Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Idea Hadiah Menarik Untuk Anak Lelaki Mommy!

hadiah untuk anak lelaki

Kredit gambar: istockphoto

Lain anak, lain kesukaan mereka kan? Apatah lagi kalau berlainan jantina. Anak lelaki tak sama dengan anak perempuan ya. Di antara anak-anak lelaki Mommy pun, mesti Mommy akan perasan yang minat mereka berbeza-beza juga.

Senarai Hadiah Untuk Anak Lelaki Tersayang

Kalau pening dan tak tahu nak pilih hadiah apa untuk si hero berusia bawah 12 tahun, boleh cuba kecilkan pilihan Mommy dengan idea daripada Motherhood ni:

#1. Wallet

Anak lelaki sebaiknya diajar untuk bersikap teratur sejak dari kecil lagi. Boleh hadiahkaan mereka wallet dan tengok macam mana mereka menyimpan wang nanti.

#2. Topi

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Walaupun cuaca panas, tak maunya dibuka topi mereka tu. Anak lelaki ramai yang sukakan topi sebagai hiasan diri mereka.

#3. Set Lego

Seronok sangatlah mereka kalau dapat hadiah set Lego ni. Tengok je nanti Mommy, macam-macam yang akan dibinanya.

#4. Permainan video games

Tak kisahlah yang fizikal ataupun online, permainan video games ni banyak juga manfaatnya kalau Mommy dan Daddy pandai disiplinkan si hero. Sesetengah kanak-kanak, kreativiti mereka memang semakin berkembang dengan permainan ini.

#5. Body cologne

Budak lelaki ni lasak sikit dan sistem badan mereka tak sama. Elok juga hadiahkan body cologne untuk mereka supaya bau badan terjaga.

Kredit gambar: istockphoto

#6. Kasut 

Tak pernah cukup kasut untuk anak lelaki, terutamanya untuk mereka yang lasak kan?

#7. Basikal

Secara umumnya, mana-mana kanak-kanak pasti seronok kalau dapat hadiah basikal baru. Boleh je kalau bawa mereka ke kedai basikal dan biarkan mereka pilih sendiri.

#8. Jam tangan

Seperti anak perempuan, anak lelaki pun perlukan jam tangan. Tengoklah pilihan berdasarkan bajet Mommy dan Daddy ya. Jam tangan budak-budak sekarang boleh mengalahkan orang dewasa harganya!

#9. Beg sandang

Kalau anak perempuan sukakan beg silang, anak lelaki pula ramai yang sukakan beg sandang kan?

#10. Kereta mainan

Kredit gambar: istockphoto

Kalau untuk anak lelaki yang sukakan kereta mainan kecil tu, bolehlah belikan mereka set kereta mainan Mommy.

#11. Haiwan peliharaan

Si hero cilik Mommy sukakan haiwan apa ya? Agak-agak seronok tak mereka kalau bagi hadiah hamster ke? Haiwan peliharaan pun sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk anak lelaki Mommy tau.

#12. Gundam

Tak semestinya gundam untuk orang dewasa yang mahal tu. Sekarang ni dah banyak gundam yang khas untuk kanak-kanak di pasaran. Bagus sangatlah untuk melatih motor skill mereka!

#13. Buku

Kita tak nak lah hadiah yang tak bermanfaat. Sesuai juga untuk hadiahkan buku kepada anak lelaki Mommy. Cuba tengok mereka cenderung kepada genre apa?

#14. Tali pinggang

Kacak betul anak lelaki Mommy kalau bila tuck in baju tu. Lagi menarik kalau ada tali pinggang yang menghiasi badan. Nampak kemas je.

#15. Set penjagaan rambut

Kredit gambar: istockphoto

Anak lelaki ni, akan sampai usianya apabila mereka tengok rambut rakan-rakan mereka kemas, mereka pun nak yang sama. Bolehlah belikan set penjagaan rambut untuk si hero ya?

Ada banyak sekarang yang sesuai untuk kanak-kanak dan kurang penggunaan kimia dalam pembuatannya.

Cuba Mommy buat-buat tanya ke, anak lelaki Mommy suka apa? Apabila kita tahu warna kesukaannya, kegilaan kanak-kanak pada usianya, apa yang menarik baginya; itu akan memudahkan kita untuk memilih hadiah untuk mereka.

Kalau tak nak buat kejutan pun tak apa. Tanya terus je kepada mereka. Sesetengah kanak-kanak pun suka cara sebegitu!


Dapatkan idea menarik yang lain di SINI.