Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Hadiah Untuk Ibu Mertua Supaya Lebih Sayang Hari Ibu Ini!

hadiah untuk ibu mertua

Kredit gambar: istockphoto

Kedudukan ibu mertua ni istimewa untuk kita sebagai menantu. Mereka adalah seperti ibu kandung kita yang wajib untuk kita sayangi dan hormati.

Dalam menjalinkan ikatan perkahwinan dan kekeluargaan yang baru ini, adalah baik jika kita menzahirkan rasa kasih dan cinta kita kepada mertua sekali sekali dengan memberi hadiah kepada mereka.

Lagi-lagi dengan Hari Ibu yang dah dekat, Mommy jangan lupa untuk hadiahkan ibu mertua dengan pilihan hadiah untuk ibu mertua ni ya.

10 Idea Hadiah Untuk Ibu Mertua Supaya Lebih Sayang!

Banyak je hadiah menarik yang Mommy boleh bagi kepada mertua. Kalau mengikut anggaran, mereka berada dalam usia sekurang-kurangnya 40an dan ke atas kan?

Pada usia ini, minat dan kesukaan adalah berbeza dan Mommy hendaklah menilai mereka sebagai individu ya. Sebagai contohnya, cuba Mommy perhatikan kesukaan ibu mertua dari segi makanan atau barang.

Tengok juga apa yang sedang menjadi kesukaan mereka yang terkini. Di bawah ini ada beberapa idea menarik untuk Mommy bagi hadiah kepada ibu mertua. Jom tengok!

#1. Purse

Motherhood sering perhatikan mereka yang mencecah usia 40an dan ke atas ni sering menyimpan pelbagai resit dan nota dalam purse mereka. Banyak sangat sehingga tebal yang menyebabkan purse mereka terkoyak.

Eloklah kalau Mommy hadiahkan yang berkualiti dan sesuai dengan kegunaan mereka.

#2. Pokok bunga

Jangan main-main dengan trend terkini, semakin banyak pokok hiasan yang menarik sekarang. Antaranya adalah pokok hiasan keladi lah. Dengan corak yang begitu cantik dan pelbagai, ia telah menjadi kegilaan para wanita yang suka berkebun dan bercucuk tanam.

#3. Tablet

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Ramai juga golongan dewasa yang semakin kurang gemar menggunakan telefon bimbit kerana kesukaran pergerakan motor tangan mereka. Dengan tablet yang ada pen stylus, ia akan menjadi lebih mudah.

#4. Kaca mata hitam

Maklumlah.. makin berusia makin sensitif mata kita. Hadiahkan ibu mertua dengan kaca mata hitam, lebih selesa mereka apabila ke pasar atau berjalan-jalan nanti.

#5. Minyak wangi

Minyak wangi pun idea yang menarik. Cuba Mommy cuba tester minyak wangi di kedai. Pasti akan ada bau yang membuatkan Mommy rasa sesuai dengan ibu mertua tersayang.

#6. Kasut 

Kredit gambar: istockphoto

Kadang-kadang tu, kasut yang sama je mereka pakai untuk ke pasar, ke mall dan berkebun. Elok sangatlah kalau hadiahkan mereka kasut yang cantik untuk berjalan-jalan ke.

#7. Thermomix

Bila dah mula menua ni, bukan je tangan dah tak kuat tapi masa dan tenaga pun berkurang. Nak memasak tu, memang berfikir banyak kali. Motherhodd faham sangatlah di usia ini.

Kalau ada bajet lebih, Mommy boleh belikan Thermomix untuk memudahkan urusan mertua di dapur, terutamanya kalau mereka tiada pembantu dan tinggal jauh daripada kita kan?

#8. Pakej facial dan spa

Jarang-jarang, seronok juga kalau manjakan ibu mertua dengan pakej rawatan facial dan spa kan? Berikan kesegaran dan kesegaran yang badan mereka perlukan, pasti mereka akan hargai dan bertambah sayang.

#9. Barang kemas

Kredit gambar: istockphoto

Rata-rata kaum wanita memang sukakan perhiasan. Apa lagi Mommy, kejutkan mereka dengan gelang emas ke, pasti mereka suka!

#10. Beg tangan

Tak kurang juga, beg tangan pun sangatlah penting. Orang kata, tak ada istilah terlebih beg tangan untuk kaum wanita kan? Lain design, lain tempat yang dibawanya kan?

Hadiah Untuk Ibu Mertua

Banyak lagi idea lain yang Mommy boleh pertimbangkan. Tetapi untuk hadiah apa pun, yang penting adalah kepekaan kita kepada minat mereka dan keikhlasan kita sebagai menantu dalam usaha untuk mengeratkan kasih sayang.

Bergantung kepada bajet Mommy dan keperluan mereka juga, pilihlah yang terbaik ya! Jom baca idea hadiah untuk suami tersayang pula!