Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Cara Rawat Masalah Hidung Bayi Tersumbat Dengan Cara Paling Selamat dan Berkesan

hidung bayi tersumbat

Kredit gambar: www.uhhospitals.org

Hidung bayi tersumbat sememangnya sangat memberi cabaran kepada para ibu untuk mengatasinya! Dengan usia yang masih kecil ditambah lagi dengan tangisan mereka memang akan menyukarkan lagi keadaan.

Apatah lagi, tidak banyak pilihan yang Mommy ada dengan terhadnya ubatan selesema untuk kanak-kanak di bawah usia 4 tahun kerana boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Namun begitu Mommy, walaupun ubatan adalah sangat terhad untuk bayi, masih terdapat lagi cara lain untuk merawat masalah hidung tersumbat tersebut. Malah, sehingga kini terdapat banyak rawatan yang selamat dan berkesan yang boleh Mommy cuba.

Untuk mengetahuinya, jom ikuti perkongsian di bawah ini!

Tanda Hidung Bayi Tersumbat

Highlighted

Kredit gambar: www.medicalnewstoday.com

Berikut merupakan beberapa tanda yang menunjukkan si manja tersayang mengalami hidung tersumbat iaitu:

  • Mempunyai lendir hidung yang pekat
  • Lendir hidung berubah warnanya
  • Bunyi dengkur atau nafas bising semasa tidur
  • Batuk
  • Sukar untuk makan dan hisap susu
  • Sukar untuk bernafas

Punca Hidung Bayi Tersumbat

Menurut portal MyHEALTH, hidung tersumbat berlaku apabila tisu yang melapisi hidung menjadi bengkak akibat saluran darah yang meradang. Salur hidung bayi yang sangat kecil memudahkan bayi yang mengalami masalah hidung tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.

Antara punca yang menyebabkan hidung tersumbat pada bayi adalah seperti:

  • Jangkitan virus pada saluran pernafasan atas.
  • Kecacatan pada hidung dan septum hidung juga boleh menyebabkan hidung bayi tersumbat.
  • Alahan juga merupakan antara punca biasa hidung tersumbat yang berlaku akibat daripada tindak balas keradangan terhadap alergen seperti debunga, hama habuk, habuk rumah, dan bulu haiwan dan asap tembakau.
  • Gejala selesema biasa juga boleh menyebabkan hidung tersumbat dan berair.

11 Cara Atasi Hidung Bayi Tersumbat

Kredit gambar: www.babycenter.in

#1. Mandi Dengan Air Suam

Mommy boleh cuba mandikan bayi dengan mandian air suam untuk membantu membersihkan hidung mereka yang tersumbat.

#2. Cara Atasi Hidung Bayi Tersumbat Dengan Air Humidifier

Pelembab udara atau air humidifier juga dapat melembapkan udara dan berupaya untuk melonggarkan lendir di dalam hidung yang tersumbat.

#3. Menggunakan Susu Ibu

Terdapat segelintir orang yang berpendapat dengan memasukkan susu ibu ke dalam hidung bayi mampu melembutkan lendir di dalamnya. Fungsi susu ibu ini sama dengan titisan air garam yang digunakan untuk hidung tersumbat. Namun, jika cara ini mengganggu penyusuan bayi, segera hentikannya.

#4. Melakukan Urutan

Antara cara lain untuk hilangkan masalah bayi yang mengalami hidung tersumbat, Mommy boleh cuba untuk lakukan urutan  dengan menggosok perlahan batang hidung, kening, tulang pipi, garis rambut dan bahagian bawah kepala bayi.

#5. Kualiti Udara Terbaik

Selain itu, Mommy juga perlu pastikan bahawa kualiti udara rumah adalah di tahap yang terbaik. Bersihkan segala habuk, bulu haiwan dan sebagainya dengan menggunakan vakum.

#6. Jangan Guna Sapuan Wap

Elakkan dari menggunakan sapuan wap di mana ia mengandungi mentol, kayu putih dan kapur barus. Semua bahan-bahan ini sangat berbahaya kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah.

#7. Tinggikan Kepala Bayi

Tinggikan kepala bayi untuk menghalang lendir dari terkumpul dalam sinus. Mommy boleh letakkan bantal tambahan untuk tinggikan kepala bayi.

#8. Menggunakan Minyak Pati

Minyak pati juga dipercayai mampu melegakan hidung tersumbat. Campuran minyak pati yang mengandungi pudina, eucalyptus, oregano dan rosemary mampu mengembalikan kesegaran buat rongga hidung yang tersumbat.

#9. Keluarkan Bahan Melekit

Jika Mommy lihat terdapat kepingan lendir yang mengering di kawasan hidung bayi, cucilah ia sehingga bersih menggunakan kapas dan air suam untuk mengelapnya secara perlahan dan lembut. Ini dapat membantu bayi bernafas dengan lebih baik.

#10. Cara Atasi Hidung Bayi Tersumbat Dengan Titisan Garam

Caranya adalah dengan meletakkan dua titisan air garam ke dalam setiap lubang hidung untuk
melonggarkan lendir di dalamnya. Kemudian Mommy gunakan penyedut hingus serta-merta selepas itu untuk mengeluarkan garam dan lendir di dalamnya.

Pastikan juga sebelum titis air garam, Mommy perlu picit terlebih dahulu penyedut hingus sebelum meletakkannya di hidung dan terus lepaskan penyedut setelah titiskan titisan garam untuk mengeluarkan lendir dari dalam.

#11. Cara Atasi Hidung Bayi Tersumbat Dengan Menggunakan Nasal Spray

Caranya adalah dengan spray ke dalam lubang hidung bayi, hingus akan meleleh keluar selepas itu. Lapkan sehingga bersih.

Walaupun hidung berair boleh menjadi perkara yang sangat baik di mana ia merupakan cara badan untuk menyingkirkan kuman tetapi apabila terlalu banyak lendir ia mampu menyebabkan hidung tersumbat.

Keadaan ini boleh menyukarkan mereka untuk makan atau bernafas. Oleh itu, segeralah lakukan beberapa rawatan di rumah seperti yang kami nyatakan di atas bagi membuatkan si kecil anda selesa semula. Selamat mencuba!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips kesihatan dan penjagaan bayi yang menarik di SINI!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood sekarang!