Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Hamil? 3 petanda anda mungkin mendapat bayi kembar

pregnancy

Protection and guidance - Expectant parents

Memikirkan tentang anda mungkin hamil lebih dari satu bayi? Lihat potensi ini tentang tanda-tanda kehamilan kembar.

3 Tanda Anda Mungkin Hamilkan Bayi Kembar

Seperti kebanyakan wanita, saya mula mengetahui bahawa saya hamil apabila ujian kehamilan adalah positif. Untuk mengesahkan keputusan tersebut, saya pergi berjumpa dengan doktor untuk mengambil darah. Keesokan harinya, doktor menelefon dan berkata tentang sesuatu yangsaya tak boleh lupakan: “Ya, anda hamil. Kenyataannya, hormone anda sangat tinggi, kami tidak tahu berapa banyak bayi yang akan anda ada.”

Perkataan tersebut adalah tanda pertama yang mungkin saya hamil bayi kembar – berita itu disahkan 4 minggu selepas ultrasound pertama saya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Walaupun wanita menjangkakan kembar atau lebih mungkin mengalami beberapa tanda – sama seperti kehamilan biasa – terdapat beberapa tanda awal yang boleh dilihat apabila anda hamil lebih dari satu bayi.

Ujian Darah

Seperti kes saya, peningkatan hormone hCG(human chorionic gonadotropin) dalam darah boleh menunjukkan yang mungkin anda hamil bayi kembar. Jika nombor ini timbul di awal ujian, anda mungkin boleh mendapat lebih dari satu bayi – namun ia keputusan muktamad.

“Kehamilan kembar selalunya mempunyai peningkatan darah hCG, tetapi ia juga terjadi pada kelahiran biasa,” Kata Amos Grunebaum, M.D., pengarah di obstetric dan ketua di bilik bedah dan kelahiran di New York-Presbyterian, professor di Kolej Weill Cornell Medical, dan penasihat kesihatan di Fairhaven Health. “Terdapat perbezaan yang luas untuk hCG normal untuk kembar dan kelahiran biasa, dan mustahil untuk mengesahkan kembar walaupun pada mulanya hCG meningkat.”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tanda kehamilan

Apabila anda berpendapat bahawa tanda kehamilan berkaitan dengan perubahan hormone pada badan wanita, ia memberi sebab untuk ibu-ibu menyangkakan kembar – pada sesiapa yang mempunyai perubahan hormon yang lebih – mungkin mengalami beberapa tanda lagi.

“Apabila wanita itu hamil bayi kembar, dia berada pada risiko yang tinggi untuk kejadian yang bakal terjadi, lebih dari ibu yang hamil satu bayi,” Jelas Christine Greves, M.D., ob-gyn di Hospital Winnie Palmer di bahagian Wanita dan Bayi di Orlando. “Sebagai contoh, berikutan dengan peningkatan hormon kehamilan bhCG, dia mungkin mempunyai lebih dari tanda seperti nausea dan muntah lebih dari wanita yang hanya hamil pada satu bayi.”

Kenyataannya, wanita yang hamil kembar mungkin akan lebih terseksa dengan kesakitan seperti hyperemesis gravidarum, apabila nausea dan muntah terjadi hanya sesekali dan wanita tersebut mungkin memerlukan cecair intravenous dan lain-lain, jelas Dr. Greves.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Perut Yang Besar Lebih Awal

Walaupun Grunebaum mengatakan bahawa wanita yang hamil akan meningkat dari segi berat dan saiz yang tidak boleh digunakan sebagai indicator untuk kehamilan kembar, ramai ibu kembar menyatakan perut mereka akan membesar dengan cepat yang mungkin sesuatu perkara yang akan berbeza pada kehamilan mereka.

Pada kehamilan kembar, saya memakai bikini di kolam renang pada bulan yang ke 4, dan seseorang memberitahu saya bahawa “ia sangat besar untuk bulan yang ke empat.” Meletakkan sikap yang tidak sopannya ketepi, kenyataannya dua bayi yang telah membuatkan perut saya lebih besar.

Sudah semestinya, dengan tanda ini akan membantu anda untuk mengetahuinya, doktor berkata bahawa tiada apa yang boleh disahkan melainkan ultrasound.

“Anda boleh meneka apa sahaja, tetapi anda perlu mengambil ujian ultrasound, kerana semuanya hanyalah spekulasi,” kata Dr. Grunebaum. Kebanyakan ibu tidak perlu menunggu lama untuk keputusann,” tambahnya.

Artikel ini dipetik dari SignsYouMightBePregnantTwins