Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Idea Hadiah Untuk Lelaki, Pasti Ada Kesukaan Mereka Dalam Senarai Ni!

hadiah untuk lelaki

Kredit gambar: istockphoto

Bila nak bagi hadiah atau penghargaan untuk kaum lelaki di sekeliling kita, tergaru-garu juga kepala memikirkan ideanya.

Apa kata, cuba saranan Motherhood ini. Yang pertama sekali, kenali orangnya dan kecenderungannya.

25 Idea Hadiah Untuk Lelaki, Pasti Ada Kesukaan Mereka Dalam Senarai Ni!

Katakanlah, Mommy nak bagi hadiah untuk Daddy. Cuba tengok apa yang Daddy sedang perlukan sekarang. Wallet nya dah nak koyak ke, tali pinggangnya dah lusuh ke.

Jika nak cara lain, tengok kecenderungannya pula. Apa hobi dan habits mereka?

1. Wallet

Bukan kaum wanita je ya, orang lelaki pun perlukan wallet untuk kegunaan seharian. Wallet ni senang cerita, keperluan asas lah juga untuk lelaki.

Yelah.. tak kan lah nak letak duit dalam poket seluar je kan? Nanti Mommy tengok kesukaan mereka. Suka wallet leather ke, canvas ke, synthetic polyster ke.

2. Tali pinggang

Ini bergantung kepada lelaki ya. Ada sesetengahnya suka memakai tali pinggang dan ada yang tidak. Pemilihan tali pinggang agak subjektif juga tetapi yang Mommy kena pastikan adalah, saiznya muat ya.

3. Topi

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Tanpa mengira usia, kaum lelaki memang suka bergaya dengan topi dari kecil lagi. Macam-macam jenis topi yang menjadi pilihan mereka.

4. Set skincare

Sekarang ni, orang lelaki pun menjaga kulit wajah dan kesihatan muka ya. Dari cleanser, toner, pelembap dan serum, elok juga kalau Mommy hadiahkan set skincare kan?

5. Set penjagaan rambut

Selain daripada set skincare, penjagaan rambut turut penting untuk lelaki. Orang kata, penampilan rambutnya sahaja dah cukup untuk mengubah gayanya.

Kalau ada wax, minyak rambut dan serum, pasti lebih mengancam!

6. Butang baju Melayu

Kedengaran macam klasik kan, tetapi menghadiahkan butang baju Melayu untuk kaum lelaki adalah idea yang bagus.

Macam kaum wanita juga, belilah banyak mana pun kerongsang, asyik hilang juga kan? Kalau beli butang baju Melayu yang custom-made lagi istimewa.

7. T-shirt/Kemeja

Kredit gambar: istockphoto

Ada T-shirt lebih dalam almari tak pernah tidak disukai oleh lelaki. Sakanlah memilih dan pakai ke sana sini.

8. Set penjagaan badan

Hormon pun berbeza, mestilah set penjagaan badan kena berbeza. Orang lelaki agak kuat berpeluh, jadi mereka perlu sentiasa menyegarkan diri dan mandi.

Kalau belikan set penjagaan badan yang ada shower gel, losyen dan cologne pun elok kan?

9. Minyak wangi

Antara pilihan lain yang popular untuk hadiah lelaki adalah minyak wangi. Tengok dahulu kecenderungan mereka sukakan minyak wangi yang macam mana ya.

Yang musky ke, powdery ke, fresh ke, bergantung lah.

10. Seluar dalam

Hadiah ini sesuai untuk lelaki yang Mommy ada hubungan lebih intim lah. Sebabnya macam janggal juga kalau nak bagi hadiah seluar dalam kepada rakan sekerja kan?

Check saiz dahulu ya Mommy.

11. Seluar slack

Kalau untuk lelaki yang berkerja di office dan mempunyai banyak urusan formal, pasti mereka akan hargai kalau hadiahkan seluar slack.

12. Boxer/Seluar pendek

Bila nak santai, memang boxer lah yang dicari kan?

13. Seluar jeans

Kredit gambar: istockphoto

Kebanyakkan lelaki memang suka pakai seluar jeans. Bertahun-tahun lamanya, boleh je pakai yang sama.

Apa kata, beli yang berjenama sedikit ke untuk mereka? Bergaya dan berkualiti, istimewa lah sikit.

14. Card holder

Selain daripada wallet, card holder pun penting tau. Terutamanya kalau lelaki tu ada name card sendiri, dia akan perlukan card holder dalam urusan hariannya.

Nak letak kad lain pun senang.

15. Pakej spa

Sekarang ni dah banyak spa yang menawarkan pakej spa untuk lelaki tua. Dari facial, sauna dan urutan, orang lelaki pun boleh memanjakan dan menyegarkan diri.

16. Stokin

Kalau ada banyak stokin lagi elok kan? Boleh bergilir-gilir tanpa risau tak sempat nak basuh ke apa. Warna gelap dan cerah, kedua-dua ni adalah pilihan warna stokin yang bagus untuk lelaki.

17. Sandal

Tak semestinya yang mahal seperti jenama Dior ke, sandal akan membuatkan kaum lelaki nampak santai tetapi kemas gitu.

18. Sneakers

Kredit gambar: istockphoto

Ramai juga yang menggemari sneakers kan? Apa salahnya, dapat sneakers baru untuk peminat sneakers ni sentiasa dialu-alukan kan?

19. Kasut kulit

Nak berpakaian casual ke, formal ke, kasut kulit sebenarnya sesuai untuk kebanyakkan keadaan kan?

20. Kasut sukan

Kalau rakan Mommy suka bersukan ke, tentu dia akan hargai jika diberi hadiah kasut sukan. Kasut sukan ni banyak kategori tau. Untuk bermain badminton ke, running ke, hiking ke, Mommy kena pilihlah ya?

21. Kerusi gaming

Untuk lelaki yang minat bermain game atau buat live streaming ke, memang melompat tau kalau dapat hadiah kerusi gaming. Kan?

22. Backpack

Kredit gambar: istockphoto

Kalau kaum wanita, handbag adalah keperluan tetapi untuk lelaki, ramai yang menyukai backpack.

23. Sling bag

Ada juga yang suka guna sling bag, kena tengok preference mereka lah.

24. Beg laptop

Dah kalau ke sana sini dan guna laptop hampir setiap masa, kalau ada beg yang khas untuk letak komputer riba lebih senang.

Sesuai dan lebih tahan lasak untuk simpan dan bawa laptop kan?

25. Cermin mata hitam

Cermin mata hitam ni bukan untuk fesyen je. Tambah-tambah orang lelaki sering bawa kereta kan? Elok untuk ada sekurang-kurangnya satu cermin mata hitam ni.

Kredit gambar: istockphoto

Memang banyak idea untuk bagi hadiah kepada orang lelaki. Yang penting, ia bergantung kepada kesukaan mereka dan keikhlasan daripada si pemberi.

Untuk pelbagai pilihan dan idea hadiah serta panduan dalam hubungan yang baik, lihat SINI.