Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tak Perlu Buntu, Pilih Je Hadiah Untuk Suami Yang Terkini Daripada Senarai Hot Tahun Ini

hadiah untuk suami

Kredit gambar: istockphoto

Bila tiba hari jadi suami atau ulang tahun perkahwinan je, memang rasa teruja. Tetapi apabila memikirkan nak belikannya hadiah apa, terus rasa buntu kepala ni.

Hmm, macam mana ya nak beli hadiah untuk cik abang yang dapat memikat hatinya?

Bukannya kita tak kenal dan tahu kesukaan suami kan Mommy, tapi lebih kepada ingin berikan yang terbaik untuknya.

Akhir sekali, dah tak tahu nak belikan apa.

Hadiah Untuk Suami Yang Terkini

Haa.. daripada peningkan kepala Mommy tu, apa kata pilih salah satu hadiah daripada senarai kami ini? Kalau nak beli lebih pun okay!

#1. Wallet

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Biasalah.. ini memang keperluan asas suami. Bendanya guna hari-hari kan. Ramai Mommy kat luar sana yang berpendapat bahawa suami mereka masih gunakan wallet yang bertahun lamanya.

Dah koyak carik pun, masih tak tukar. Mungkin inilah masanya untuk gantikan yang baru buat mereka Mommy!

#2. Card holder

Kredit gambar: hidesign.com

Jangan pandang rendah dengan kegunaan card holder ya Mommy. Ramai lelaki sekarang yang sangat perlukan card holder ni.

Perkerjaan seperti businessman, ejen insuran, kontraktor; sangat memerlukan card holder. Takkanlah nak sumbat semuanya dalam wallet. Itu yang terkoyak habis wallet tu.

Hadiahkan je Daddy satu card holder, senang dia nak letak dan susun kad nanti. Teratur dan memudahkannya lagi.

#3. Kerusi gaming

Kredit gambar: istockphoto

Kaum lelaki ni, ramai daripada mereka yang berminat bermain game kan? Walaupun dah berusia, minat ini tidaklah hilang tetapi telah menjadi hobi dan sebahagian daripada diri mereka.

Kesian juga bila tengok para suami ni duduk terbongkok-bongkok berjam-jam di depan PC. Lepas tu mulalah nak sakit belakang, tengkuk dan sebagainya.

Selain daripada memberi keselesaan kepada mereka, penggunaan kerusi gaming dapat menjaga kesihatan Daddy dengan lebih baik.

#4. Kaca mata hitam

Kredit gambar: istockphoto

Masih ramai yang tidak menekankan kepentingan penggunaan kaca mata hitam ni. Terutamanya untuk kaum lelaki yang sering drive ke sana sini, amatlah penting untuk menggunakan kaca mata hitam selalu.

Kesihatan mata pun dapat dijaga.

#5. Minyak wangi

Kredit gambar: istockphoto

Badan orang lelaki ni lain sedikit daripada kaum wanita. Mereka mudah berpeluh dan berbau jika tidak dijaga dengan betul.

Dengan penggunaan minyak wangi, pasti Daddy lebih segar dan Mommy pun lebih suka dan selesa!

#6. Kasut Nike Go FlyEase

Kredit gambar: sneakernews.com

Sekarang ni, jenama barangan sukan Nike ada mengeluarkan design kasut yang baru dengan konsep FlyEase Technology.

Kasut ini yang uniknya, tak perlu gunakan tangan tetapi hanya sarung macam tu je. Terus boleh masuk kaki. Sesuai sangatlah untuk Daddy yang sibuk dan selalu ada barang je di tangan.

#7. Topi

Kredit gambar: istockphoto

Kalau Daddy suka memakai topi, apa kata Mommy tambahkan koleksi topi mereka? Macam-macam design dan brand yang ada sekarang. Cuba risik-risik dahulu.

#8. Jam tangan

Kredit gambar: istockphoto

Ini pun essential need kan? Memang kita sentiasa perlu untuk track masa. Tak rugi Mommy kalau belikan Daddy jam tangan. Pasti bermanfaat dan kalau boleh, tambahkan beberapa strap supaya boleh Daddy nak gantikan mengikut kesesuaian dan kesukaannya.

#9. Tali pinggang

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada wallet, tengok-tengokkan juga tali pinggang Daddy. Kalau dah lusuh tu, bolehlah nak surprise kan dia dengan yang baru.

#10. Jaket

Kredit gambar: istockphoto

Kalau Daddy selalu naik motor ke, sesuai sangatlah hadiahkannya jaket. Lebih selesa bila membonceng nanti!

#11. Shaker dan tumbler

Kredit gambar: istockphoto

Bolehlah hadiahkan Daddy shaker dan tumbler kalau Daddy suka bersenam dan ambil protein powder ke. Belikan yang premium sikit, memudahkan dan menyokongnya untuk terus amalkan gaya hidup sihat.

#12. Set dumbbell

Kredit gambar: istockphoto

Daddy suka ke gym dan bersenam ke Mommy? Apa kata hadiahkannya dengan set dumbbell yang dah lama dia inginkan?

Makin lama bersenam, makin meningkatlah daya keupayaan dia kan? Bolehlah risik untuk beli set dumbbell yang terkini untuk Daddy.

#13. Speaker

Kredit gambar: istockphoto

Kaum lelaki yang selalu menggunakan PC seperti gamers dan designers, pasti mereka akan hargai sangat sound system yang best. Syok juga hadiahkan mereka speaker yang berkualiti kan?

#14. Ear bud case

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada itu, kalau Daddy suka pakai ear bud, pasti dia sangat perlukan casing untuk simpan ear bud dia.

Cuba Mommy tengok-tengok design ear bud case dan pilih yang mana Daddy suka.

#15. Beg laptop

Kredit gambar: istockphoto

Buat Daddy yang selalu ke sana sini membawa laptop nya, dapat beg laptop sebagai hadiah pasti menggembirakan.

Pilih yang kukuh dan sesuai dengan citarasa Daddy ya Mommy?

#16. Smart watch

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada jam tangan, elok juga hadiahkan smart watch. Sekarang ni muda-muda pun dah boleh terkena bermacam penyakit.

Kalau ada smart watch, bolehlah monitor sikit kesihatan Daddy kan? Bergaya pun ya!

#17. Coffee maker

Kredit gambar: istockphoto

Ramai kan lelaki yang sukakan kopi? Syoknya kalau ada coffee maker sendiri di rumah atau pejabat. Kalau Daddy coffee lover, pasti dia suka Mommy.

#18. Tali leher

Kredit gambar: istockphoto

Tak pernah cukup kan tali leher buat kaum lelaki? Makin banyak corak, makin best nak bergaya.

#19. Buku

Kredit gambar: istockphoto

Memang tak boleh digambarkan perasaan gembira seorang bookworm kalau dapat hadiah buku yang dalam wish list dia.

Bayangkan, apa perasaan Daddy kalau Mommy belikan semua buku yang dia teringin nak baca?

#20. Beg sandang

Kredit gambar: istockphoto

Sekarang bukan kaum wanita je pakai beg ke sana sini kan. Orang lelaki pun perlukan beg untuk letak barang-barang mereka.

Salah satunya, beg jenis sandang lah kan?

Hadiah Untuk Suami

Sebenarnya, tak semestinya ketika hari istimewa je. Bila-bila pun boleh hadiahkan Daddy daripada senarai hadiah untuk suami ini agar si dia rasa istimewa dan dihargai.


Untuk pelbagai pilihan dan idea hadiah serta panduan dalam hubungan yang baik, lihatĀ SINI.