Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Idea Hiasan Bilik Tidur Yang Cantik, Unik, dan Trendy!

hiasan bilik tidur

Kredit gambar: istockphoto

Bila dah ada bilik tidur sendiri ni, syok betul rasanya. Tak sabar-sabar nak menghias mengikut citarasa sendiri. Tak kiralah buat kanak-kanak, anak remaja atau pasangan suami isteri, pasti rasa teruja!

10 Idea Hiasan Bilik Tidur Untuk Rumah Mommy

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood nak kongsikan beberapa idea hiasan bilik tidur yang cantik dan unik. Jom tengok, yang mana paling berkenan di hati?

#1. Hiasan bilik tidur tema alam semesta

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Ini kalau Mommy menghias bilik tidur anak-anak ni, pasti mereka suka. Terutamanya kalau anak Mommy sukakan sains, bintang dan bulan; memang sesuai sangat kalau hias bilik tidur bertemakan alam semesta ni.

Bayangkan lampu berbentuk bulan, ada bintang bergantungan, cadar berkonsepkan alam semesta, langsir unicorn, pasti mengujakan!

#2. Hiasan bilik tidur serba putih

Kredit gambar: istockphoto

Ramai je kan yang tak suka banyak warna dalam menghias? Bagi sesetengah orang, bilik tidur patut kelihatan menenangkan dan tidak menyerabutkan pandangan.

Kalau menghias bilik tidur serba putih ni, ia sesuai untuk semua peringkat umur kan Mommy? Memang cantik dan all-age appropiate.

#3. Hiasan bilik tidur tema fairy tale

Kredit gambar: istockphoto

Kalau hiasan bilik tidur yang bertemakan fairy tale pula, ia lebih popular buat kaum perempuan. Yelah.. orang perempuan ni suka berimaginasi tentang fairy tale dan happy ending.

Jangan terkejut ya, walaupun sudah berusia, ramai kaum wanita yang sukakan tema fairy tale sebagai hiasan bilik tidur.

#4. Hiasan bilik tidur tema gothic

Kredit gambar: decoist.com

Lain orang lain kecenderungannya kan? Ada yang meminati serba putih dan ada juga yang sukakan dark theme seperti tema gothic.

Ini bergantunglah kan. Kalau anak remaja Mommy sukakan tema sebegini, bolehlah hias biliknya dengan warna gothic seperti merah, hitam dan putih bersama gothic accessories.

#5. Tema ala British

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada fairy tale, ramai juga yang sukakan hiasan bilik tidur bertemakan British style gitu. Katil bulat atau besar, langsir baldu dan permaidani berbulu; terasa bagaikan princess dan prince kalau tidur dalam bilik macam ni.

#6. Moden Minimalis

Kredit gambar: istockphoto

Sekarang ni gaya hidup minimalis semakin mendapat perhatian kan? Orang ramai terpaut dengan kesederhanaan dan keseimbangan gaya hidup ni.

Apa kata Mommy hias bilik tidur berkonsepkan minimalis macam orang Jepun ni?

#7. Tema Scandinavian

Kredit gambar: istockphoto

Tak kurang juga, tema Scandinavian pun semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Biasanya tema ni ia menggabungkan warna kayu dan ivory, bersama dengan tumbuhan-tumbuhan hijau.

Rasa sejuk je mata memandang ruang dalam bilik nanti.

#8. Tema pop arts

Kredit gambar: modsy.com

Selalu kan kita tengok kafe dan restoran yang bertemakan pop arts ni? Buat mereka yang penggemar tema sebegini, bolehlah ceriakan bilik tidur nanti.

Biasanya selain daripada bermain dengan warna cat, arca dan figurine tertentu akan menambahkan seri tema ini.

#9. Tema serba lace

Kredit gambar: amazon.com

Di samping itu, ramai juga yang suka menghias bilik mereka dengan lace dan ropol-ropol. Jika padanan warna dan gubahan sesuai, boleh nampak anggun dan indah suasana bilik tidur nanti.

#10. Tema superhero

Kredit gambar: hgtv.com

Kalau kita tengok, biasanya tema ini selalu menjadi pilihan kanak-kanak kan? Tapi tak kurang juga, ramai je remaja dan orang dewasa yang sukakan tema superhero ni.

Maklumlah.. kesukaan masing-masing kan? Awake your inner child gitu. Ada yang menghias bilik dengan aksesori hiasan batman, ironman dan bermacam lagi!

Banyak je lagi hiasan bilik tidur yang menarik. Mommy dan Daddy kenalah kreatif dan berbincang dengan anak-anak tentang kecenderungan mereka.

Tak perlu pening kepala. Sekarang ni dah banyak barang-barang hiasan dan gubahan yang boleh didapatkan secara online dan di kedai.

Semoga berjaya ya!


Dapatkan juga inspirasi lain untuk mencantikkan rumah Mommy di SINI.