Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Homemade Burger Dengan Menggunakan Air Fryer Yang Sangat Menyelerakan

Selalu ingat burger ni susah nak masak kan? Mengambil masa yang banyak dan macam-macam kena prepare. Tapi sebenarnya, mudah sahaja, lagi-lagi menggunakan Air Fryer! Mari kita lihat dahulu sejarah burger dan side dish apakah yang sesuai untuk dihidangkan bersama burger homemade kita kali ini!

Asal Usul Burger

Menurut Ahli Kongres Connecticut Rosa DeLauro, hamburger adalah patty daging yang dikisar antara dua keping roti. Ia pertama kali dicipta di Amerika pada tahun 1900 oleh Louis Lassen, seorang pendatang daripada Denmark, pemilik kedai makan Louis’ Lunch di New Haven, Amerika Syarikat.

Kredit gambar: Land O’Lakes

Apa Yang Membuatkan Burger Lazat?

Gigitan daripada burger sepatutnya lembut dan juga moist, namun ia tidak boleh hancur. Daging burger sepatutnya mempunyai lantunan dan rasa kenyal apabila dimakan.

Selain itu, burger yang tidak mempunyai tekstur ini akan terasa seperti anda makan tayar lama. Apa yang mempengaruhi tekstur daging burger adalah cara adunan dan mengisar gred daging lembu yang berbeza.

Cara-cara yang boleh membuatkan burger Mommy ekstra sedap!

  • Gunakan daging lembu yang baru dikisar.
  • Pastikan semua bahan betul-betul sejuk.
  • Jangan ambil masa terlalu lama dengan daging anda.
  • Jangan meletakkan garam pada daging lembu sehingga patty dibentuk.
  • Rupa bentuk burger memainkan peranan dalam rasanya.
  • Perasakan daging burger dengan sekata.
  • Terbalikkan daging burger sekerap yang Mommy suka.

Mommy boleh gunakan tips ini apabila Mommy mahu memasak daging burger tersebut diatas grill, tetapi boleh juga gunakan tips ini untuk masak dalam Air Fryer. Boleh mengikut dengan kesesuaian.

Selain menggunakan daging, Mommy juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti ayam, ayam belanda, cendawan portobello, kacang hitam dan kubis bunga yang dikisar hancur. Seterusnya pemilihan sos juga boleh menaikkan taraf rasa burger agar burger Mommy menjadi lebih lazat.

Kredit gambar: gambero rosso international

Makanan Sampingan Yang Sedap Dihidangkan Bersama Burger

Haa, takkan kita nak makan burger je kan, Mommy? Kita juga boleh cuba tambahkan hidangan sampingan untuk elevate hidangan burger homemade ini seperti:

  • Kacang bakar barbeku
  • Salad pasta
  • Kentang Goreng Manis
  • Onion Rings
  • Coleslaw
  • Hirisan kentang
Kredit gambar: cookingclassy

Dan banyak lagi! Baru la hidangan complete! Perut senang, hati pun senang!

Print

Burger Homemade Menggunakan Air Fryer

Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Barat
Keyword burger, Daging, Homemade
Prep Time 15 minutes
Cook Time 20 minutes
Total Time 35 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 2 gram daging lembu kisar (Diperoi)
  • ½ labu bawang Holland (Dicencang halus)
  • 1 sudu makan breadcrumbs
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • ½ batang timun (Dihiris nipis)
  • 1 biji tomato (Dihiris nipis)
  • 2 helai daun salad
  • 2 sudu makan sos lada hitam
  • 2 sudu makan mayones
  • 2 biji roti burger
  • 2 keping keju cheddar slices

Instructions

  • Pertama sekali, gaulkan sebati daging kisar, bawang Holland, breadcrumbs, lada hitam, dan garam. Bulat dan leperkan.
  • Kemudian, panaskan air fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran selama 3 minit.
  • Sapukan minyak zaitun di dalam basket air fryer.
  • Selepas itu, masukkan daging. Masakkan selama 15 minit dan keluarkan.
  • Kemudian, belahkan roti burger kepada dua. Masak di dalam air fryer pada suhu 140°C selama 2 minit.
  • Susunkan daun salad, burger, sos lada hitam, mayones, tomato, dan keju cheddar slice di dalam roti burger. Hidangkan.

Harap-harap maklumat tentang burger ini dapat membantu Mommy untuk menyediakan hidangan yang seimbang dan lazat! Selamat mencuba!