Hadiah hari ibu ni subjektif sebenarnya. Yelah…kesukaan dan minat orang tak sama. Tengok keadaan juga, kadang-kadang tu ibu memang ada perlu sesuatu tapi asyik tangguh je nak beli atas beberapa faktor seperti kewangan.
Jadi apabila tiba Hari Ibu, sebagai anak atau suami, kita harus peka dan ambil tahu untuk merayakan Mama, ibu, emak atau apa sahaja panggilan anda kepada wanita kesayangan kita itu. Apa yang disukainya, apa yang diperlu atau apa yang sudah lama ibu kita idamkan.
Di sini kami senaraikan 20 pilihan hadiah yang kita boleh pilih untuk berikan pada mereka yang bergelar ibu. Yang mana satu pasti menjadi pilihan ratu kesayangan anda? Jom lihat:
20 Idea Untuk Hadiah Hari Ibu
1. Pokok bunga
Kalau ibu anda suka bercucuk tanam, haa…sesuai sangatlah bagi pokok bunga yang diidam-idamkannya. Katalah kan, ibu dah lama teringin nak beli pokok keladi albino, jadi, masa inilah untuk merealisasikan impiannya dan beri kejutan padanya.
2. Beg tangan
Orang kata, wanita ni memang tak pernah cukup beg tangan kan? Maklumlah, satu untuk bawa ke pasar, satu untuk bawa ke surau, satu lagi untuk bawa ke majlis kenduri dan sebagainya.
Kalau nak ke majlis formal macam mana pula? Haa…itulah sebab ia sentiasa berbaloi untuk hadiahkan beg tangan pada ibu.
Walaupun hadiah hari ibu ini mungkin sudah biasa atau normal, tetapi, ia masih berguna buat ibu-ibu. Nak lagi menarik, belikan yang cantik dan sesuai dengan citarasanya serta yang lebih berkualiti. Pasti ibu pun suka!
3. Pakej di spa/salon
Hadiah ni, tak semestinya berupa material kan? Boleh juga bagi hadiah berupa servis pada ibu. Apa kata hari ibu tahun ini kita buat kelainan sikit?
Anda bagi pakej di spa untuknya yang merangkumi beberapa rawatan seperti urutan badan dan wajah, treatment rambut dan mandian herba.
Bila sentiasa berkhidmat untuk keluarga, pasti ibu rasa lebih seronok dan gembira apabila diberi peluang dimanjai sebegini.
4. Alatan elektrik
Nama je wanita, terutamanya yang suka memasak, pastinya teringin mempunyai beberapa perkakas elektrik yang berada di pasaran.
Air fryer ke, oven ke, high-standard mixer ke, atau canggih sikit lagi, thermomix. Fuh…boleh bayangkan dah tu macam mana terujanya ibu!
Kalau rasa mahal sangat perkakas elektrik yang ibu teringin tu, boleh je berpakat dengan adik-beradik yang lain – sama-sama kongsi sedikit duit untuk membeli alat elektrik yang sudah lama menjadi idaman si ibu.
5. Mesin jahit
Mesin jahit ni ada banyak ya. Ada yang khas untuk jahit tepi, ada yang untuk sulam dan macam-macam lagi kategorinya.
Kalau ibu anda suka menjahit, bolehlah hadiahkannya mesin jahit. Apa salahnya kan, mesin jahit di rumah tu pun pasti sudah bertahun usianya.
6. Barang mekap
Umumnya, kalau wanita, memang suka mekap lah kan? Kalau tak tebal pun, sekurang-kurang pakai lipstick dan bedak. Apa kata anda hadiahkan set mekap untuk ibu sempena hari ibu tahun ini?
Mesti ada code warna lipstick yang ibu teringin cuba. Kena siasat dulu lah ya?
7. Cermin mata hitam
Maklumlah…makin tua ni makin sensitif mata. Terutamanya di bawah cahaya matahari, boleh pening jadinya.
Elok juga kalau bagi cermin mata hitam untuk ibu kan? Bergaya pun bergaya tu!
8. Make-over dapur
Ibu ni, memang akan habiskan banyak masa di dapur. Ada je kerjanya. Jadi suasana dapur ni memang pentinglah.
Kalau anda anda bajet lebih, bolehlah berpakat-pakat dengan adik-beradik yang lain untuk make-over dapur ibu.
Ini mesti ibu-ibu suka sangat kan?
9. Skincare
Kalau bukan set mekap, bagi set skincare pun apa salahnya. Tambah-tambah lagi, bila berusia dan banyak tanggungjawab, ramai ibu yang kurang memberi perhatian kepada kulit mereka.
Yelah…duit nak guna untuk banyak benda penting yang lain lagi. Jadi sebagai anak lah, kita usahakan untuk manjakan ibu!
10. Telekung sembahyang
Untuk yang beragama Islam, ibu pasti suka kalau dihadiahkan telekung sembahyang. Tambah-tambah yang premium, pasti akan dihargainya.
Tak salah ada telekung banyak-banyak pun sebab memang elok bergilir kan? Lagi senang kalau telekung untuk pakai di rumah dan di luar adalah yang berlainan.
11. Pewangi/Perfume
Ia bergantung pada preference ibu anda ya. Jenama dan jenis pewangi macam mana yang disukainya. Bolehlah hadiahkan untuk ibu tersayang!
12. Cadar dan comforter
Makin tua makin terganggu tidurnya. Oleh itu, kualiti cadar dan selimut memang penting sebenarnya untuk tidur yang berkualiti.
Apa kata beli cadar dan comforter premium untuk ibu? Walaupun mahal sikit, pasti berbaloi untuk kesihatan mereka.
13. Emas
Haa…kalau ibu sukakan barang kemas, apa salahnya bagi yang semampunya kan? Subang, cincin, gelang; ikut lah. Yang mana bersesuaian dengan bajet anda.
14. Tudung
Ibu-ibu pun ada fesyennya yang tersendiri kan? Sebagai contoh, ramai ibu-ibu yang sukakan tudung Bokitta. Selain daripada cantik, ia senang untuk dipakai.
Bawal exclusive pula untuk peminat tudung bawal. Bergantung lah, asalkan ibu suka!
15. Mesin urut
Kalau ada bajet lebih, mesin urut pun pilihan yang bagus tau. Dah senang, tak payah susah-susah cari orang mengurut ke apa.
Bila ada mesin urut di rumah, pasti ibu pun kurang dah sakit-sakit badan.
16. Pokok hiasan plastik
Sekarang ni, memang menjadi trend pokok hiasan di dalam dan luar rumah. Contohnya, pokok orkid plastik.
Memang cantik, macam-macam warna dan lebih berseri bila disusun di dalam pasu yang eksklusif. Kalau bagi satu pasu kat ibu ni, pasti dia teruja memikirkan nak letak di mana bunga hiasannya ini.
17. Makan di restoran/hotel
Kalau ibu anda suka makan atau teringin makan di mana-mana restoran mewah atau hotel, apa salahnya bawa ibu untuk lunch atau dinner di sana sempena hari ibu kan? Boleh lihat senarai restoran menarik untuk rayakan Mama anda di sini.
18. Pakej percutian
Kalau ibu masih kuat dan bertenaga, boleh juga hadiahkan pada ibu pakej percutian. Bercuti di pulau ke, resort mewah ke, mana-mana lah!
Terutama kalau ibu memang dah lama teringin nak ke sana, pasti ibu terharu!
19. Kasut
Selain beg tangan, kasut pun idea yang bagus untuk dijadikan hadiah hari ibu. Macam beg tangan juga, kasut pun digunakan untuk berbeza tempat kan?
Tengoklah pada keperluan ibu. Nanti boleh beli kasut yang dia suka atau perlukan.
20. Dompet wanita
Tengok-tengok juga, kalau dah lusuh dompet ibu tu, bolehlah tukar dengan hadiahkan yang baru untuk ibu. Dah selalu guna kan, memang menjadi keperluan dompet ni.
Bolehlah pilih mana-mana yang sesuai untuk dihadiahkan pada ibu sempena hari ibu ya. Kalau nak bagi lebih pun boleh. Apa salahnya, gunakan peluang ini untuk meraikan dan rayakan Mama anda. Pasti beliau lebih gembira dan rasa dihargai!