Ibu, Bayi & Kanak Kanak

SAYANGI MALAYSIAKU – 3 Tips Ajar Anak Untuk Cintakan Negara

sayangi-malaysiaku-negara

credit: SABAH.gov

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Pada tanggal 31/8 setiap tahun, negara akan menyambut hari kemerdekaan secara besar-besaran untuk mengingati jasa pejuang-pejuang negara membebaskan negara kita dari tangan penjajah.

Highlighted

credit: selangorkini

Sayangkah kita kepada negara?

Sejak kebelakangan ni, semenjak tampuk pemimpinan dah berubah, macam-macam hal yang timbul. Ada siap nak gaduh sebab tak setuju dengan kerajaan baru sebab ada yang mengatakan perdana menteri kita nak lawan institusi beraja. Bendera dekat kereta pun dah makin takde sekarang ni.

Lupakah kita untuk sayangi negara?

Tak kira la siapa yang memerintah, kita wajib untuk sayang negara kita, Malaysia. Sini la tempat tinggal kita, tempat membesar, tempat kita nak besarkan anak-anak. Hargailah kemerdekaan. Tapi jangan lupa untuk ajar anak-anak kita tentang maksud kemerdekaan dan terapkanlah dalam diri mereka untu SAYANGI MALAYSIAKU.

3 Tips Untuk Ajar Anak-Anak Cintakan Negara

1. Tunjukkan Contoh Tauladan yang Baik

Benda paling senang nak buat, jadi contoh yang baik untuk anak-anak. Jangan buang sampah merata-rata. Kalau nak masuk simpang tu bagi signal. Lepas makan dekat kedai, kemaslah sikit-sikit meja makan tu. Paling penting jagalah kebersihan. Nak sayang negara, kena jadi pembersih dulu. Tak perlu nak buat benda besar-besar nak tunjuk sayang kepada negara.

Bila kita tunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan ikut. Anak-anak ini lah yang nak ganti tempat kita nanti.

2. Ajar Mereka Untuk Bersikap Termuka Dan Optimistik

Macam mana? Start dengan kita la. Janganlah setiap kali kalau cakap pasal politik, habis sumpah seranah keluar. Suka sangat kutuk dan keluarkan kata-kata kesat kalau tak setuju dengan tampuk pemimpinan Malaysia ni. Apalah salahnya cakap hal yang elok-elok.

credit: YouTube

Okay lah kata perdana menteri kita seakarang akan hapuskan BR1M atas sebab tertentu, kita sebagai ibubapa kena lah bersifat rasional, janganlah duk maki hamum kerajaan depan anak-anak. Ingat, anak-anak ni macam span. Semua benda mereka boleh serap tau.

Tolonglah ajar mereka untuk berfikir secara rasional. Ajar mereka untuk memilih tampuk pemimpinan mengikut akal yang waras. Bukan dengan emosi.

3. Hormati Orang

Ni pun nampak macam simple je kan? Tapi tahukah anda kalau kita sebagai ibubapa asyik nak bergaduh dengan semua orang, anak-anak akan membesar dengan kebencian. Mula lah anak-anak dah takde rasa hormat dekat orang, ingat ya, dalam Malaysia ni ada pelbagai kaum.

Semua kaum ada cara tersendiri. Jangan ajar anak untuk kutuk-kutuk orang lain. Kalau nampak masyarakat India bertindik dekat hidung, janganlah duk mengata pulak. Itu tradisi mereka. Bagi mereka, macam tu cantik. Kita kena hormat.

credit: tehtarik.online

Dalam Malaysia ni ada pelbagai agama. Ada Masjid, ada Tokong. Terapkan sifat hormat-menghormati agama setiap orang. Elakkan dari rusuhan. SAYANGI MALAYSIAKU.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!