Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cepat Letih Dan Badan Lesu? Ambil Tahu Kadar Hb Normal Ibu Hamil Yang Tepat Untuk Elak Komplikasi Serius

Hb normal ibu hamil

Kredit gambar:

Bergelar ibu bukanlah semudah yang disangka. Sebelum memeluk erat si comel Mommy, banyak perkara yang perlu ditempuh oleh Mommy. Antara perkara yang sering menjadi kerisauan Mommy semua yang hamil adalah berkenaan Hb normal ibu hamil.

Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan dan bahkan banyak lagi hal lain yang perlu Mommy hadapi sebelum dapat menatap wajah comel bayi Mommy.

Bercakap mengenai Hb, bagi anda yang baharu pertama kali bergelar ibu atau mendengar perkataan ini, Hb ialah singkatan bagi Hemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen ke seluruh tubuh.

Hb diperlukan untuk wanita hamil kerana lebih banyak oksigen yang diperlukan disebabkan oleh bayi dalam kandungan yang juga memerlukan oksigen yang sama.

Namun, tahukah mommy Hb normal semasa hamil?

Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, jom lihat perkongsian di bawah!

Hb Normal Ibu Hamil – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Highlighted

Kredit gambar: genbest.id

Bacaan Hb yang Normal

Bacaan Hb yang normal bagi ibu hamil mengikut trimester adalah seperti berikut:

  • Trimester pertama: 11.6 hingga 13.9 g/dl
  • Trimester kedua: 9.7 hingga 14.8g/dl
  • Trimester ketiga: 9.6 hingga 15g/dl

Punca Bacaan Hb Tidak Normal

Bagi Mommy-mommy yang mana bacaan Hb mereka sentiasa merah setiap kali checkup pastinya pening memikirkan mengapa bukan? Antara penyebab atau punca Hb rendah ialah:

  • Kekurangan zat besi yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang
  • Pengambilan Asid Folik yang tidak mencukupi
  • Kurangnya Vitamin B12
  • Kurangnya Vitamin C

Risiko Bacaan Hb Rendah

Hb rendah akan menyebabkan tubuh kekurangan oksigen. Hal ini akan menyebabkan Mommy dan bayi terdedah kepada risiko. Antara risiko yang mungkin terjadi adalah:

  • Ibu akan merasa letih dan lesu
  • Menyebabkan keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
  • Pendarahan yang teruk ketika bersalin
  • Tumbesaran bayi dalam kandungan terbantut
  • Risiko kelahiran bayi yang kurang berat (IUGR)
  • Postpartum depression atau meroyan
  • Kematian ibu

Cara Dapatkan Bacaan Hb Normal Ibu Hamil

Kredit gambar: www.klikdokter.com

Oleh itu, Mommy boleh cuba lakukan cara di bawah untuk mengatasi masalah Hb rendah ini. Antara cara tersebut ialah:

#1. Dapatkan Hb Normal Ibu Hamil dengan Makan Makanan Tinggi Zat Besi

Antara makanan yang kaya dengan kandungan zat besinya ialah daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, ikan bilis, pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.

#2. Mengambil Ubat/Supplement yang Telah Diberikan Doktor

Doktor akan mempreskripsikan ubat-ubatan tertentu sekiranya Mommy didiagnos dengan masalah Hb rendah ini. Sekiranya Mommy melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan pastinya sangat familiar dengan 4 jenis ubat ini iaitu pil zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks.

#3. Elakkan Pengambilan Makanan yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Tahukah Mommy bahawa terdapat makanan yang akan menghalang penyerapan zat besi? Antara makanan yang menghalang penyerapan zat besi adalah kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu.

Jika Mommy teringin minum minuman ini boleh, tetapi haruslah dijarakkan 2 jam selepas mengambil ubat yang telah diberikan.

#4. Dapatkan Hb Normal Ibu Hamil dengan Lebihkan Makanan yang Bantu Penyerapan Zat Besi

Jika Mommy menghadapi masalah Hb rendah ini, Mommy boleh melebihkan makanan yang tinggi vitamin C. Ini kerana vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum.

Antara makanan yang tinggi zat besi ialah limau, jambu batu, betik, tomato, dan sebagainya.

#5. Patuhi Temujanji Checkup Kehamilan Pada Setiap Bulan

Kredit gambar: www.honestdocs.id

Yang terkahir, pastikan Mommy sentiasa mematuhi temujanji pemeriksaan kandungan Mommy pada setiap bulan. Ini sangat penting kerana doktor perlu sentiasa memantau bacaan Hb mommy. Jika Mommy tidak mematuhi temujanji tersebut dikhuatiri bacaan Hb Mommy akan menjadi lebih teruk dan akan mengundang risiko seperti di atas.

Mommy tidak perlu terlalu risau kerana akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Dengan adanya pantauan dari doktor dan konsisten dalam pengambilan ubat yang telah dibekalkan tidak mustahil bayi Mommy boleh dilahirkan dengan sihat.

Tidak semua Mommy yang mempunyai Hb rendah ini berakhir dengan risiko seperti dinyatakan di atas. Jadi, Mommy boleh cuba lakukan cara seperti di atas untuk membantu Mommy mengurangkan risiko tersebut.


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan pelbagai lagi info menarik berkaitan kehamilan di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.