Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Hadiah Kahwin Untuk Pengantin, Pilih Je Yang Mana Sesuai!

idea hadiah kahwin

Kredit gambar: istockphoto

Bila dapat je jemputan kahwin, memang seronok lah. Terutamanya jika ia daripada keluarga atau rakan yang tersayang kan?

Dalam fikiran ni dah mula rancang dah untuk susun jadual supaya boleh hadir nanti. Perancangan lain yang turut penting adalah, hadiah kahwin apa nak bagi ni ya?

10 Idea Hadiah Kahwin Untuk Pengantin

Sebenarnya, banyak sangat idea hadiah kahwin yang menarik yang Mommy dan Daddy boleh pertimbangkan. Jom, tengok beberapa idea daripada Motherhood ini:

1. Hadiah barangan di dapur

Dah kahwin nanti, tentu pengantin perlu berbelanja sebahagian wang untuk beli barangan di dapur. Apa kata, Mommy mudahkan urusan mereka?

Boleh beli set sudu dan garfu, pinggan dan mangkuk serta macam-macam lagi!

2. Hadiah untuk bilik tidur

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Orang tua-tua kata, pasangan yang baru berkahwin ni sangat memerlukan cadar. Biasalah.. masih dalam fasa honeymmoon kan?

Haa.. cadar yang gebu dan selesa bersama dengan selimut atau comforter memang mereka akan hargai.

3. Baju tidur untuk pengantin perempuan

Kalau yang berkahwin tu rakan atau ahli keluarga yang terdekat, bolehlah bagi hadiah kahwin yang intim sikit seperti baju tidur untuk pengantin perempuan.

4. Hadiah kahwin barangan elektrik

Selain daripada barangan dapur, barangan elektrik pun sama penting. Air fryer, oven, pan, banyak je sekarang yang Mommy boleh beli pada harga di bawah RM100.

5. Minyak wangi untuk pengantin lelaki

Kredit gambar: istockphoto

Kalau Mommy dari sebelah pengantin lelaki, bolehlah bagi hadiah minyak wangi kepada bakal pengantin. Bau memainkan peranan penting ya untuk hubungan suami dan isteri.

6. Hadiah kahwin berupa baucer

Sekarang ni dah banyak dah restoran dan tempat jualan yang menggunakan sistem baucer atau point. Menarik juga kalau hadiahkan pasangan baru berkahwin ni baucer pembelian di mall ke, butik ke, restoran ke, mereka dah tak perlu keluarkan wang untuk berbelanja nanti.

7. Hadiah kahwin berupa wang

Dah ramai dah orang buat macam ni kan sekarang? Kita tak tahu bakal pengantin sukakan apa dan tak nak ambil risiko. Jadi yang terbaik adalah, bagi je wang ringgit dalam sampul sebagai hadiah kahwin.

8. Hadiah kahwin berupa servis

Kredit gambar: istockphoto

Tak semestinya material, boleh juga bagi hadiah kahwin berupa servis kepada mereka. Contohnya, sign-up kan pakej berurut dan spa untuk pasangan pengantin baru ni, selepas majlis ataupun honeymoon.

Percayalah, masa ni memang pengantin baru akan kepenatan dan dimanjakan sebegini akan membuatkan mereka rasa bertenaga dan segar kembali.

9. Hadiah kahwin tiket berbulan madu

Kalau ada bajet lebih sikit dan berpakat dengan rakan-rakan yang lain, tak salah kan belanja bakal pengantin dengan tiket berbulan madu? Ataupun sesama ahli keluarga kan.

Tak semestinya ke luar negara, dalam negara pun best. Ke pulau ke, resort di Sabah ke, tentu bakal pengantin seronok!

10. Hadiah perhiasan diri

Boleh juga bagi hadiah kahwin berupa accessories. Jewelry ke, jam tangan, topi untuk bakal pengantin lelaki ke, mana-mana je.

Pastikan Mommy tahu taste mereka ya?

Idea Hadiah Kahwin Untuk Pengantin

Kredit gambar: istockphoto

Bolehlah pilih yang mana sesuai, kena dengan karakter dan taste pengantin ya? Asalkan Mommy ikhlas, moga-moga hadiah kahwin tu bermanfaat buat pengantin dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-duanya.