Ibu, Bayi & Kanak Kanak

18 Jenama Hand Sanitisers Yang Popular Ini Di Tarik Balik Penjualannya di Singapura

Sejak bermulanya pandemik COVID-19, penggunaan hand sanitiser seperti satu keperluan bagi setiap orang—terutamanya mak-mak.

Sekarang, ke mana sahaja kita pergi, pasti ada disediakan hand sanitiser. Tak kurang juga yang menyediakan sekurang-kurangnya satu botol di dalam handbag atau poket sendiri.

Highlighted

Kredit: todayonline.com

Umum mengetahui bahawa hand sanitiser mengandungi kandungan alkohol yang agak tinggi kerana ia merupakan bahan utama untuk membunuh kuman. Namun begitu, terdapat beberapa hand sanitiser yang tinggi kandungan bahan kimianya dan ini boleh membahayakan pengguna.

Pada Februari hingga April yang lalu, Singapore’s Health Science Authority (HSA) telah menarik balik 18 jenama hand sanitisers di Singapura berikutan dua kandungan bahan kimianya—acetaldehyde dan/atau methanol—yang tinggi, iaitu melebihi had yang ditetapkan oleh farmasi.

Kredit: media.karousell.com

Penarikbalikan ini telah diklasifikasikan di bawah Tahap Dua, yang menjelaskan bahawa “isu-isu tersebut mungkin tidak akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius”.

Berikut merupakan hand sanitisers yang terkesan:

  1. Asepso Professional Hand Sanitiser (Batch: B42M)
  2. Cuticura Hand Sanitizer (semua batch)
  3. Epi KleenGel Hand Sanitizer Gel (semua batch)
  4. Guardian Lavender & Passion Flower Antibacterial Hand Sanitiser (Batch: 9K28DF)
  5. Guardian Aloe & Korean-Mint Antibacterial Hand Sanitiser (Batch: 0D32DF)
  6. Kundal Fresh Water Hand Sanitizer+ (Batch: BN227)
  7. Sanitelle Instant Hand Sanitizer Antiseptic Gel Kids (semua batch)
  8. Cath Kidston Moisturising Hand Sanitiser (semua batch)
  9. 红月亮® Redmoon 抑菌免水净手凝胶 Bacteriostat Wash Free Hand Wash Gel (semua batch)
  10. We11 Daily Instant Hand Sanitiser (semua batch)
  11. Cool Day’s Peppermint Instant Hand Sanitizer (semua batch)
  12. Walch Instant Hand Sanitizer (Batch: TG01)
  13. TP 706 Hand Sanitiser (Exp: 10/03/2022)
  14. Lifebuoy Instant Hand Sanitizer (Batch: OD13UL)
  15. FairPrice Hand Sanitiser Lavender (Batch: 201251-001)
  16. germ-X Advanced Hand Sanitizer Original Scent (semua batch)
  17. Sanigen Gel Hand Refreshing Gel 600ml (semua batch)
  18. Yuri Hand Gel Green Tea Extract (semua batch)
Kredit: incidecoder, media.karousell.com & cf.shopee.com.my

Dalam kenyataan yang dikeluarkan HSA, penarikbalikan ini diklasifikasikan sebagai penarikan tahap borong, di mana, produk yang tersenarai dipanggil semula oleh pembekal borong tersebut.

Mereka diminta untuk menghentikan penjualan produk tersebut dan mengembalikan baki stok yang ada kepada pihak syarikat.

Setakat ini, hal ini hanya diumumkan di Singapura sahaja, dan tidak ada sebutan mengenai produk-produk ini di Malaysia.