Dalam berkongsi kegembiraan di hari perkahwinan, kita sebagai tetamu jemputan sebaiknya bawa bersama hadiah untuk pengantin baru.
Biasanya yang mereka akan guna dan bermanfaat untuk kehidupan berumah tanggalah.
30 Idea Hadiah Untuk Pengantin Baru
Jom, kita tengok beberapa idea hadiah untuk pengantin baru:
#1. Set cadar
Tak perlu pun yang mahal, sekarang ni memang banyak cadar yang harganya berpatutan di kedai dan online. Perkongsian hidup baru berdua, penggunaan cadar cukup penting sebenarnya.
#2. Set mandian
Berwangi-wangian untuk pasangan amatlah dituntut. Jadi kalau dihadiahkan set mandian untuk mereka, pasti akan dihargai!
#3. Air fryer
Penggunaan air fryer dalam kehidupan seharian telah menjadi trend terkini. Selain daripada memudahkan urusan memasak, ia turut sihat dan menjimatkan penggunaan minyak dan gas.
#4. Minyak wangi
Untuk pengantin lelaki atau perempuan, mana-mana pun senang nak beli minyak wangi ni. Kalau risau dengan harganya, sekarang dah banyak ya jenama yang harganya berpatutan dan kalau tak jumpa, boleh beli cologne yang tak kurang best baunya tetapi agak murah!
#5. Wafer maker
Apa kata buat kelainan sikit? Hadiahkan pengantin baru dengan wafer maker, mesti seronok sakan mereka mencuba resepi bermacam bersama.
#6. Tuala
Ada beberapa helai tuala pastinya tak akan kalut nak membasuh baju nanti.
#7. Pakaian dalam
Kalau hubungan kita rapat dengan pengantin perempuan, bolehlah bagi pakaian dalam dengan design yang ‘istimewa’. Hehe..
#8. Baju tidur
Selain tu, baju tidur yang seksi pun bagus tau. Jangan tak tahu, untuk hubungan intim antara suami dan isteri, baju tidur amatlah penting!
#9. Boxer
Bukan untuk pengantin perempuan je. Kalau nak bagi hadiah untuk pengantin lelaki, boxer pun pilihan yang bijak.
#10. Pewangi bilik
Seperti yang dijelaskan, bau ni memainkan peranan penting untuk hubungan suami isteri. Kalau kita hadiahkan mereka pewangi bilik, pasti lebih baik suasana biliknya.
#11. Sandal dalam rumah
Elok juga kan kalau hadiahkan sandal sepasang untuk digunakan di dalam rumah kan?
#12. Pembakar roti
Ini biasanya antara keperluan di dapur kan? Memang wajib ada pembakar roti!
#13. Oven
Kalau ada bajet lebih sikit, bolehlah beli oven untuk pengantin baru. Percayalah, mereka pasti akan hargai sangat-sangat.
#14. Couple mug
Comelnya kalau pengantin baru minum coffee atau hot chocolate dari mug yang sedondon kan?
#15. Selimut
Selain daripada cadar, selimut pun tak kurang pentingnya. Cari yang selesa dan lebar ya, sesuai untuk kegunaan pasangan mempelai.
#16. Kuali serbaguna
Tak ada istilah terlebih kuali kan? Kalau ada kuali lebih dan boleh guna untuk pelbagai teknik memasak, pasti akan diguna!
#17. Kain pelikat
Orang tua-tua kita dahulu sering bagi hadiah kain pelikat untuk pengantin lelaki kan? Sebabnya kain pelikat ni mudah je cara nak pakainya. Lebih sesuai untuk kegunaan bila dah berumah tangga.
#18. Kain batik
Kalau untuk pengantin perempuan pula, mestilah kain batik yang boleh digunakan untuk bermacam tujuan.
#19. Periuk nasi elektrik
Jangan dilupakan juga, setiap dapur baru mestiah ada periuk nasi!
#20. Pakej rawatan spa
Bukan sahaja melalui material, hadiah untuk pengantin pun boleh jadi dalam bentuk servis. Sebagai contoh, pakej rawatan di spa. Penat menjalani hari bahagia, kalau dimanjakan di spa memang best sangat!
#21. Set sudip
Menjadi idaman para wanita di dapur lah untuk memiliki set sudip kan? Yang ni boleh guna untuk menumis, yang tu untuk flip dan tekan pancake, bermacam-macam fungsi dalam satu set tu.
#22. Pengisar
Blender pun keperluan penting di dapur.
#23. Losyen badan
Kalau nak bagi hadiah losyen untuk badan, pilihlah yang elok dan bau yang best ya.
#24. Seterika
Nak bagi seterika pun elok sangat! Kalau ada bajet lebih, bolehlah beli seterika yang premium sikit.
#25. Sampul berisi wang
Kadang-kadang, memang tak tau hadiah yang macam mana sesuai untuk pasangan pengantin ni. Apa kata, bagi je mereka sampul berisi wang? Bolehlah pengantin baru berbelanja mengikut cara mereka!
#26. Portable penghawa dingin
Kalau dulu-dulu, memang susah nak atasi cuaca panas di ruang tamu dan ruang makan. Sekarang ni, dah ada penghawa dingin yang mudah alih, dengan harga yang berpatutan pula tu.
#27. Bread maker
Kalau pengantin baru ni suka buat roti, tak kiralah perempuan atau yang lelaki, bolehlah bagi hadiah bread maker untuk mereka. Senang, mesin ni je yang menguli tepung nanti. Tengok-tengok, dah siap roti homemade untuk sarapan!
#28. Food processor
Bawah harga RM100, berlambak tau food processor yang bagus di pasaran. Selain daripada blender, percayalah kalau Motherhood cakap, food processor ni sangat berguna.
#29. Set balang kaca
Ada juga yang hadiahkan pengantin dengan set balang kaca. Sesuai nak isi kekacang dengan biskut dan cookies nanti.
#30. Vakum mudah alih
Sekarang ni, dah banyak tau vakum yang murah-murah di pasaran. Kalau bagi sebagai hadiah untuk pengantin, bolehlah mereka berjimat sedikit. Tak payah beli dah kan!
Walaupun murah hadiahnya, jika kita ikhlas dalam memberi, pasti ia akan disukai. Moga-moga, ia berguna untuk pasangan pengantin baru yang dirai!
Dapatkan panduan berguna yang lain untuk bakal pengantin di SINI.