Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Idea Hiasan Dalaman Rumah Yang Terkini, Paling Popular!

idea hiasan dalaman rumah

Kredit gambar: istockphoto

Salah satu perkara yang menyeronokkan apabila baru beli rumah ialah, masa nak deco hiasan dalaman rumah tu.

Bermacam idea dah datang dalam fikiran. Nak hias macm tu, berkenan dengan perabot ni, tentu cantik kalau buat kolam ikan dalam rumah. Macam-macam lah kan?

7 Idea Hiasan Dalaman Rumah Yang Terkini

Bagi Motherhood, yang paling penting apabila kita nak hias ruang dalaman rumah ni, kenalah ada unity. Hmm.. macam mana nak buat tu?

Salah satu cara yang terbaik adalah dengan memilih tema. Jom, kita tengok beberapa idea hiasan dalaman rumah ni:

#1. Hiasan dalaman rumah berkonsepkan Muji

Highlighted

Kredit gambar: thesmartlocal.com

Cantiknya tema Muji ni… biasanya ia menjadi pilihan orang Jepun, China dan Korea. Tetapi sekarang ni, tema Muji dah mengambil tempat di hati rakyat Malaysia.

Hiasan dalaman rumah Muji ni tak susah pun. Ia bermain dengan tona warna earth dan perabot biasanya daripada kayu.

#2. Hiasan dalaman rumah berkonsepkan Scandinavian

Kredit gambar: mymove.com

Kalau tengok sekilas, hiasan rumah tema Scandinavian ni sama seperti tema Muji. Tetapi tema Scandinavian ni banyak menggunakan warna hijau.

Memang wajiblah ada tumbuhan di sini dan di sana dalam rumah. Kalau Mommy sukakan tanaman dalam rumah tetapi simple je, mungkin tema ini sesuai untuk rumah Mommy.

#3. Hiasan dalaman rumah berkonsepkan Brutalist

Kredit gambar: koloapp.in

Pernah tak Mommy ke mana-mana kafe atau restoran yang berkonsepkan Brutalist ni? Pasti pernah kan? Sekarang ni ramai dah jatuh cinta dengan konsep ni.

Ia seakan-akan minimalis tetapi ada konsep sendiri yang mendedahkan raw material. Sebagai contoh, table top di dapur dan dinding rumah yang hanya menggunakan simen. Tanpa cat dan hiasan lain.

Haa.. inilah konsep Brutalist yang semakin popular sekarang!

#4. Hiasan dalaman rumah berkonsepkan Minimalis

Kredit gambar: gharpedia.com

Rimas juga banyak barang dan hiasan yang tak perlu ni.

Mereka yang berpendapat macam ni pasti suka konsep minimalis ni. Untuk tema ini, ia lebih mementingkan ruang kosong yang lapang berbanding dipenuhi dengan barang yang tidak perlu.

Mereka yang memilih konsep ini sukakan simplicity dan minimalism.

#5. Hiasan dalaman rumah berkonsepkan Melayu Tradisional

Kredit gambar: atap.co

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Konsep ini masih antara konsep popular di kalangan rakyat Malaysia kan?

Tema Melayu tradisional ni memang mempunyai identiti unik yang tersendiri. Rumah dihiasi perabot yang serba-serbi daripada kayu jati dan cengal, halaman yang penuh dengan pokok bunga tempatan, memang nostalgik konsep ini!

#6. Berkonsepkan Moden Kontemporari

Kredit gambar: desainrumahid.com

Tak kurang juga, ramai yang sukakan tema moden kontemporari. Hiasan dalaman tema ini biasanya menggabungkan bahan buatan kayu, besi, kaca dan cermin.

Memang cantik! Kalau Mommy sukakan hiasan moden, bolehlah pilih tema ni. Nak menghias rumah pun senang sebabnya banyak je perabot dan hiasan rumah yang berkonsepkan moden kontemporari ni ada di pasaran.

#7. Konsep Tropikal

Kredit gambar: asiaone.com

Untuk negara kita, memang sesuai sangatlah konsep ni. Selalu kan kalau kita ke resort ke, banyak yang guna konsep ni?

Kalau Mommy pernah ke Bali, tentu Mommy tahu macam mana menariknya tema ni. Like a paradise!

Tumbuhan seperti bird of paradise memang wajib ada untuk tema ni. Senang cerita, seakan-akan kita bawa imej daripada hutan tropika masuk ke dalam rumah dan hias rumah dengannya.

Idea Hiasan Dalaman Rumah Yang Terkini

Jadi macam mana? Hmm…kena buat mesyuarat keluarga ni kan nak pilih tema yang mana satu. Semuanya cantik dan ada keunikan yang tersendiri.

Hiaslah dalaman rumah Mommy cantik-cantik supaya ia menjadi penyejuk mata dan menenangkan fikiran setelah seharian sibuk berkerja. Apabila family time pun akan rasa seperti sedang bercuti.

Semoga berjaya Mommy!


Nak lagi tips deko rumah? Klik SINI.