Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Cara Mudah & Berkesan Membesarkan Anak yang Hiperaktif

Kredit gambar: www.healthline.com

Setiap anak adalah anugerah yang istimewa kepada ibu bapanya. Tidak kira apa pun keadaan anak itu, pasti disayangi, begitu juga dengan anak yang menghidap ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau lebih dikenali sebagai hiperaktif. Mommy Daddy tahu tak apa itu hiperaktif?

ADHD ini merujuk kepada kanak-kanak terlalu aktif atau pendek kata langsung tidak boleh duduk diam.

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai hiperaktif akan selalu bergerak, tiada rasa takut kepada bahaya dan tidak boleh duduk diam walaupun sekejap.

Kalau Mommy Daddy mempunyai anak yang berada dalam kategori ini, tahu tak cara untuk membesarkan mereka?

Kalau Mommy dan Daddy nak mengetahui dengan lanjut mengenai cara membesarkan anak ADHD atau anak yang hiperaktif ini, perkongsian kami pada kali ini akan membincangkan bagaimana cara-cara untuk membesarkan anak hiperaktif.

Oleh itu, tanpa membuang masa, jom baca perkongsian di bawah!

20 Cara Membesarkan Anak Hiperaktif

Highlighted

Kredit gambar: www.aia.com.my

Berikut adalah beberapa cara menangani anak hiperaktif yang akan dikongsikan kepada Mommy Daddy:

#1. Jangan Terlalu Berkeras dengan Anak yang Hiperaktif

Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh terlalu berkeras dengan kanak-kanak kerana itu hanya akan membuatkan mereka semakin memberontak. Misalkan Mommy memberi arahan tapi tidak diendahkannya, jangan dimarahi atau dipukul sebaliknya Mommy perlu mengunakan cara yang lembut dan betul.

#2. Tetapkan Masa Tidur

Anak hiperaktif mungkin sangat susah untuk tidur dengan baik. Ini akan menyebabkan mereka akan kehilangan fokus dan bertindak melulu. Jadi, Mommy Daddy perlu menetapkan masa tidur yang sesuai untuk anak supaya dapat membantu anak tidur dengan cukup.

#3. Melakukan Aktiviti Fizikal Bersama dengan Anak yang Hiperaktif

Kredit gambar: www.mydynamics.co.za

Seterusnya, Mommy Daddy perlu meluangkan sedikit waktu untuk melakukan aktiviti fizikal bersama anak seperti bermain bola, berlari dan lain-lain. Ini kerana, dengan melakukan aktiviti seperti ini dapat membuatkan anak-anak menjadi letih dan hanya mahu berehat.

#4. Mencipta Peraturan dan Disiplin dari Rumah

Selain itu, boleh juga untuk menciptakan beberapa peraturan dan terapkan disiplin dari rumah. Contohnya, minta anak meletakkan mainan yang dimainnya ke tempat semula. Mommy juga boleh menetapkan waktu makan, mandi dan tidur dengan baik untuk anak.

#5. Jauhkan dari Gangguan

Penting untuk Mommy Daddy menjauhkan anak-anak hiperaktif daripada gangguan. Contohnya, bila anak sedang melakukan sesuatu perkara pastikan tidak ada benda yang akan membuat dia beralih perhatian seperti televisyen, mainan dan lain-lain. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif sangat mudah hilang fokus.

#6. Sabar dengan Anak yang Hiperaktif

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak hiperaktif pasti Mommy Daddy merasa letih dan cepat marah bukan? Kunci untuk menangani anak hiperaktif adalah sentiasa bersabar.

Sekiranya ada rasa nak marah, ambil sedikit masa untuk tenangkan fikiran dan rehat.

#7. Beri Pujian kepada Anak

Beri pujian kepada anak juga sangat penting. Sekiranya anak Mommy Daddy berjaya melakukan sesuatu perkara tidak kira kecil atau besar, pastikan Mommy Daddy memberi pujian. Dengan itu akan membuatkan anak berasa yakin dan fokus terhadap perkara yang dilakukan.

#8. Perhatikan Makanan yang Dimakan

Cara yang kelapan adalah perhatikan pemakanan anak. Berikan anak makanan yang sihat seperti buah dan sayuran.

Hindsri daripada memberi makanan ringan, makanan segera dan lain-lain makanan yang tidak sihat. Kerana pemakanan juga dapat mempengaruhi kesihatan seseorang.

#9. Berikan Perhatian dan Kasih Sayang yang Cukup

Perhatian dan kasih sayang sangat penting untuk anak-anak yang sedang membesar. Pastikan anak-anak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup walaupun Mommy Daddy bekerja.

Ini akan membuatkan si anak terutamanya anak hiperaktif lebih percaya kepada ibu bapanya dan merasa aman.

#10. Gunakan Perkataan yang Baik

Sekiranya Mommy Daddy merasa marah kepada anak-anak, perlu dipastikan untuk Mommy Daddy tidak menggunakan perkataan yang tidak elok didengari.

Sekiranya Mommy Daddy menggunakan perkataan yang tak elok, nescaya anak-anak akan makin memberontak dan akan mengucapkan perkataan yang didengarinya.

#11. Menepati Janji dengan Anak yang Hiperaktif

Seterusnya, Mommy Daddy perlu mengingat dan menepati janji yang diucapkan. Ini akan membuatkan anak-anak akan lebih percaya dan menurut kepada ibu bapanya.

Kalau janji yang dituntut oleh anak tidak dihiraukan, pasti anak-anak akan semakin degil dan tidak mendengar kata.

#12. Bersikap Tegas dengan Anak yang Hiperaktif

Sebagai ibu bapa, Mommy Daddy perlu bersikap tegas dalam menangani anak-anak hiperaktif.

Tapi perlu ingat untuk tidak terlalu berkeras, boleh rotan sekiranya anak terlalu degil tapi tidaklah sehingga menyebabkan kecederaan kepada anak.

#13. Luangkan Masa Bersama Keluarga

Kredit gambar: www.channelnewsasia.com

Masa bersama keluarga sangatlah penting. Mommy Daddy boleh membawa anak-anak pergi bercuti dan berjalan-jalan.

Hubungan antara ahli keluarga juga sangat berperan besar dalam mengubah sikap anak hiperaktif. Sekiranya anak ingin bercakap dengan Mommy Daddy, pastikan mendengar dengan baik dan tenang.

#14. Kerjasama antara Suami Isteri Tangani Anak Hiperaktif

Mommy Daddy tahu tak apa perkara yang paling penting untuk membesarkan dan menangani anak hiperaktif? Kerjasama. Ya!

Kerjasama antara suami isteri sangat penting dalam perkara ini. Pastikan Mommy Daddy sentiasa berbincang setiap perkara yang melibatkan dua pihak.

#15. Ajarkan Anak Bersosialisasi

Mommy Daddy juga boleh mengajarkan anak untuk bersosial atau berkawan dengan kanak-kanak sekitar, tapi pastikan kawan-kawannya itu berperangai baik supaya anak Mommy Daddy tidak terikut.

Ini akan membuatkan anak yang hiperaktif lebih masa bermain bersama kawan dan tidak melakukan perkara yang tidak elok untuknya.

#16. Mendengar Muzik

Mendengar muzik juga boleh menenangkan kanak-kanak yang hiperaktif. Tapi lagu yang didengar itu mestilah lagu kesukaan anak-anak ya! Hal ini boleh menyebabkan si anak akan lebih memberi perhatian kepada sesuatu perkara.

#17. Maklumkan kepada Orang Sekeliling Tentang Keadaan Anak

Cara yang seterusnya adalah, Mommy Daddy perlu memaklumkan kepada orang sekeliling tentang keadaan anak yang hiperaktif supaya tidak ada yang memarahi anak kita sesuka hati.

#18. Kenalpasti Bakat Anak

Penting untuk Mommy Daddy mengenal pasti bakat anak sejak kecil. Contohnya anak meminati melukis, Mommy boleh membelikannya buku lukisan dan warna. Pasti anak akan menjadi lebih fokus terhadap minatnya dan tidak lagi melakukan perkara yang lain.

#19. Pilih Gaya Belajar yang Betul

Selain itu, untuk anak hiperaktif mereka mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Jadi, Mommy Daddy perlu menghantar mereka ke sekolah khas atau boleh juga belajar dari rumah (homeschooling).

#20. Dapatkan Nasihat Pakar

Sekiranya semua cara di atas tidak dapat mengubah sikap anak hiperaktif, Mommy Daddy disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Ini adalah beberapa cara yang dapat membantu Mommy Daddy menangani anak hiperaktif sendiri. Jangan biarkan ia berlarutan sehingga boleh memudaratkan anak. Sentiasa mengucapkan pujian dan kata-kata yang baik agar anak lembut hati.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Mommy dan Daddy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info menarik yang lain di SINI!