Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Cantik Dan Menarik

halaman rumah

Kredit gambar: www.constructionsatx.com

Mempunyai suasana halaman rumah yang cantik dan tenang sebenarnya mampu mewujudkan aura positif bagi sesiapa sahaja yang sedang melihatnya.

Jiwa akan menjadi lebih damai dan tenteram tatkala melihat panorama yang mempesonakan. Bagi Mommy yang sedang mencari idea bagaimana cara untuk membuat landskap rumah, dalam perkongsian ini kami telah selitkan beberapa idea menarik untuk membantu anda.

Tetapi sebelum membuat landskap halaman rumah, terdapat beberapa elemen landskap yang perlu anda tahu dan pelajari.

Semua elemen-elemen ini penting kerana ia memberi keseimbangan serta bagi menarik perhatian dan membawa keharmonian kepada ruang halaman rumah anda.

Elemen Penting Dalam Landskap Halaman Rumah

Highlighted

Kredit gambar: www.bhg.com

Terdapat beberapa elemen penting untuk membuat landskap iaitu:

#1. Tekstur

Adalah sangat penting untuk mengetahui tekstur landskap anda agar segala-galanya disuai padan dengan menarik dan bersatu. Tekstur tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, tetapi ia boleh merangkumi bahan-bahan lain contohnya seperti batu.

#2. Tumbuh-tumbuhan

Elemen yang kedua pula adalah penggunaan tumbuh-tumbuhan di landskap anda. Tumbuh-tumbuhan ini dapat mengawal pemandangan, mengawal suhu, mengawal tumpuan dan sebagainya. Pemilihan jenis tumbuhan pula adalah bergantung kepada fungsi dan ciri-ciri yang dimiliki.

#3. Bahan Binaan

Elemen yang seterusnya adalah penggunaan bahan binaan dalam landskap. Ia sebagai kaedah untuk memasukkan ciri-ciri yang tidak terdapat pada tumbuhan. Ia perlulah tahan lasak, mudah untuk diselenggara dan mudah untuk dibentuk.

#4. Rupa Bumi

Elemen bentuk rupa bumi juga harus diberi perhatian ketika anda ingin membangunkan landskap di halaman rumah anda. Antara contoh rupa bumi adalah seperti bukit bukau, gunung, lereng dan daratan. Ia penting bagi menghilangkan mood bosan landskap.

#5. Air

Elemen yang terakhir adalah air. Penambahan elemen ini dalam rekaan landskap anda membuatkan suasana menjadi damai, lembut, cantik dan menyejukkan.

Pilihan Idea Landskap Halaman Rumah Yang Mendamaikan

Berikut merupakan beberapa idea berkaitan dengan landskap rumah yang boleh anda pertimbangkan iaitu:

#1. Kotak Tingkap

Kredit gambar: www.marthastewart.com

Sangat sesuai buat anda yang tidak mempunyai halaman atau tanah yang sangat terhad. Hubungkan alam semulajadi menurusi tingkap rumah anda. Pasangkan kotak di bahagian luar tingkap yang boleh ditanam pelbagai jenis tumbuhan atau bunga.

#2. Kanopi Tumbuhan

Kredit gambar: www.tinycanalcottage.com

Anda juga boleh jadikan tumbuhan menjalar sebagai kanopi atau boleh juga dijadikan sebagai hiasan di pintu masuk utama kediaman anda.

#3. Jubin Batu

Kredit gambar: www.pinterest.com

Di halaman rumah anda, pasangkan jubin yang mempunyai corak yang cantik serta warna yang terang. Pastikan anda menyusun jubin tersebut secara berjarak untuk memastikan rumput tumbuh di ruangan kosong tersebut. Ia akan mencantikkan lagi laman anda.

#4. Pancuran Air

Kredit gambar: www.thisoldhouse.com

Bagi anda yang gemar melakukan aktiviti berkebun dan sebagainya, pasti anda pancuran air di luar rumah. Jadi, daripada membiarkannya kelihatan kosong dan tidak menarik, anda boleh menanam pokok bunga di sekelilingnya atau menaikkan kayu sebagai penghadang dengan dihiasi batu-batu kecil di bahagian tanah.

#5. Idea Halaman Rumah Dengan Patio

Kredit gambar: decorlovin.com

Bina patio yang dikelilingi dengan tumbuhan kecil yang menghijau atau pokok bunga yang segar. Pilih satu sudut yang berdekatan dengan pagar atau sebelah rumah anda dengan meletakkan kerusi, meja serta payung yang mempunyai rekaan menarik.

#6. Idea Halaman Rumah Dengan Tanaman

Kredit gambar: aprettylifeinthesuburbs.com

Selain tumbuhan atau pokok bunga, anda juga boleh mencantikkan halaman rumah dengan menanam sayuran atau herba. Susun atur tanaman tersebut dengan pelbagai variasi tumbuhan.

#7. Kolam Renang

Kredit gambar: www.pinterest.com

Antara salah satu cara menghilangkan panas badan adalah dengan berendam di dalam air. Apa kata wujudkannya di halaman rumah anda. Serlahkan lagi kolam renang anda dengan tanaman hijau di suatu sudut serta kerusi untuk anda beristirehat.

#8. Idea Halaman Rumah Dengan Rumah Burung

www.telegraph.co.uk

Bosan dengan kesibukan kota raya? Satu cara untuk hilangkannya adalah dengan membawa masuk alam semula jadi ke perkarangan rumah anda. Sediakan rumah burung untuk haiwan kecil itu datang bertandang. Kicauan bunyinya yang mengasyikkan pasti menghilangkan tekanan anda.

Semoga dengan perkongsian ini, anda sudah mendapat idea dekorasi apakah yang perlu ada di perkarangan rumah anda. Anda juga boleh menghias halaman rumah anda dengan pokok hiasan dengan mengambil ilham atau idea di SINI!

Selamat mencuba!