Hari Bapa dah nak dekat tapi masih tiada idea nak bagi apa untuk ayah tercinta? Jangan bimbang, dekat sini ada 25 idea hadiah Hari Bapa yang boleh membantu Mommy untuk membuat keputusan hadiah apa yang sesuai untuk ayah atau suami tercinta.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Meskipun seorang ayah susah untuk menunjukkan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya tetapi seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga dan anak-anaknya.
Walaupun hanya sekadar ucapan yang diberi, sebiji kek atau sekeping kad sebagia hadiah Hari Bapa untuk meraikan jasa mereka, percayalah itu sudah bermakna untuk si ayah.
Tapi apalah salahnya jika Mommy ada rezeki lebih dan membeli barangan yang disukai suami dan ayah, sudah pasti mereka akan lebih bahagia dan teruja dengan pemberian tersebut.
25 Idea Hadiah Hari Hapa Yang Bermakna
#1. Topi
Sangat sesuai untuk lelaki yang minat memakai topi ia akan kelihatan lebih muda dan bergaya. Malah, akan menjadi barangan yang selalu dipakai oleh ayah.
#2. Minyak wangi
Siapa sahaja yang tidak suka wangi? Minyak wangi antara keperluan lelaki bila ingin keluar dari rumah. Ia akan membuatkan diri lebih berkeyakinan.
#3. Dompet
Dompet antara barangan yang lelaki akan guna bertahun lamanya meskipun sudah lusuh. Semoga hadiah ini dapat membuat mereka menukar dompet yang baharu.
#4. Jam tangan
Jam tangan adalah barangan yang sering dipakai oleh setiap lelaki. Jika suami atau ayah Mommy suka bertukar-tukar jam tangan sudah pasti mereka suka akan hadiah ini.
#5. Kasut
Selagi tak rosak, orang lelaki sangat susah nak tukar kasut yang baharu. Kasut adalah barangan yang selalu digunakan ketika keluar dari rumah. Jadi, hadiahkan suami atau ayah Mommy kasut yang baharu. Semoga bertambah semangat untuk keluar mencari rezeki.
#6. Tali pinggang
Tali pinggang juga antara barangan yang akan diguna oleh lelaki selagi tidak rosak dan lusuh. Itulah sifat lelaki, mereka akan guna sesuatu barangan itu sebolehnya. Harapnya, apabila dapat hadiah tali pinggang yang baharu mereka akan segera ganti dan nampak lebih kemas.
#7. Tali leher
Jika suami atau ayah Mommy seorang yang bekerja dengan memakai tali leher, ini merupakan hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada mereka.
#8. Kaca mata hitam
Kaca mata hitam ini sangat sesuai dipakai ketika berada diluar mahupun sedang memandu. Pastinya! Seorang lelaki akan kelihatan lebih bergaya dan kacak.
#9. Telefon bimbit
Siapa yang tidak suka dapat handphone kan? Sekarang handphone merupakan keperluan dalam kehidupan seharian. Jika suami atau ayah Mommy mempunyai handphone yang sudah lama atau rosak ini merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Mereka pasti akan suka biarpun tidak mahal yang penting ikhlas.
#10. Hamper buah-buahan Istimewa Sebagai Hadiah Hari Bapa
Selalunya orang bagi hadiah hamper coklat atau bunga sebagai hadiah Hari Bapa atau hari lahirkan. Kali ni, kita ubah sedikit dan jadikan hamper tersebut lebih ‘sihat’ dan bersesuaian dengan penerima iaitu seorang ayah.
#11. Alatan Bertukang
Sekiranya ayah gemar bertukang, hadiah yang diberikan ini pasti akan membuatkan dia tersenyum lebar dan lebih terharu dihadiahkan daripada anak sendiri yang amat memahami diri ayahnya.
#12. Kain pelikat
Kain pelikat sangat sesuai dijadikan hadiah. Yelahkan, setiap kali ke surau atau menunaikan solat di rumah kebiasaanya orang lelaki lebih selesa memakai kain pelikat.
#13. Tilam untuk sakit belakang
Ayah yang sudah berumur dan tua mesti selalu mengadu sakit belakang jika terlampau lama membuat kerja kan. Jadi, tilam yang mempunyai fungsi perubatan sangat sesuai diberikan kepada ayah kerana dapat membantu memberikan keselesaan ketika baring.
Untuk kebaikan serta menjaga kesihatan ayah, Mommy boleh hadiahkan tilam urut seperti ini kerana bapa pasti menggunakannya memandangkan badannya sentiasa sakit belakang dan lenguh-lenguh setiap hari.
#14. Al-quran
Ia adalah sebuah hadiah yang sangat berharga biarpun hanya senaskhah Al-quran. Semoga dengan pemberian ini dapat memberikan ganjaran yang baik kepada si pembaca dan si pemberi.
#15. Bantal
Alah, bantal je pun. Ia memang hanya bantal tetapi semua bantal mempunyai kualiti yang berbeza. Jika ingin memberikan keselesaan kepada ayah hadiahkan bantal yang bertaraf hotel 5 bintang ini sudah pasti empuk dan selesa.
Ini merupakan pilihan yang terbaik. Ayah pun tak mudah sakit kepala atau leher nanti.
#16. Kelengkapan berkebun
Walaupun nampak remeh, namun, set hadiah ini sangat berguna dan semestinya bermakna sebagai hadiah Hari Bapa terutamanya buat ayah yang suka berkebun dan bercucuk tanam di kampung.
Set kelengkapan berkebun ini adalah hadiah yang sangat bermakna untuk dijadikan hadiah. Ayah pasti suka dan lebih bersemangat kerana semua alatan untuk berkebun sudah lengkap.
#17. Mesin urut badan
Kerusi urut sangat sesuai diberikan kepada ayah atau suami. Semakin kita meningkat dewasa, ayah kita juga meningkat usia dan mula sakit-sakit badan. Jadi, hadiah mesin urut badan ini dapat membantu kurangkan kesakitan mereka.
#18. Mesin Kopi
Ayah atau suami Mommy penggemar kopi? Haa, hadiahkan mereka mesin kopi adalah pilihan yang tepat! Apabila ada mesin kopi ini, senang untuk mereka menikmati kopi kegemaran di rumah.
#19. Set golf
Set Golf ini sememangnya sangat sesuai diberikan kepada ayah sekiranya dia suka bermain golf dan merupakan hobinya maka hadiah ini akan menjadi lebih bermakna.
#20. Set Memancing
Jika ayah atau suami Mommy adalah kaki pancing, sudah pasti set memancing adalah hadiah yang berguna kepada beliau. Yelah, ayah atau suami mana yang tidak suka ketika ada yang memberi sokongan kepada hobi mereka.
#21. Kerusi Malas
Kerusi malas ni sangat sesuai diletakkan di luar rumah. Jika ayah Mommy seorang yang suka bersantai di petang hari hadiah kerusi malas ini merupakan pilihan yang tepat.
#22. Pakej Percutian Sebagai Hadiah Hari Bapa
Bila dah berumur ni, orang tua lebih suka duduk dan berehat di rumah. Jadi, jika Mommy ingin pergi melancong, bawalah sekali ayah dan ibu supaya percutian itu bermakna untuk Mommy sekeluarga. Dengan cara ini dapat hargai saat-saat indah bersama keluarga tersayang.
#24. Topi keledar motorsikal
Siapa yang penggemar motorsikal, sudah pasti sangat suka dengan koleksi topi keledar yang baharu. Pilih lah topi keledar jenama kesukaan mereka dan yang sesuai untuk si ayah atau suami. Berikan keselamatan yang terbaik untuk ayah dan suami tercinta!
#25. Motosikal Sebagai Hadiah Hari Bapa
Lagi menairk, Mommy boleh hadiahkan ayah atau suami sebuah motosikal baharu ketika Hari Bapa.
Hadiah ini sangat berguna untuk lelaki dan memudahkan urusan seharian mereka. Jika Mommy tahu motor idaman mereka, lagi bagus kerana mereka dapat menunggang motosikal idaman dan mereka pasti akan gembira sekali!
Lihat pelbagai idea dan inspirasi yang lain di SINI.