Bila gusi bengkak ni, mulalah rimas dengan semua benda. Bunyi bising sikit pun tak boleh. Rasa nak marah orang je. Nak makan pun susah, seksanya! Itu kalau kita. Kalau anak-anak lagi lah kan?
Jom Mommy, cuba beberapa petua untuk redakan gusi bengkak ni. Kebanyakkannya hanya memerlukan bahan di dapur Mommy je!
16 Petua Redakan Gusi Bengkak
#1. Sapu lendir lidah buaya
Daun lidah buaya atau aloe vera memang berkesan untuk menurunkan keradangan. Caranya, Mommy hendaklah buang durinya yang tajam di sisi kiri kanan. Kemudian buangkan kulitnya dan Mommy akan nampak keluar getahnya.
Basuh dengan betul-betul bersih getahnya yang gatal ni dan picit pada isi aloe vera tu. Nanti akan keluar lendirnya dan lendir itulah yang Mommy kena sapukan di kawasan gusi yang bengkak.
Biarkan dan nanti, kumur-kumur dan ulang lagi.
#2. Berkumur dengan air garam
Selain itu, boleh juga ambil garam dan larutkan bersama air suam. Gunakan larutan air garam ini untuk berkumur beberapa kali. Dalam sehari tu buatlah 2 hingga 3 kali ke gitu.
Selain membantu untuk meredakan bengkak dan keradangan gusi, kumur air garam dapat membantu melegakan ulser dan juga baik dalam kesihatan mulut secara keseluruhannya.
#3. Sapu kunyit
Sama ada Mommy nak gunakan serbuk atau kunyit hidup, mana-mana pun boleh. Kalau nak guna serbuk, jadikan ia pes dan sapu ke seluruh kawasan yang bengkak dan sekitarnya.
Kalau nak guna kunyit hidup pula, cuma asahkan kunyit hidup supaya keluar airnya. Sapulah air tu di sekitar gusi. Buat beberapa kali ya?
Kunyit ni sifatnya memang anti-inflammatory. Memang bagus untuk meredakan bengkak.
#4. Berkumur dengan air minyak pati
Boleh juga nak manfaatkan minyak pati yang Mommy guna untuk diffuse tu. Tapi pastikan yang betul-betul asli tanpa campuran bahan-bahan lain lah ya.
Mommy campurkan setitik minyak pati dengan air ke, lepas tu berkumur macam berkumur air garam. Antara minyak pati yang elok untuk kesihatan mulut adalah minyak tea tree dan peppermint.
#5. Kemam air teh panas
Kandungan tannin dalam teh dipercayai bagus untuk kesihatan gusi. Mommy cuba buat air teh suam dan kemam airnya. Kalau nak letakkan uncang teh tu terus di kawasan gusi bengkak pun boleh.
#6. Sapu baking soda
Bukan hanya boleh digunakan untuk masakan je, baking soda pun boleh membantu untuk meredakan gusi bengkak.
Ini kerana, ia bersifat antiseptik dan antibakteria. Nak buat pes baking soda ke, berkumur ke, boleh cuba mana-mana cara yang Mommy selesa ya?
#7. Sapu minyak cengkih
Bunga cengkih memang amat bagus untuk kesihatan mulut. Kalau sakit gigi ke, gigi berlubang ke, memang bagus sangat lah titikkan pati minyak cengkih tu.
Tapi bukan untuk gigi je. Kalau gusi bengkak pun, khasiat pada minyak cengkih ni memang boleh meredakan bengkaknya.
#8. Berkumur dengan air lemon
Kita tak nak lah concentrated sangat. Jadi Mommy campurkan air perahan lemon dengan air bertapis untuk buat air berkumur ya. Selain daripada air garam, air lemon pun bagus.
Kalau bagi kat anak-anak, mereka pun pasti okay. Tertelan pun tak apa!
#9. Letak halia di gusi
Bahan semula jadi lain yang bagus untuk redakan gusi bengkak adalah halia. Mommy potongkan je halia sekeping dua, muat untuk selitkan di sekeliling gusi bengkak dan biarkan selama beberapa waktu.
Kalau perlu, tukarkan dengan kepingan halia yang baru. Kita nakkan jus halia tu supaya ia bertindak dengan keradangan pada gusi bengkak.
Kalau nak buat teh halia dan minum sambil kemam pun boleh Mommy. Buat pes halia yang dihancur-hancurkan pun boleh.
#10. Berkumur dengan air apple cider vinegar
Di samping itu, cuka epal pun boleh digunakan sebagai air kumur. Hanya campurkan sesudu cuka epal ni dengan air tapis dan kumurkan beberapa kali sehari.
#11. Banyakkan minum air kosong
Rutin harian kita pun boleh membantu meredakan gusi bengkak Mommy. Mommy jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong tau.
Keadaan dalam mulut yang kering dan kurangnya minum air boleh menambahkan pembiakan kuman di dalam mulut dan celah gigi.
Bila dah macam ni, lagi susah lah bengkak nak surut.
#12. Berkumur dengan air pudina
Dalam beberapa produk untuk kesihatan mulut, banyak kan kita jumpa yang ada ekstrak daun pudina? Ini disebabkan khasiatnya yang boleh meredakan keradangan dan melawan bakteria.
Rasanya yang berangin pun pasti boleh mengurangkan serba sedikit rasa sakit bengkak gusi tu.
#13. Berus gigi dengan betul dan lembut
Dalam proses merawat gusi bengkak ni, Mommy harus sentiasa ingat untuk berus gigi dengan betul dan perlahan. Jangan kasar-kasar atau tak berus langsung ya.
Kita tak nak bakteria makin membiak dan membuatkan bengkak makin serius nanti.
#14. Guna flos gigi
Kebanyakkan masa, gusi boleh bengkak kerana penjagaan mulut yang tidak baik. Kadang-kadang tu, walaupun dah berus gigi, masih ada bakteria yang melekat di celah-celah gigi yang tidak boleh dihilangkan dengan memberus gigi sahaja.
Jadi penting ya untuk Mommy flos gigi sentiasa. Terutamanya di kawasan yang sering terlekat makanan, fokus untuk bersihkan di bahagian tu.
#15. Sapu ekstrak vanilla
Ada juga yang kata ekstrak vanilla ni membantu. Sapukan je ekstraknya ke sekeliling kawasan gusi yang bengkak dengan kapas. Buat untuk beberapa kali ya.
#16. Tekapkan dengan air batu
Di dalam bahagian mulut atau dari luar, mana-mana pun boleh. Mommy masukkan beberapa ketul ais ke dalam tuala dan tekapkan di kawasan gusi bengkak.
Cuba buat beberapa kali dan tengok kesannya ya?
Petua Redakan Gusi Bengkak
Kebanyakkan petua ini tak susah pun Mommy. Tengok pada kesesuaian dan penerimaan anak-anak, cubalah kaedah yang mereka selesa ya?
Semoga Mommy dan seisi keluarga diberikan kesihatan yang sempurna.
Sumber: Homage
Dapatkan pelbagai petua dan panduan yang lain DI SINI.