Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Kebaikan Habbatussauda Untuk Ibu Hamil – Kaya Dengan Sumber Vitamin Dan Mineral!

khasiat habbatussauda untuk ibu hamil

Penggunaan habbatussauda telah lama dipraktikkan dan kini semakin meluas dipasarkan. Terdapat begitu banyak kelebihan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi baharu dan ia kini telahpun dikomersilkan bagi tujuan perubatan dan juga kecantikan. Namun adakah habbatussauda untuk ibu hamil sesuai jika ia diambil?

Habbatussauda dikatakan mempunyai banyak kebaikan kepada wanita hamil jika diambil dengan sukatan yang tepat.

Di bawah ini, kami senaraikan beberapa manfaat yang boleh dipreroleh jika mengamalkannya sepanjang kehamilan sama ada diambil secara biji, serbuk ataupun hasil patinya (minyak).

Walaupun begitu, terdapat segelintir ibu-ibu yang tidak sesuai meenggunakkannya. Oleh itu, kami kongsikan juga beberapa kesan sampingan yang mungkin ibu-ibu akan alami setelah mengambilnya.

Jom lihat!

Kebaikan Habbatussauda Untuk Ibu Hamil

Highlighted


#1. Merendahkan Paras Kolesterol

Semasa hamil ibu lebih cenderung untuk mendapat penyakit. Hal ini memungkinkan ibu mengalami masalah dalam tempoh kehamilan dan risiko mendapat anak cacat agak tinggi.

Justeru itu pengambilan habbatussauda membantu merendahkan paras kolesterol.

#2. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Dapat Meningkatkan Imun Dalam Badan

Habbatussauda merupakan sumber antioksidan yang tinggi yang mampu menghalang kecacatan pada janin dan melawan radikal bebas.

Ia bertindak menghalang kerosakan pada kromosom bagi mencegah penyakit sindrom down, dan sindrom klinefelter.

Ia dapat menjadikan tubuh lebih berdaya tahan untuk menjamin kesihatan tubuh.

#3. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Dapat Membuatkan Rambut Lebih Bermaya

Di dalam habbatussauda terkandung sejenis bahan aktif yang disebut nigellone yang mempunyai persamaan dengan antihistamin dimana ia mampu membantu mengurangkan keguguran rambut.

Ia juga bersifat anti-oksidan, anti-bakteria dan anti radang menjadikan ia berfungsi mengurangkan kelumumur dan kulit kepala kering. Pengambilan habatussauda dengan kadar sesuai dapat membantu menyihat dan menyuburkan rambut.

#4. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Merupakan Sumber Vitamin dan Mineral

Habbatussauda begitu kaya dengan vitamin A, B1,B2,B6, C dan E yang mampu memenuhi keperluan nutrisi ibu dan bayi. sumber protein, fiber dan penyumbang omega 3, 6 dan 9 yang baik untuk tubuh.

Dapat membantu perkembangan otak bayi. Asid lemak tidak tepu membantu melancar dan memperbanyakkan lagi susu ibu.

Ia juga mengandungi sodium, magnesium, kalsium, zat besi dan selenium yang baik untuk tumbesaran janin.

#5. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Mampu Menurunkan Paras Gula

Ia membantu merendahkan bacaan gula dalam darah.

Minyak habbatussauda dapat membantu secara perlahan-lahan bagi memulihkan semula sel-sel beta di dalam kelenjar pankreas untuk melancarkan pengeluaran insulin secara semulajdi supaya ia dapat mengawal paras glukosa dalam darah.

Mengambilnya secara bersesuaian dapat mengelak dari penyakit diabetis.

#6. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Berupaya Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi seringkali menjadi masalah utama ketika kehamilan. Minyak habbatussauda berupaya mengawal tekanan darah tinggi dan turut menjaga kesihatan hati dan buah pinggang.

#7. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Merupakan Anti-kanser

Ia membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang berupaya menyebabkan penyakit kanser seperti kanser pankreas, paru-paru dan kolon.

Kesan Sampingan Habbatussauda Kepada Ibu Hamil

Terdapat beberapa kesan sampingan untuk segelintir wanita hamil iaitu:

#1. Melambatkan Pembekuan Darah

Mengambil habbatussauda secara berlebihan boleh menyebabkan proses pembekuan darah menjadi lambat. Perkara ini akan memberi kesan semasa dan selepas proses kelahiran.

#2. Kulit Kering dan Sensitif

Bagi individu yang tidak sesuai menggunakannya boleh menyebabkan alahan kulit seperti ruam merah dan juga menyebabkan kulit menjadi kering.

#3. Kelahiran Pramatang

Kredit gambar: feedbyumminajla.com

Jika diambil secara berlabihan ia berkemungkinan boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran awal jangkaan.

#4. Mengganggu Proses Pencernaan

Mengambil habbatussauda secara berlebihan, akan memungkinkan anda mengalami masalah pencernaan contonya rasa loya, sukar membuang, perut tidak hadam, dan kembung perut.

Kesimpulannya, setiap apa yang kita makan atau minum akan memberi kesan kepada tubuh kita. Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam setiap pengambilan dan sensitif terhadap perubahan tubuh kita dalam menerima sesuatu.


Dapatkan juga pelbagai panduan dan tips kehamilan, kesihatan dan lain-lain lagi di SINI!