Ibu, Bayi & Kanak Kanak

HFMD: Kementerian Tidak Galak Rawatan Tradisional

HFMD-kes

credit: SelangorKini

Baru-baru ini tular di laman sosial yang kononnya ibu ini telah merawat anaknya yang menghidapi HFMD dengan hanya menggunakan rawatan tradisional. Ibu yang bernama Azma Abdul Jalil ini kongsikan pengalaman merawat anaknya yang mengalami penyakit HFMD dengan hanya menggunakan 100% rawatan tradisional mengikut cara masyarakat India yang dikongsikan oleh jirannya.

Highlighted


Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya yang bagi petua ini. Alhamdulillah, dah okay sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi hospital swasta, doktor pakar kanak-kanak memuji saya. Doktor cakap saya pandai jaga anak sehingga ruam-ruam jadi kering.

 

Apa Kata Timbalan Menteri Kesihatan?

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebaliknya mereka yang disyaki dijangkiti wabak itu perlu dibawa berjumpa doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap jangkitan yang dialami.

Memang ada cara tradisional tetapi ia tidak digalakkan, apa yang penting jaga kebersihan. Apabila kanak-kanak disyaki dijangkiti, kena bawa jumpa doktor untuk kenal pasti jangkitan itu serius atau tidak.

Apabila seorang kanak-kanak disyaki dijangkiti wabak ini, segera bawa ke klinik untuk berjumpa doktor bagi mengenal pasti keseriusan jangkitan tersebut,

tambah beliau lagi.

Update tentang Kes HFMD setakat ini

Kes HFMD di Sabah membimbangkan

Kes penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah semakin membimbangkan selepas 25 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan tadika termasuk tujuh buah sekolah di daerah Beaufort, Sandakan dan Tawau diarahkan tutup.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 2,200 kes dengan purata 73 kes dilaporkan setiap minggu direkodkan dari awal tahun sehingga 30 Julai.

Sehubungan itu, sembilan buah sekolah meliputi tujuh di Sabah dan masing-masing satu di Pulau Pinang serta Pahang diarahkan untuk tutup dalam tempoh 10 hari bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut,

katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1).

“Untuk mengelakkan kanak-kanak mudah terdedah kepada persekitaran terutamanya ditempat awam hadkan aktiviti mereka yang akan menyebabkan penularan wabak ini mudah berlaku.”

Kalau kita bersepakat melakukan semua ini saya yakin penurunan statistik kes HFMD di Malaysia akan menurun,

tambah beliau lagi.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!