannya.

Jadual berikut menunjukkan anggaran harga grill rumah di Malaysia untuk panduan. Walau bagaimanapun, harga yang lebih tepat tentulah akan berdasarkan kontraktor Mommy.

Jenis Bahan
Harga Grill Rumah
Keluli Tahan Karat
Dari RM30 kaki persegi
Besi Tempa (Wrought Iron)
Dari RM21 kaki persegi
Keluli Lembut
Dari RM20 kaki persegi
Aluminium Dari RM19 kaki persegi

Jenis-jenis/ Design Grill Rumah Yang Boleh Didapati

1. Jenis Keluli Tahan Karat

Highlighted

Kredit gambar: Berjaya Gate

Grill rumah yang diperbuat daripada bahan keluli tahan karat adalah pilihan utama bagi sesiapa yang ingin mengutamakan keselamatan.

Ia diperbuat daripada bahan yang sukar untuk dipotong, tidak kira pada suhu yang tinggi atau rendah, justeru meningkatkan keselamatan.

Seperti namanya, keluli ini tahan karat jadi ia mampu bertahan lama. Walaubagaimanapun, harganya adalah lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan jenis grill lain.

2. Grill Besi

Kredit gambar: Getty Images

Grill yang diperbuat daripada besi adalah pilihan popular kerana ia sejenis bahan yang kukuh dan murah untuk dipasang di rumah.

Grill besi juga popular kerana ia mudah dibentuk, jadi Mommy boleh mendapatkannya dalam pelbagai reka bentuk.

Satu kelemahan grill besi ialah ia mudah berkarat dan perlu dicat semula sekerap mungkin.

3. Grill Keluli Lembut

Kredit gambar: HomeBagus

Grill keluli lembut adalah jenis grill yang banyak digunakan di Malaysia. Ia adalah salah satu daripada pilihan grill yang murah.

Selalunya, ia datang dalam reka bentuk yang ringkas seperti palang lurus. Kalau Mommy jenis tidak kisah tentang design, grill ini boleh jadi pilihan.

Tak seperti keluli tahan karat, keluli lembut ini lebih terdedah kepada karat dan perlu dicat semula. Mommy juga mempunyai pilihan untuk menggunakan grill keluli powder-coated untuk tahan lama.

4. Grill Rumah Keluli

Kredit gambar: Getty Images

Kalau Mommy inginkan kekuatan grill yang diperbuat daripada keluli tahan karat tanpa memakan kos yang tinggi, Mommy boleh pilih grill jenis keluli biasa.

Grill ini lebih tahan karat berbanding dengan grill besi dan keluli lembut, tetapi tak sehebat keluli tahan karat. Tapi jika dijaga dengan baik, ia masih boleh bertahan untuk jangka masa yang lama dalam pelbagai keadaan cuaca.

Bahan ini juga tidak mudah pecah atau dipotong. Apa yang menarik ialah grill ini adalah mesra alam kerana ia boleh dikitar semula!

5. Besi Wrought Iron

Kredit gambar: Getty Images

Besi yang dikenali dengan nama ‘wrought iron‘ ini tahan lasak seperti keluli lembut, tetapi harganya hampir dua kali ganda kerana ia selalunya datang dalam pelbagai bentuk dan warna.

Pembuatan besi ini melibatkan pemanasan logam dan kemudian dibentukkan dengan perkakasnya tersendiri. Reka bentuk yang biasa dilihat adalah dalam bentuk daun dan bunga.

Grill jenis ini sering menjadi pilihan bagi yang inginkan grill yang elegen dan mewah selain daripada tahan lasak dan tahan lama.

6. Grill Aluminium

Kredit gambar: Getty Images

Grill yang diperbuat daripada aluminium tidak memberikan aspek keselamatan yang tinggi kerana ia adalah logam lembut dan mudah dipotong.

Dari segi itu, ia mungkin sesuai untuk diletakkan dirumah bertingkat dimana ia adalah mustahil bagi sesiapa untuk menceroboh.

Grill aluminium adalah ringan dan tidak mudah berkarat, sesuai juga untuk diletakkan di kawasan seperti tingkap atau balkoni pangsapuri untuk keselamatan kanak-kanak.

7. Besi Cast Iron

Kredit gambar: Getty Images

Grill yang dibuat daripada cast iron adalah diperbuat daripada besi yang kuat dan tidak semahal keluli tahan karat.

Besi ini mempunyai takat lebur yang rendah dan dibuat dengan menuangkan leburan besi kedalam acuan untuk dibentuk.

Kelemahan besi cast iron ini ialah ia mudah berkarat jika tidak dijaga dengan baik.

8. Grill Gabungan Besi & Kayu

Kredit gambar: OLX

Design grill gabungan besi dan kayu biasanya digunakan untuk grill pintu atau pun pagar. Gabungan kayu dan besi memang nampak mewah dan sering didapati di rumah banglo.

Walau bagaimanapun, gabungan ini tidak sesuai untuk dipasang di tingkap kerana tidak tahan lama dan mudah rosak apabila terdedah kepada cuaca lembap.

9. Grill Tingkap Jenis Melengkung

Kredit gambar: PropertyGuru

Kalau Mommy inginkan grill yang amat unik untuk tingkap Mommy, bolehlah pertimbangkan grill tingkap jenis melengkung.

Design grill yang berinspirasikan English garden ini sesuai untuk sesiapa yang ingin menghiasi tingkap dengan tumbuh-tumbuhan kerana grill ini mempunyai ruang untuk perkara sebegitu.

10. Grill Design Invisible

Kredit gambar: Legate Invisible Grille

Satu design grill yang moden ialah design grill yang invisible, iaitu hampir tidak kelihatan. Inovasi yang agak baru ini diperbuat daripada wayar keluli tahan karat yang amat nipis!

Boleh dipasang secara mendatar atau menegak, grill ini memang hampir tidak boleh nampak terutamanya dari jarak jauh.

Ia sering digunakan di balkoni bangunan tinggi sebagai langkah keselamatan daripada memanjat pagar. Walau bagaimanapun, ia mudah dipotong disebabkan saiznya yang nipis.


Banyak betul pilihan grill rumah yang boleh didapati! Pemasangan grill rumah terdapat panduannya tersendiri dari segi keselamatan dan peraturan. Sama seperti awning rumah, pastikan Mommy mendapatkan perkhidmatan professional dalam memasang grill idaman rumah Mommy. Selamat mencuba!