Ibu, Bayi & Kanak Kanak

30 Idea Hadiah Untuk Perempuan Yang Kaum Lelaki Wajib Tahu. Pasti Wanita Tersayang Tersenyum Gembira

Bila memilih hadiah untuk perempuan ni, kaum lelaki mesti agak risau kan? Macam mana kalau yang tersayang tak suka? Ataupun kalau untuk anak perempuan, tak menepati citarasa mereka yang terkini?

30 Hadiah Untuk Perempuan Yang Pasti Mereka Suka!

Haa…dalam perkongsian kali ini, Motherhood akan senaraikan 30 pilihan hadiah untuk perempuan di semua peringkat umur. Jom tengok:

#1. Selendang

Tak semestinya untuk tutup kepala, selendang juga boleh digayakan oleh kaum wanita dengan pelbagai gaya.

#2. Telekung

Kalau untuk wanita Islam pula, elok juga hadiahkan telekung sembahyang. Bolehlah bergilir-gilir. Yang dah ada untuk digunakan di rumah, yang baru dihadiahkan boleh bawa untuk travel.

#3. Set penjagaan rambut

Orang kata, rambut ni mahkota wanita. Memang kena sentiasa jaga dan set penjagaan rambut akan memudahkan mereka.

Kalau Mommy dan Daddy nak beli untuk anak gadis ke, carilah serum dan minyak rambut macam tu.

#4. Set skincare

Kulit wanita ni sensitif berbanding dengan lelaki. Jadi memang perlukan penjagaan yang khas ya. Bolehlah belikan mereka set skincare yang sesuai.

#5. Set mekap

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Secara umumnya memang para wanita suka berdandan kan? Seronoknya kalau ada orang hadiahkan pemerah bibir, blusher dan celak mata.

#6. Kerongsang

Tak pernah cukup kan kerongsang bagi wanita? Lagi banyak lagi elok.

#7. Blaus

Kita selalu dengar kan orang cakap wanita ni selalu je merungut tak cukup baju kalau nak keluar atau berhias. Sebenarnya, maksud mereka, tak cukup baju yang sesuai untuk dipakai pada waktu itu ataupun baju yang sedia ada tu dah selalu dah pakai.

Bila ada orang bagi hadiah baju baru ni memang teruja lah!

#8. Pakaian dalam

Kalau untuk pasangan ke, Daddy sesuai lah hadiahkan pakaian dalam untuk mereka. Mommy pun kalau nak bagi kepada kakak atau adik perempuan pun, tak salah kan?

#9. Baju tidur

Bila hari jadi anak dara kesayangan dah tiba, salah satu idea hadiah untuk mereka yang bagus adalah baju tidur. Set baju tidur lengkap dengan penutup mata memang best.

#10. Seluar

Kredit gambar: istockphoto

Tak kiralah seluar jeans ke, palazzo ke, pilihlah mana-mana yang bersesuaian ya?

#11. Skirt

Kalau untuk sahabat perempuan yang muslimah ke, bolehlah bagi hadiah skirt untuk mereka.

#12. Kain batik

Penggunaan kain batik dalam kehidupan seharian wanita memang tak boleh disangkal. Terutamanya untuk wanita yang lebih berusia, pasti mereka akan menghargainya.

Tapi belilah yang tenun dan istimewa sikit ya. Barulah nampak special.

#13. Set cadar

Dapat set cadar bersama comforter pun seronok kan? Boleh guna selalu pula tu.

#14. Pakej spa

Orang perempuan ni, memang suka dimanjakan. Cubalah langgan pakej istimewa di spa seperti pakej pengantin, pasti mereka suka!

#15. Beg tangan

Kredit gambar: istockphoto

Dah jadi keperluan dah beg tangan untuk kaum wanita kan? Yelah.. nak bawa macam-macam ke sana ke sini, memang perlu lah kan?

#16. Purse

Beg tangan kecil pun perlu ya. Tersusun sikit wang dan kad-kad tu.

#17. Tali pinggang

Tak semestinya tali pinggang yang formal, tali pinggang wanita ni ada macam-macam. Untuk dipakai dengan skirt, dress, jubah dan sebagainya. Bukan sahaja dengan seluar ya.

#18. Dress

Tengoklah pada kecenderungannya. Biasanya kaum wanita memang suka berhias memakai dress.

#19. Jubah/Abaya

Selain daripada dress, abaya ataupun jubah pun pilihan yang baik.

#20. Kasut tumit tinggi

Kredit gambar: istockphoto

Kasut tumit tinggi ni buatkan wanita nampak elegan dan posture badannya lebih elok kan?

#21. Kasut sukan

Kalau untuk wanita yang suka jogging ke, bolehlah bagi kasut sukan yang terkini di pasaran.

#22. Bouquet bunga

Kebanyakkan wanita memang sukakan bunga. Apa kata buatkan kejutan untuk mereka di tempat kerja ke?

#23. Set penjagaan kuku

Kuku pun perlu dirapikan seperti rambut ya. Kalau hadiahkan set penjagaan kuku bersama dengan pewarna kuku pun elok.

#24. Barang kemas

Bergantung kepada kemampuan, kalau nak beli barang kemas untuk wanita kesayangan pun apa salahnya kan?

#25. Buku

Bagi pencinta buku, pasti mereka akan hargainya!

#26. Topi

Bukan sahaja dengan selendang, pemakaian topi pun boleh memberi keterampilan yang berbeza untuk imej wanita.

Kanak-kanak perempuan pun suka kan?

#27. Set pinggan mangkuk

Bila guna untuk keluarga dan nak hidangkan macam-macam hidangan dan pencuci mulut, memang perlukan lebih banyak pinggan mangkuk kan?

#28. Jam tangan

Walaupun dah ada, kalau dapat jam tangan yang baru tetap mengujakan bagi wanita.

#29. Barangan elektrik

Air fryer, oven dan barangan elektrik lain pun sesuai dijadikan hadiah untuk perempuan. Asalkan, yang memudahkan mereka untuk menyediakan hidangan.

#30. Pokok hiasan

Sekarang ni, memang pokok hiasan menjadi kegilaan untuk mak-mak dan kaum wanita. Contohnya, pokok hiasan keladi.

Kredit gambar: istockphoto

Banyak kan pilihan hadiah untuk perempuan ni? Kalau nak lebih spesifik daripada seorang suami khas buat isterinya, boleh lihat senarai di sini. Rasa-rasanya, yang mana kesukaan kesayangan?

Untuk pelbagai pilihan dan idea hadiah serta panduan dalam hubungan yang baik, lihat SINI.