Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Makanan Berpantang: Jenis Herba Perubatan Yang Disyorkan Untuk Ibu Berpantang

herba untuk ibu pantang

Selepas bersalin, penjagaan kesihatan Mommy sangat penting, terutamanya dalam memilih makanan dan jenis herba untuk ibu pantang yang diambil.

Beberapa herba perubatan dapat membantu mempercepatkan pemulihan dan menambah tenaga, tetapi ada juga herba perubatan yang boleh membahayakan kesihatan Mommy jika tidak diambil dengan berhati-hati.

Bolehkah Ibu Berpantang Makan Herba Perubatan Selepas Bersalin?

Highlighted


Sesetengah herba bermanfaat untuk mempercepatkan proses pemulihan badan, meningkatkan peredaran darah, dan menyediakan nutrien penting.

Namun, tidak semua herba selamat, kerana ada yang boleh memberi kesan negatif pada tubuh yang masih dalam proses penyembuhan.

Di bawah ini adalah senarai herba yang selamat dan tidak selamat untuk Mommy yang sedang dalam pantang.

Jenis Herba Perubatan yang Selamat Dimakan Selepas Bersalin

1. Ulam Raja (Cosmos caudatus) – Jenis Herba untuk Ibu Pantang yang Berkhasiat

Herba ini mempunyai antioksidan tinggi yang membantu melancarkan peredaran darah dan menguatkan tulang Mommy.

Ia juga sangat bermanfaat kepada penghidap kencing manis.

2. Peria

Mengandungi ciri-ciri anti-radang, peria membantu mengekalkan paras gula darah normal serta meningkatkan imuniti dengan kandungan vitamin C, serat, dan kalsium.

3. Pegaga (Gotu Kola) – Jenis Herba untuk Ibu Pantang yang Selamat

Pegaga boleh membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan imuniti dan kesihatan usus, serta menambah kolagen untuk kulit yang licin.

Mommy boleh mencuba pegaga dalam bentuk mentah, jus, atau teh.

4. Jantung Pisang

Herba ini kaya dengan antioksidan, antibakteria, magnesium, serat, dan kalium.

Jantung pisang sering digunakan dalam masakan Asia Tenggara dan membantu pemulihan Mommy.

5. Jering (Archidendron Pauciflorum)

Buah ini membantu membersihkan darah selepas Mommy bersalin, walaupun baunya agak busuk.

6. Petai (Parkia Speciosa)

Kandungan kalium, protein, magnesium, kalsium, dan zat besi dalam petai menyumbang kepada penyembuhan Mommy, di samping sifat antioksidan, anti-radang, dan anti-hipertensinya.

7. Halba – Jenis Herba untuk Ibu Pantang yang Bagus

Kaya dengan zat besi, fenugreek membantu mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan pengeluaran susu badan.

8. Wolfberry

Dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan mata dan imuniti, beri ini juga dapat mempercepatkan proses pemulihan Mommy selepas bersalin.

9. Cranberry

Baik untuk kesihatan mata dan kulit serta membantu meningkatkan imuniti Mommy.

10. Kurma Merah (Jujube) – Jenis Herba untuk Ibu Pantang yang Popular

Kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, zat besi, kalsium dan magnesium, kurma merah membantu menambah nutrien penting serta menyuburkan darah Mommy.

Selain itu, kurma merah juga berupaya mengeluarkan lochia selepas bersalin.

11. Longan

Mommy juga boleh makan longan ketika dalam pantang.

Ia dapat membantu mengelakkan Mommy dari mengalami kelemahan fizikal, pening, dan insomnia.

12. Akar Teratai – Jenis Herba untuk Ibu Pantang yang Sihat

Herba pilihan yang terakhir adalah akar teratai.

Herba ini tinggi serat yang dapat membantu melancarkan pergerakan usus.

Jenis Herba Perubatan Yang Perlu Dimakan Secara Sederhana

1. Halia

Halia mempunyai sifat anti-radang dan boleh meningkatkan peredaran darah serta kesihatan usus.,

Namun, Mommy perlu ambil dalam kuantiti sederhana untuk mengelakkan lochia berlebihan.

2. Bunga Lawang

Bunga lawang bagus untuk pemulihan tetapi perlu diambil secara sederhana kerana ia boleh menyebabkan peluh berlebihan dan menggigil.

3. Motherwort atau Kacang Ma

Kacang Ma atau nama saintifiknya adalah Leonurus sibiricus atau juga dikenali sebagai rumput untuk ibu ini baik untuk kesihatan kardiovaskular dan peredaran darah.

Akan tetapi Mommy perlu ambil secara sederhana untuk mengelakkan kekejangan.

Jenis Herba untuk Ibu Pantang Perlu Elak Selepas Bersalin

1. Aloe Vera

Lidah buaya bersifat julap yang kuat dan boleh mengganggu sistem pencernaan Mommy.

2. Sea Buckthorn – Jenis Herba untuk Ibu Pantang Perlu Elak

Walaupun mempunyai manfaat kesihatan seperti membantu menurunkan tekanan darah dan risiko penyakit kardiovaskular, Mommy tetap perlu elakkannya.

Hal ini kerana, sehingga sekarang masih tidak ada kajian yang cukup mengenai keselamatannya untuk Mommy ketika berpantang.

3. Ginseng

Ginseng boleh menyebabkan sakit kepala, insomnia, cirit-birit, dan berdebar-debar, menghalang proses pemulihan Mommy.

4. Safflower atau Kesumba

Herba ini mungkin menjejaskan kesihatan bayi jika Mommy menyusukan, oleh itu elakkan penggunaannya.

5. Dong Quai – Jenis Herba untuk Ibu Pantang Perlu Elak

Walaupun bermanfaat untuk sembelit dan migrain, herba ini boleh mengganggu keseimbangan hormon Mommy.

Memilih makanan dan herba yang sesuai amat penting dalam tempoh berpantang untuk memastikan pemulihan Mommy.

Diet yang sihat membantu mempercepatkan penyembuhan dan memastikan kesihatan yang baik.

Rujukan:

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!

Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai tips penjagaan dalam pantang dengan rujuk panduan di SINI!