Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Idea Hadiah Untuk Anak Perempuan Mommy Berusia 7 Hingga 12 Tahun

hadiah untuk anak perempuan

Kredit gambar: istockphoto

Kanak-kanak memang sukakan hadiah dan kejutan daripada Mommy dan Daddy mereka. Mereka akan rasa dihargai dan disayangi dengan pemberian yang bermakna ini. Lebih-lebih lagi jika hadiah ini adalah yang ditunggu-tunggunya!

Senarai Idea Hadiah Untuk Anak Perempuan 7 Hingga 12 Tahun

Tak susah pun nak memilih hadiah untuk puteri Mommy. Asalkan kena dengan citarasa mereka, hadiah yang biasa-biasa pun sangat istimewa tau. Kalau nak senang, cuba ingat balik, apa yang mereka sering minta kebelakangan ini?

Ataupun, apa hobi dan minat yang mereka cenderung sekarang?

#1. Basikal

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Pada usia ini, suka sangatlah mereka menaiki basikal dengan kawan-kawan. Ada anak perempuan yang suka basikal ada bakul di hadapan, ada loceng ataupun bertayar tiga.

#2. Set pensil warna sebagai hadiah untuk anak perempuan

Bukan pensil warna yang biasa-biasa ya. Set pensil warna yang ekslusif ni biasanya ada pensil warna yang datang dengan 72 warna, ada crayon, ada marker pen, ada cat air dan banyak lagi! Memang hadiah untuk anak perempuan yang sering menjadi idaman si puteri!

#3. Beg sekolah 

Tanyalah mana-mana anak perempuan, pasti mereka ada beg sekolah yang diidam-idamkan. Mommy boleh berikan ini sebagai hadiah untuk anak perempuan Mommy, terutamanya sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru.

#4. Customed dress

Selain itu, mereka pasti ada menyukai mana-mana action figure atau kartun. Contohnya, yang masih menjadi kegilaan kebelakangan ini adalah Elsa daripada filem Frozen.

Apa kata hadiahkan puteri Mommy dengan costume dress action figure ni?

#5. Set hiasan rambut

Kredit gambar: istockphoto

Sukanya kalau dapat set hiasan rambut kan? Ada cekak rambut, getah rambut, pin, sepit rambut, tiara dan macam-macam lagi!

#6. Kasut sebagai hadiah untuk anak perempuan

Kalau tengok kasut kanak-kanak perempuan sekarang ni, memang rambang mata. Tengoklah pada kesukaan mereka. Kasut tumit tinggi ke, kasut sporty ke, kasut bertema ke, ikut lah.

#7. Beg silang

Bila nak berjalan-jalan ke, elok juga ada beg silang untuk anak perempuan ni. Maklumlah.. macam-macam nak dibawanya. Sudahnya, Mommy dan Daddy juga yang kena pegang.

Belikan je mereka satu Mommy!

#8. Jam tangan

Selain daripada untuk kegunaan mereka, jam tangan ni bagus untuk kita mendidik mereka dalam membaca waktu dan memahami konsepnya.

#9. Buku 

Banyak je buku menarik untuk kanak-kanak sekarang. Kalau puteri Mommy tak suka sangat membaca, boleh je belikan mereka komik ilmiah.

#10. Set Lego

Kredit gambar: istockphoto

Bukan calang-calang harga set Lego ni. Mencecah ratusan ringgit juga! Sesuailah untuk dijadikan hadiah buat anak-anak. Ia pun bermanfaat untuk perkembangan minda dan motor skill mereka.

#11. Doll house

Anak perempuan kebiasaannya selalu berangan tentang dunia fantasi. Cuba hadiahkan mereka doll house, pasti mereka suka.

#12. Set cadar

Di pasaran sekarang banyak dah set cadar dengan bermacam tema. Tengoklah, mesti ada tema kesukaan mereka.

#13. Haiwan peliharaan

Pada usia mereka, banyak minat yang timbul dan mereka akan cenderung untuk membela haiwan seperti kucing, arnab dan ikan.

#14. Set pakaian renang

Berdasarkan pemerhatian Motherhood, kanak-kanak memang suka bermain dengan air. Di pantai atau kolam renang, sama je. Ini hobi yang bagus Mommy. Apa kata untuk galakkan mereka, belikan je set pakaian renang berserta dengan goggle?

#15. Komputer

Kredit gambar: istockphoto

Jika di usia 7 tahun macam tu, tak sesuai sangatlah. Tapi untuk anak perempuan yang mencecah 12 tahun ke, sesuailah untuk belikan mereka komputer. Boleh ajarkan asas penggunaan komputer sebelum mereka memasuki sekolah menengah nanti.

#16. Scooter 

Ini pun antara kegilaan sekarang kan? Suka sangatlah anak perempuan Mommy kalau dapat scooter berwarna pink!

#17. Lawatan ke tempat menarik

Ada juga kanak-kanak yang lebih sukakan pengalaman berbanding hadiah material ni. Mesti ada di antara anak Mommy yang selalu minta nak ke tempat menarik seperti taman tema yang mengenakan bayaran tertentu?

Haa…apa kata, jadikan lawatan ke tempat menarik ini sebagai hadiah buat mereka?

#18. Kain sembahyang sebagai hadiah untuk anak perempuan

Bila dah memasuki usia 7 tahun ni, Mommy dan Daddy tentu nak puteri kecil mula solat dan mengikuti ibadah Mommy kan? Bolehlah belikat mereka set kain sembahyang berserta dengan sejadah dan beg travel.

#19. Set memanah

Di samping itu, menarik juga kalau beilkan mereka set memanah dan ajarkan hobi ni sejak dari kecil. Banyak manfaat memanah ni!

#20. Khemah bilik tidur

Kredit gambar: istockphoto

Cantikkan khemah dalam bilik tidur kanak-kanak? Dihiasi pula dengan lampu, memang indah. Anak perempuan Mommy tentu suka.

Senarai idea hadiah di atas ni kebanyakkannya pasti disukai oleh anak perempuan. Cumanya, Mommy mesti peka lah dengan kesukaan mereka ya?


Untuk anak lelaki dan idea hadiah yang lain, Mommy boleh rujuk SINI.