Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Tanda-Tanda Hati Hitam Yang Ramai Tidak Perasan

Setiap hati manusia adalah putih dan bersih pada awalnya, namun sekali melakukan dosa maka akan muncul satu titik hitam dan akan bertambah jika berterusan melakukan dosa.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa tanda hati sudah mula hitam,  apabila berbuat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan, hati yang tidak makan nasihat.

Mesti tiada siapa yang perasan apabila hati telah hitam, oleh itu hati yang penuh keburukan akan menjadikan seseorang itu gelisan dan tidak tenteram.

15 Tanda Hati Kita Telah Hitam

 

Highlighted


1. Meninggalkan Solat Tanpa Rasa Salah

Meskipun hanya sekali sahaja tidak menunaikan solat, dosanya sudah sangat besar. Bahkan sedikit demi sedikit cahaya keimanan akan ditarik sehinggalah

dia tidak berasa apa-apa salah lagi jika tidak bersolat. Apatah lagi jika tidak mendirikan solat banyak kali, sudah pasti semakin berganda dosa yang

diterima.

2. Tidak Gelisah Saat Tidak Melakukan Ibadah

Hati yang mati adalah tidak merasa gelisah jika tidak melakukan apa-apa ibadah, bahkan tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

3. Tetap Tenang Walaupun Melakukan Dosa

Hati yang hitam tetap akan tenang kerana dosa-dosanya telah menutup hati, dan dengan itu mereka tidak berasa apa-apa kesalahan lagi.

Mereka juga tetap berasa tenang tanpa gusar kerana sudah menjadi kebiasaan baginya.

4. Jauh Dari al-Quran

Hati yang telah hitam tidak akan tersentuh atau terpengaruh dengan ayat-ayat suci al-Quran, bahkan berpaling darinya.

Berbeza dengan umat mukminin, hati mereka akan bergetar jika mendengar atau membaca ayat-ayat al-Quran.

Firman Allah;

“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” 

(Muhammad : 24)

5. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama

Hati yang telah hitam akan sentiasa leka dengan melakukan hal-hal lain dan tidak memikirkan soal agama.

Firman Allah :

“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(an-Nahl : 108)

6. Berterusan Melakukan Maksiat

Hati yang hitam tidak ada rasa takut dan bersalah dalam hati pemiliknya untuk berterusan melakukan maksiat.

Bahkan tidak terbuka hati untuk mempercayai azab dan balasan atas perbuatan mereka.

7. Tidak Suka Mendengar Nasihat

Golongan yang memiliki hati yang hitam ini sangat tidak gemar mendengar nasihat atau kebaikan lain.

Jika dengar pun, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

8. Mudah Bersangka Buruk, Memfitnah dan Mengumpat

Dari hati yang hitam itu akan lahir ke mulut dengan kata-kata yang buruk, begitulah sebaliknya.

Kata-kata itu berperanan untuk menunjukkan hati seseorang. Fitnah, mengumpat, mengeji itu dengan perlahan-lahan akan terus mematikan hati seseorang.

9. Tidak Takut Peringatan Kematian dan Azab di Akhirat

Sebuah hati yang telah mati, tidak akan melihat apa-apa peringatan bahkan tidak memiliki sedikitpun  rasa takut serta kesal.

Oleh itu, mereka akan berterusan melakukan dosa dan kesalahan.

10. Terlalu Cintakan Dunia

Hati yang hitam sangat cintakan dunia dan melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki dunaiawi.

Tidak takut dan ingat akan kematian dan tidak sedar dunia ini akan berakhir kelak.

11. Tidak Terpengaruh Hatinya Dengan Pelbagai Ujian, Musibah Dan Cubaan

Hati yang hitam sememangnya tidak pernah terpengaruh jika Allah  menurunkan ujian dan dugaannya.

Baginya itu adalah satu musibah yang diikuti dengan cercaan dan tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.

Allah SWT berfirman;

“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?”

(at-Taubah:126)

12. Tidak Pernah Bersyukur Kepada Allah

Mereka sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian yang Allah SWT kurniakan kepadanya serta lebih banyak mengeluh kesah dan merungut.

13. Bermalas-malasan Dalam Mengerjakan Kebaikan

Hati yang hitam tidak kenal atau tidak tahu membezakan sesuatu hal yang ma’ruf dan munkar. Bahkan tidak pernah mendekatkan diri dengan kebaikan dan kebajikan.

14. Membenci Orang Alim dan Para Ulama

Pemilik hati yang hitam tidak menyukai golongan yang baik yang bertentangan dengannya.

Ini kerana mereka tidak menyukai perkara baik yang disampaikan seperti kata-kata atau perbuatan yang baik yang mengajak ke arah kebaikan.

15. Berasa Tenang Dengan Kesusahan Orang Lain

Hati yang hitam ini sudah tidak ada apa-apa perasan yang menjurus kepada simpati, kasihan serta empati terhadapa kesusahan orang lain.

Perasaan hasad dengki, cemburu, khianat lebih menguasai dirinya, bahkan apa yang penting hanyalah kegembiraan dan kepuasan hatinya sendiri.

Cara Merawat Hati Yang Hitam

Bagaimanapun, Allah SWT sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya yang ingin pulang ke pangkal jalan.

Dengan itu, hati yang hitam ini boleh dibersihkan dan dirawat dengan diri sendiri yang mahu pulang  kepada-Nya.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat semula dan membersihkan hati kita agar diampuni dan mendapat rahmat dari Allah.

1. Membaca al-Quran dan memahami maknanya

2. Kerap mendirikan solat malam

3. Bergaul dengan golongan soleh

4. Berzikir

5. Mengamalkan puasa sunat

Oleh itu, sentiasa kita muhasabah diri untuk terus menjadi insan yang lebih baik dan wajib melakukan kewajipan sebagai hamba.


Dapatkan lebih banyak info dan panduan ibadah yang lain di SINI.