Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Berapa Awal Atau Hari Ke Berapa Bakal Ibu Boleh Tahu Anda Sebenarnya Mengandung?

Hari Ke Berapa Boleh Tahu Mengandung

Sumber: Freepik

Bagi wanita-wanita yang sedang merancang untuk hamil, mesti rasa berdebar-debar dan tak sabar untuk mendapat kepastian samaada diri sedang mengandung atau tidak, kan?

Persoalannya, berapa awal boleh Ibu tahu yang diri sedang mengandung?

Hmm, rasa macam mengandung. Tapi, hari ke berapa boleh tahu mengandung ya? Waktu bila boleh guna pregnancy test kit ya?

Walaupun anda boleh periksa tanda-tanda awal kehamilan, tetapi untuk mendapatkan kepastian yang paling awal, anda boleh mengambil ujian kehamilan dengan pregnancy test kit di rumah sahaja.

Tapi Ibu jangan pula terburu-buru ambil ujian kehamilan sejurus saja turun dari katil ya.

Waktu sesuai untuk mengambil ujian kehamilan dirumah dengan menggunakan kit ujian yang boleh didapati di farmasi ini selalunya adalah dalam seawal minggu pertama atau kedua selepas menjalinkan hubungan seks.

Untuk keputusan yang lebih tepat dan jika haid lewat, anda boleh mengambil ujian kehamilan seminggu selepas tarikh terlepas haid.

Kit Ujian Kehamilan dan Kadar Ketepatannya

Kit ujian kehamilan biasanya menguji air kencing ibu mengandung untuk hormon yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG).

Hormon ini hanya akan wujud jika seseorang wanita itu sedang hamil, kerana hormon ini dilepaskan jika telur yang disenyawakan melekat di luar rahim atau ke lapisan rahim wanita itu.

Terdapat perbagai cara untuk mengumpulkan air kencing untuk kit ujian ini. Ia akan bergantung pada jenis kit yang didapatkan di farmasi. Secara umumnya, bakal ibu mungkin perlu:

  • kumpulkan air kencing di dalam cawan bersih dan kering yang dipakaibuang, dan celupkan batang ujian ke dalam cawan tersebut, atau
  • kumpulkan air kencing di dalam cawan bersih dan kering dan gunakan pipet atau penitis untuk mengambil air kencing tadi dan alirkan sejumlah kecil cecair ke dalam bekas khas, atau
  • letakkan batang ujian ke arah kawasan aliran air kencing yang dijangkakan supaya air kencing anda akan tersasar ke atas batang ujian tersebut

Kebanyakan kit ujian kehamilan yang boleh didapatkan di farmasi mempunyai kadar ketepatan sehingga 99% jika di ambil selepas anda pasti anda telah lewat datang bulan bagi bulan tersebut.

Jadi kalau betul-betul nak tahu kalau anda hamil dan mendapat keputusan yang paling tepat, anda boleh buat ujian ini dalam privasi kediaman sendiri.

Highlighted

Sumber: Freepik

Lepas dah selesai membuat ujian air kencing itu pula, tunggu beberapa minit untuk membaca keputusan ujian.

Batang ujian yang digunakan akan memaparkan hasil atau keputusan melalui salah satu cara berikut:

  • perubahan warna
  • satu barisan
  • simbol, seperti tambah (“+”) atau tolak (“-“)
  • perkataan hamil atau tidak hamil, biasanya dalam bahasa Inggeris – pregnant/not pregnant. 

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Ambil Kit Ujian Kehamilan

Selain daripada menunggu kedatangan haid untuk memastikan haid anda telah lewat, ada beberapa perkara lain yang boleh diperhatikan.

Ini kerana kadang-kadang haid yang lewat bukan bermakna haid tidak akan datang langsung kerana mengandung, tetapi cuma kerana ketidakseimbangan hormon yang membuatkan ia lewat bagi bulan tersebut.

Haid anda mungkin lewat kerana sebab-sebab yang lain seperti stres, diet, memulakan senaman baru atau perubahan gaya hidup, atau pun faktor perubatan yang lain.

Antara perkara atau keadaan lain yang anda boleh perhatikan supaya anda boleh menggunakan kit ujian kehamilan termasuklah;

1. Cramps atau kekejangan

Kadang-kala implantasi boleh terasa seperti kekejangan yang kaum wanita selalu dapat ketika haid.

Pada awal kehamilan, bakal ibu mungkin akan berasa sebegini, jadi ia mungkin satu tanda bahawa anda sedang mengandung. Maka, ini adalah waktu yang baik untuk melaksanakan ujian kehamilan di rumah.

Sumber: Getty Images

2. Payudara sakit

Kehamilan akan menghasilkan lebih banyak estrogen dan progesteron, maka hormon ini akan mula membuat perubahan dari segi fizikal badan.

Salah satu perubahan tersebut ialah payudara, di mana ia akan berasa lembut dan kelihatan lebih besar kerana aliran darah meningkat.

Jadi ini juga menjadi salah satu tanda kebarangkalian besar anda sedang hamil dan bolehlah anda cuba buat ujian kehamilan pada waktu ini.

3. Pendarahan implantasi

Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan ringan yang dipanggil spotting jika telur berjaya disenyawakan.

Ia bukan seperti darah haid dan mungkin akan berlaku sekali dua sahaja dan melibatkan beberapa titik darah atau keputihan yang bercampur dengan darah dan berwarna merah jambu.

Jika perkara ini berlaku, sesudah ia berhenti, anda boleh cuba ambil ujian kehamilan. Seeloknya tunggu beberapa hari selepas itu kerana ini mungkin masih terlalu awal untuk.

4. Simptom-simptom awal kehamilan lain

Sumber: Freepik

Jika anda rasa anda seperti sedang melalui simptom kehamilan yang biasa di dengar seperti mual atau morning sickness, selalu penat, atau rasa jijik pada sesuatu makanan yang selalunya anda suka, mungkin itu semua memang simptom kehamilan dan anda boleh juga ambil ujian kehamilan dengan kehadiran simptom-simptom tersebut.

Apakah Langkah Seterusnya?

Kebanyakan kit ujian kehamilan mengesyorkan pengguna untuk mengambil ujian pada waktu pagi kerana air kencing di awal pagi selepas bangun biasanya mengandungi hormon hCG yang paling tinggi.

Kadar hCG akan meningkat secara dua kali ganda setiap dua hari di awal tempoh kehamilan.

Kalau ujian kehamilan yang anda buat dekat rumah adalah positif, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.

Anda tak perlu untuk terus berjumpa dengan doktor pakar sakit puan, tetapi Klinik Kesihatan yang berdekatan sudah memadai, terutama sekali Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak.

Sumber: Getty Images

Kalau ujian kehamilan negatif, tapi anda yakin yang diri sedang hamil kerana haid lewat dan badan menunjukkan tanda-tanda sedang hamil, cuba periksa kit ujian kehamilan yang digunakan tadi samada masih elok digunakan atau sebenarnya sudah melepasi tarikh luput.

Ya, kit ujian kehamilan pun boleh expire! Tetapi kalau belum, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dengan membuat ujian darah.

Ujian darah ini juga akan mengenalpasti kehadiran hormon hCG dalam darah, tapi mungkin mengambil masa dalam satu ke dua hari untuk mendapat keputusannya.

Setiap wanita akan mengalami simptom yang berbeza-beza ketika hamil, kerana ada yang akan mengalami simptom yang teruk atau ringan dan ada juga yang tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Jika anda rasa was-was dan ingin tahu hari ke berapa boleh tahu anda mengandung, anda boleh cuba dengan membuat ujian kit kehamilan yang boleh didapati di farmasi atau terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian.