Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Umur & Kesuburan: Hamil Pada Usia 30-an

pregnancy

Protection and guidance - Expectant parents

Pernah terfikir untuk hamil pada usia 30-an? Ramai yang beranggapan bahawa pada usia 30an adalah usia yang terbaik untuk bergelar ibu. Anda lebih sukakan apabila karier dan hubungan anda lebih stabil, yang akan menyediakan asas untuk membina keluarga. Diharap agar anda bersama pasangan anda menikmati dan menghadapi cabaran hidup sebelum memasuki alam keibubapaan, cabaran yang lebih besar.

Itu adalah berita baik. Berita buruk pula adalah anda kan menghadapi kesulitan yang berbeza dimana kemampuan anda untuk hamil pada awal 30an bertentangan dengan lewat 30an. Apabila umur semakin meningkat, tahap kesuburan akan menurun untuk kebanyakan wanita. Oleh sebab itu, pakar menyarankan untuk pada usia 30an untuk tidak menunggu lebih lama, terutamanya jika anda menginginkan lebih dari 1 zuriat.

Hamil pada apa jua peringkat usia akan mendatangkan kebaikan dan keburukan. Periksa dengan pakar kesuburan, konsultan kewangan, pakar hubungan, para ibu yang berusia 30an untuk mendapat gambaran lebih jika anda inginkan anak pada usia 30an.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Kebaikan Hamil Pada Usia 30-an

Bagi mereka yang baru bergelar ibu pada usia 30an masih mempunyai tenaga dan ketahanan yang kuat, kualiti untuk mengasuh anak kecil. Semua orang berbeza, tetapi wanita pada usia ini lebih mengenali sifat mereka sendiri daripada wanita pada usia 20an dan tidak seperti wanita pada usia 40an, ujar Leah Seidler psikoterapi dari San Francisco.

Bagaimanapun, mempunyai anak pada usia 30an lebih baik dari segi kewangan dan praktikal. Anda mungkin sudah mempunyai gaji yang besar dan kewangan yang stabil berbanding pada usia 20an kerana anda mempunyai banyak masa untuk mengukuhkan kewangan anda di alam pekerjaan. Anda juga lebih fleksibel berbanding wanita pada usia 40an, yang mengalami kesulitan untuk pergi lebih jauh dengan karier anda apabila memiliki anak.

Nicole Rogers, pengarah bahagian kewangan di San Francisco Marriott, mempunyai 1 zuriat pada usia 20an, dan pada 30an bertambah kepada 3 anak dan menambahkan 1 lagi zuriat pada usia 41. Jika dia boleh memilih, dia memilih usia 30an sebagai usia yang ideal untuk melahirkan anak.

“Karier anda kukuh, anda masih kelihatan hebat, dan mempunyai tenaga untuk melayan karenah anak-anak anda.” Dia berkata. “anda lebih tenang menjadi ibu bapa berbanding pada usia 20an, anda juga boleh menikmati lebih keseronokan, dan anda tidak akan lebih penat seperti usia anda 40an. Anda merasakan anda boleh melakukan semuanya, dan pada usia 30an, anda mungkin boleh.”

Untuk lebih jelas, Marnie Azner, penasihat kewangan bebas di Morris Plains, New Jersey, menyeru wanita untuk membuat apa sahaja untuk meringankan masalah kewangan yang mengambil masa untuk memiliki zuriat.

“Belajar bersungguh-sungguh” ujar Azner. “Sebagai contoh, jika rancangan 401K anda akan bertambah pada tahun depan, bolehkah anda menangguh masa untuk hamil, hanya untuk tidak melepaskan peluang tersebut?

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Azner juga menasihati wanita supaya kekal bekerja untuk mengekalkan skil supaya mudah untuk bekerja semula.

“Sentiasa berhubung dengan bahagian penerbitan, hadiri persidangan, makan bersama teman sepejabat yang lama, atau sambung pengajian,” ujarnya. “Walaupun anda tidak merancang untuk bekerja kembali, tetapi jika anda berbuat demikian, anda akan mempunyai pilihan.”

Keburukan 

Setiap kajian yang and baca, atau perundingan bersama pakar akan setuju 35 adalah batu loncatan bagi wanita untuk memiliki zuriat. Pada awal 30an, peluang anda untuk memiliki zuriat adalah rendah berbanding pada usia 20an, risiko untuk berhadapan dengan keguguran atau memiliki bayi Down Syndrome adalah lebih tinggi. Tetapi pada usia 35, tahap kesuburan anda adalah selari.

Selain daripada usia, masalah genetik juga memainkan peranan, pakar mencadangkan untuk wanita membuat ujian darah sel bebas fetal, amniosentesis, ujian vilus korionik, atau selainnya bermula pada pertengahan usia 30an.

Kadar keguguran meningkat perlahan tetapi semakin meningkat bersamaan umur wanita, kerana kehamilan akan merumitkan. Wanita pada usia 35 dan keatas lebih cenderung kepada kehamilan ektopia berbanding daripada wanita muda.

Kadar cesarian juga lebih tinggi untuk wanita berusia lebih dari 35 tahun: para ibu pada usia ini mempunyai peluang 45 peratus untuk kelahiran c-section berbanding ibu yang dalam linkungan 20an yang berpeluang sebanyak 35 peratus. Pakar mengatakan kadar caserian ini meningkat disebabkan oleh masalah kehamilan seperti kesakitan fetal atau prolonged second-stage labor, dimana ia berlaku pada ibu yang berusia.

Susah pasti, tahap kesuburan wanita adalah berbeza, tetapi pakar berpendapat pada usia 35 tahun, wanita perlu lebih serius jika mereka inginkan zuriat – terutamanya jika mereka inginkan lebih daripada satu anak.

“Saya selalu memberitahu wanita untuk memikirkan tentang kehamilan yang kedua.” Ujar  James Goldfarb pakar kesuburan, pengarah bahagian kesuburan dan IVF di Cleveland Clinic Foundation di Cleveland, Ohio. “Pada umur 35 atau 36, kebanyakan wanita hanya perlukan sedikit perubatan intervensi untuk hamil, jika perlu. Tetapi apabila mereka bersedia untuk kehamilan yang seterusnya, jika pada usia 39, ubat itu sudah kurang tindak balasnya.”

Kebarangkalian Untuk Berjaya

Goldfarb melihat pasangan yang berusaha menghadapi isu kesuburan setiap hari di pusatnya, Cleverland, membuat statistik ke perspektif: “Terdapat penurunan kesuburan pada usia 29 dan 35, tetapi majoriti wanita yang berumur 35 tahun masih tidak mempunyai masalah.” Ujar beliau. “Bagaimanapun, pada usia 38 atau 39, usia merupakan masalah terbesar.”

Secara keseluruhannya, pada usia 30an anda mempunyai peluang sebanyak 15 peratus untuk hamil mengikut mana-mana kitaran ovulasi, berdasarkan pakar kesuburan Sherman Silber, pengarah pusat kesuburan di St. Louis, Hospital Missouri di St. Luke dan penulis buku terlaris tentang kesuburan dan How to Get Pregnant.

Peluang anda untuk hamil dalam setahun adalah sebanyak 75 peratus. Tetapi kesuburan akan berkurang mengikut usia anda, jadi pada lewat 30an, peluang anda untuk hamil dalam setahun menurun sebanyak 65 peratus.

Risiko keguguran juga meningkat perlahan pada usia awal 30an, tetapi ia mula meningkat secara drastik semasa pertengahan hingga lewat 30an: Risiko ini adalah 18 peratus pada usia 35. Tetapi meningkat ke 34 peratus pada awal 40an.

Pada usia 35 sehingga 39 juga merupakan usia bagi wanita untuk mempunyai bayi kembar – walaupun tanpa rawatan kesuburan yang akan meningkatkan kelahiran yang berbilang.

Lazimnya, anda akan melepaskan satu telur bagi satu kitaran. Tetapi semakin meningkat usia anda, hormon stimulasi folikel (HSF) akan meningkat. Apabila hormon ini berlaku, anda akan berpeluang untuk melepaskan lebih daripada satu telur melalui satu kitaran, meningkatkan kadar kelahiran berbilang.

Wanita berusia yang secara statistiknya kurang berpeluang untuk hamil, tetapi jika mereka boleh, mereka berpeluang untuk mendapat bayi kembar.

Perkara Yang Anda Boleh Lakukan untuk Hamil Segera

Untuk memberi anda peluang yang terbaik untuk kehamilan normal dan bayi yang sihat, ambil beberapa lang penting ini sebelum mencubanya. Baca panduan tersebut untuk membantu anda membuat persediaan untuk hamil.

Jika anda lebih muda bawah dari usia 35 tahun dan kerap melakukan hubungan kelamin (2 atau 3 kali seminggu) selama setahun dan masih tidak hamil, anda perlu berunding dengan pakar kesuburan.

Jika anda berusia 35 tahun keatas, berunding dengan pakar jika anda kerap melakukan hubungan kelamin selama enam bulan dan masih tidak hamil. Dan jika terdapat sebab untuk anda menghadapi kesulitan untuk hamil – seperti haid yang tidak teratur, penyakit kelamin atau kesakitan pada pelvik – anda mungkin ingin berunding dengan pakar secepatnya.

Apakah yang anda perlu lakukan untuk menangguh kehamilan?

Jika anda inginkan zuriat tetapi masih belum bersedia, anda mungkin berfikir untuk membekukan telur anda. Walaupun peluang untuk hamil secara sihat adalah kurang pada lewat 30an dan 40an, kebarangkalian untuk berjaya dengan bantuan teknologi adalah lebih bagus dengan telur yang lebih muda. Sesetengah wanita menyimpan telur mereka sekarang kerana dikhuatiri mereka akan menghadapi kesukaran untuk hamil apabila usia mereka meningkat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telur dan kesuburan, baca artikel kami untuk mengetahui tentang kehamilan pada usia 20an dan 40an. Anda juga boleh mengikut kisah tentang kelahiran dan prakonsepsi daripada 6 wanita pada usia 20an, 30an, dan 40an.

Artikel ini dipetik oleh Age and fertility: Getting pregnant in your 30s.