Risau anak Mommy terlalu banyak makan dan minum benda bergula setiap hari? Tidak dapat dinafikan gula adalah penambah perasa dalam setiap minuman dan makanan kita.
Namun, ianya membawa banyak kesan negatif kepada tubuh kita termasuklah kanak-kanak. Kesan negatif ini dapat dikawal sekiranya pengambilannya dikurangkan.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara untuk mengurangkan kadar pengambilan gula dan juga dan juga kesan negatif sekiranya pengambilan gula ini tidak dikawal dalam kalangan kanak-kanak untuk rujukan Mommy dan Daddy.
Jom ikuti perkongsian di bawah!
8 Kesan Negatif Pengambilan Gula Berlebihan pada Anak-anak
- Boleh menyebabkan diabetes pada usia yang terlalu muda.
- Boleh menyebabkan kerosakan gigi.
- Boleh menyebabkan sakit perut, ketidakhadaman dan masalah penghadaman yang lain.
- Melemahkan daya penglihatan.
- Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif dan menurunkan tahap konsentrasi mereka.
- Memberi tekanan kepada sistem imun kanak-kanak.
- Boleh meningkatkan potensi penyakit Asthma dalam kalangan anak-anak.
- Boleh menyebabkan alergi makanan kepada kanak-kanak.
Cara Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula
Berikut adalah antara cara untuk mengurangkan pengambilan gula iaitu:
#1. Hidangkan Bersama dengan Makanan Lain Semasa Waktu Makan
Ini untuk mengelakkan anak makan terlalu banyak jika diambil luar dari waktu makan. Jika makan dengan hidangan pada waktu makan anak Mommy akan kenyang dengan makanan lain dan menyebabkannya makan benda bergula tidak banyak.
#2. Jangan Terlalu Ikut Permintaan Anak
Sesekali Mommy perlu mengatakan tidak kepada permintaan anak-anak. Mommy dan Daddy sebagai ibu bapa yang seharusnya menentukan apa yang boleh dan tidak bagi anak Mommy.
#3. Elakkan Memberi Hadiah Makanan yang Mengandungi Tinggi Gula
Jangan sesekali terbiasa dengan budaya memberikan benda manis atau bergula sebagai hadiah kepada kanak-kanak. Mommy boleh memilih makanan atau minuman lain yang sesuai dijadikan hadiah. Contohnya, mainan, buku atau buah-buahan kegemaran mereka.
#4. Sediakan Jadual Pemakanan
Sebaiknya sediakan satu jadual makan dan masukkan satu waktu untuk anak-anak menikmati makanan bergula seperti gula-gula dan coklat. Tetapi ingat ya Mommy, cuba meminimumkan waktu tersebut.
Jika anda meminta untuk coklat atau apa-apa benda bergula katakan bahawa sekarang bukanlah masa untuk snack lagi. Patuhi jadual makan tersebut dan anak-anak akan terbiasa dengan rutin itu kelak.
#5. Pantau Pengambilan Gula Harian Anak
Jika anak-anak Mommy telah memakan terlalu banyak benda bergula dalam satu hari, jangan hukum atau mempersoalkannya. Mommy hanya perlu sambung makan seperti biasa mengikut jadual makan yang telah disediakan. Namun, Mommy harus sentiasa memantau anak Mommy supaya kejadian sama tidak berulang.
#6. Sediakan Snek Bersama dengan Makanan Tinggi Lemak dan Protein
Hal ini kerana, makanan berlemak dan mempunyai protein tinggi akan membuatkan anak Mommy kenyang dan tidak akan makan banyak benda bergula.
#7. Cari dan Sediakan Makanan yang Kurang Gula
Contohnya, Mommy boleh sediakan makanan yang kurang kandungan gulanya. Mommy juga boleh gantikan gula dalam makanan anak-anak dengan menggunakan makanan yang sememangnya mempunyai gula semulajadi di dalamnya.
#8. Beri dan Sediakan Makanan yang Seimbang
Mommy perlu pastikan anak-anak mempunyai pemakanan seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein. Masukkan ini semua dalam jadual makan yang disediakan.
#9. Kurangkan Pengambilan Minuman Manis
Gantikan minuman manis seperti minuman ringan, dan jus buah-buahan yang sudah ditambah gula dengan air kosong atau susu skim.
#10. Mengurangkan Pengambilan Makanan dan Minuman yang Mempunyai Pemanis Tiruan
Hentikan penggunaan pemanis tiruan dalam makanan dan minuman yang ternyata menjejaskan kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit kronik.
#11. Elakkan Pengambilan Makanan Segera
Hal ini kerana, bukan sahaja makanan segera adalah makanan yang diproses tetapi juga tinggi gula dan garam di dalamnya. Limitkan pengambilan makanan segera kepada anak Mommy.
#12. Gantikan Hidangan Pemanis Mulut dengan Memberikan Buah-buahan
Sudah menjadi trend semasa apabila dessert-dessert yang manis disediakan sebagai pemanis mulut. Sebaiknya sediakan buah-buahan sebagai pemanis mulut.
#13. Berikan Pilihan kepada Anak
Contohnya, jika mereka inginkan snek manis semasa makan tengahari, maka pada malamnya tiada lagi snek dibenarkan. Ini adalah salah satu cara untuk mengehadkan pengambilan snek manis dalam diet harian anak Mommy.
#14. Elakkan Pengambilan Sarapan yang Manis dan Tinggi Gula
Contohnya, sarapan waffle dan pengkek boleh digantikan dengan oat atau telur rebus. Pelbagaikan resepi sarapan Mommy menggunakan makanan yang sihat seperti sandwich dan salad.
#15. Tunjuk Contoh yang Baik
Mommy dan Daddy perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak iaitu amalkan pengambilan diet seimbang dalam diet harian. Anak-anak cenderung untuk meniru apa yang Mommy Daddy tunjukkan dan amalkan. Semuanya bermula dari Mommy dan Daddy.
Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.
Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!
Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan kesihatan yang lain di SINI!