Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Elakkan Hidung Tersumbat Ketika Bayi Tidur Nyenyak Dengan Petua Ini

Situasi hidung tersumbat  atau nasal congestion adalah perkara biasa untuk berlaku kepada bayi.

Keadaan ini secara umumnya tidak mendatangkan risiko bahaya, cuma ia akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dan meragam.

Bayi akan mengalami ketidakselesaan dan sukar untuk bernafas malah akan menimbulkan kerisauan ibu bapa dan memberikan cabaran kepada mereka untuk menguruskan ragam anak yang tidak sihat.

Punca hidung bayi tersumbat 

Bayi yang mengalami hidung tersumbat akan mengalami gejala seperti:

  • Lendir/hingus hidung tebal
  • Hingus berubah warna
  • Berdengkur atau pernafasan berbunyi semasa tidur
  • Sniffling – bernafas dengan cepat dan berulang kali
  • Batuk
  • Kesukaran untuk menyusu kerana hidung tersumbat menyukarkan pernafasan semasa menghisap

Cara mengatasi masalah bayi hidung tersumbat ketika tidur 

Tahukah Mommy, bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk makan ubat berbeza dengan bayi yang sudah melebihi 2 tahun.

Jadi, jika bayi Mommy mengalami masalah hidung tersumbat boleh segera ikuti cara ini bagi mengatasi masalah tersebut. Pastinya berkesan!

1. Penyusuan badan 

Penyusuan badan adalah ubat paling ajaib dalam mengubati sebarang masalah pada bayi.

Untuk membantu bayi mengekalkan saluran pernafasan yang sihat, Mommy hanya perlu menyusukan si kecil dengan cara semula jadi.

Highlighted


2. Semburan Hidung (Nasal Spray)

Mommy boleh mengunakan semburan hidung untuk memberikan kelegaan pada hidung si kecil.

Cara ini dapat membersihkan hidung tersumbat apabila lendir yang melekit mudah cair, sumbatan lendir di hidung boleh dikeluarkan dan tisu hidup  dilempabkan membantu hidung berfungsi dengan baik.

3. Cuci Hidung (nasal irrigation)

Cuci hidung adalah cara membersihkan rongga hidung dari lendir dengan air garam supaya si kecil dapat bernafas dengan selesa.

Mommy boleh mencuci hidung dengan air garam yang dibeli di farmasi. Pastikan ia khusus untuk nasal irrigation!

Caranya sangat mudah:

1.Baringkan si manja anda ke sisi (mengikut keselesaan si kecil)

2. Alurkan air melalui sebelah hidung

3. Hingus akan keluar melalui hidung yang sebelah lagi

4. Menyalakan Humidifier

Udara yang lembap akan menjaga lendir pada saluran nafas agar tetap lembap dan tidak kering. Ini dapat membuat si kecil lebih mudah untuk bernafas dan merasa nyaman.

Mommy boleh memasang humidifier pada saat bayi tidur sebagai cara mengatasi hidung tersumbat di malam mahupun siang hari.

Bukan itu sahaja, Mommy juga boleh memasang humidifier pada saat bayi tengan bermain atau terjaga namun pastikan meletakkan alat tersebut jauh daripada si kecil.

Jangan lupa untuk bersihkan humidifier dengan menggantikan airnya supaya dapat mencegah bakteria dan sebagainya.

5. Bersihkan kawasan tidur dan permainan si kecil

Kebersihan bukan sekadar bertujuan meningkatkan tahap kesihatan yang baik, tetapi ia juga dapat memastikan saluran hidung bayi bersih tanpa gangguan supaya mereka dapat menyedut udara segar.

Apabila disedut dengan kerap, habuk boleh mengembangkan jumlah lendir kering dalam hidung. Debu juga boleh dikatakan merangsang tindak balas alahan yang menjadi punca hidung tersumbat.

Petua tradisional 

1. Bawang Putih 

Mommy boleh gunakan bawang putih yang ada dekat dapur je. Mudah kan?

Letakkan sekali bawang putih yang diketuk ke dalam air panas sebelum proses steaming di mulakan.

Cara ini dapat mencairkan hingus yang tersumbat di hidung. Halakan muka bayi ke permukaan wap.

Bawang putih yang mempunyai antibiotik semulajadi akan membunuh bakteria penyebab batuk dan selsema. Lakukan selama 15 minit kemudian sedut cairan hingus dan kahak.

2. Air Kunyit

Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema.

Cara untuk menyediakan bahan ini sangat mudah.

1. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya.

2. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun.

Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.

3. Bawang Merah


Kupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi bawah 2 tahun.

Semoga perkongsian ini dapat membantu Mommy yang sedang mencari cara yang berkesan untuk mengatasi masalah bayi hidung tersumbat.


Dapatkan lebih banyak info dan tips yang bermanfaat untuk bayi di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.