Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Bersalin Swasta di Johor Bersama Kos dan Pakej Bersalin Yang Dilampirkan

hospital bersalin swasta di negeri Johor

Jangan tangguh-tangguh dah Mommy dan Daddy. Hospital bersalin ni, kita kena tempah awal-awal untuk elakkan sebarang permasalahan.

Kalau due date terawal ke, senang nanti. Tak kalut dah bila nak dekat bersalin.

Senarai Hospital Bersalin Swasta Di Johor Bersama Kos Dan Pakej Bersalin Yang Dilampirkan

Untuk Mommy dan Daddy yang tinggal di Johor, perkongsian ini khas untuk anda. Motherhood akan senaraikan sekurang-kurangnya 10 hospital bersalin swasta yang terletak di negeri Johor, bersama dengan kos dan pakej bersalinnya jika ada ya?

Jom survey!

#1. KPJ Johor Specialist Hospital

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @KPJ Johor Specialist Hospital

Alamat: 39B, Jalan Abdul Samad, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-225 3000
Laman web: KPJ Johor Specialist Hospital

Menurut perkongsian oleh Wanita OH Wanita, kos bersalin normal di sini adalah RM5000. Ini merangkumi sebuah bilik persendirian untuk 2 hari 1 malam dan consultation fee.

Beberapa khidmat untuk bayi yang baru lahir juga akan diberikan seperti ujian darah, vitamin K, BCG dan suntikan Hepatitis B.

Untuk bersalin secara C-section pula, kosnya adalah RM10000.00. Bilik persendirian untuk 3 hari 2 malam akan diberikan berserta khidmat consultation fee dan juga untuk bayi baru lahir.

Berikut pula adalah senarai bayaran untuk khidmat tertentu:

  1. Premier VIP RM 850.00
  2. Premier single deluxe 2 RM 390.00
  3. Premier single deluxe 1 RM 350.00
  4. Premier single deluxe RM 290.00
  5. Premier single standard RM 250.00
  6. Double room RM 120.00
  7. Single room Rm 205.00
  8. 4 bedded RM 100
  9. Nursery ( newborn ) RM 70.00
  10. Special care nursery RM 110.00
  11. Nursery isolation RM 75.00
  12. CICU RM 195.00
  13. ICU/CCU (dalam bilik) RM 185.00
  14. ICU/ CCU RM 160.00
  15. Day care RM 100.00

Deposit mungkin diperlukan untuk sesetengah kes dan sebaiknya, Mommy dan Daddy hubungi pihak hospital terlebih dahulu ya?

#2. Kempas Medical Centre

Kredit gambar: kempasmedical.com

Alamat: Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru, Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-236 8999
Laman web: Kempas Medical Centre

Di Kempas Medical Centre, kos dan pakej bersalin tidak dikongsikan secara mendalam. Di laman webnya yang berkenaan dengan Obstetrik & Ginekologi, hanya dikongsikan jenis-jenis pakej rawatan yang disediakan sahaja.

Untuk itu, sebaiknya berjumpalah pakar di sini dan boleh dapatkan penjelasan dengan lebih lanjut. Jika dianggarkan secara kasar, kos bersalin normal di sini adalah sekitar RM4,300.00 pada beberapa tahun yang lepas.

Ini berdasarkan perkongsian pengalaman Mommy dan Daddy yang telah mendapatkan khidmat bersalin normal di sini.

#3. Maria Hospital

Kredit gambar: mariahospital.com

Alamat: Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-224 3888
Laman web: Maria Hospital

Untuk mengetahui pakej dan kos bersalin di Maria Hospital, hubungilah doktor pakarnya di talian khas, +607 220 9965. Nombor yang tertera di atas adalah untuk rawatan umum dan yang ini, khas untuk rawatan sakit puan seperti untuk melahirkan anak dan rawatan untuk bayi.

Untuk kemasukan di sini, Mommy dan Daddy hendaklah bawa beberapa dokumen seperti kad pengenalan dan surat rujukan daripada doktor. Boleh lihat selanjutnya di sini ya.

#4. KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital

Kredit gambar: kpjhealth.com.my/bdo/

Alamat: Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-301 1000
Laman web: KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital

Selain daripada KPJ Johor Specialist Hospital, di KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital pun ada disediakan rawatan bersalin untuk Mommy.

Segala rawatan sakit puan di hospital ini terletak di Level 7 dan boleh hubungi pihak hospital terus untuk sebarang pertanyaan.

#5. KPJ Puteri Specialist Hospital

Kredit gambar: thestar.com.my

Alamat: 33, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5), Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-637 8888
Laman web: KPJ Puteri Specialist Hospital

Satu lagi KPJ di negeri Johor adalah KPJ Puteri Specialist Hospital. Menurut ruangan Q&A di Google, anggaran rawatan bersalin normal di sini adalah sekitar RM3000.00 ke atas.

Untuk pakej bersalin secara pembedahan C-Section pula adalah sekitar RM10000.00 ke atas. Ini adalah berdasarkan beberapa tahun yang lepas ya. Kos dan pakej bersalin mungkin telah berubah serba sedikit sekarang.

#6. Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri

Kredit gambar: Facebook @Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri (Iskandar Puteri)

Alamat: Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-233 9999
Laman web: Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri

Di Columbia Asia Hospital, Iskandar Puteri, pakej bersalin yang ditawarkan adalah sama je seperti hospital lain iaitu untuk bersalin biasa dan secara pembedahan C-section.

1. Pakej Bersalin Biasa

Pakej ini bermula pada harga RM4000.00 yang termasuk:

Untuk Mommy:

  • Prosedur penghantaran biasa oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi tanpa komplikasi
  • Penginapan bilik 1-2 katil dengan makanan percuma
  • Pemantauan ibu dan janin
  • Perkhidmatan bilik bersalin biasa termasuk pemantauan, penilaian dan rawatan bersalin.
  • Pemerhatian dan rawatan selepas natal standard
  • Yuran Pusingan Wad Perundingan
  • Ubat biasa untuk kemasukan dan semasa pulang

Untuk si comel:

  • Bilik jagaan bayi
  • Pemeriksaan bayi oleh Pakar Perunding Pediatrik
  • Ujian darah rutin – G6PD, TSH & Kumpulan Darah
  • Vaksinasi rutin untuk bayi yang baru lahir (Vitamin K, BCG & Hepatitis B – 1dos st)

2. Pakej Pembedahan Caesarean

Manakala untuk pakej ini pula, kosnya bermula daripada RM9000.00 yang termasuk:

Untuk Mommy:

  • Prosedur Caesarean oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi tanpa komplikasi
  • Termasuk suntikan tulang belakang
  • Yuran prosedur anestesiologi
  • Pembedahan Caesarean semasa waktu pejabat sahaja
  • Penginapan di dalam bilik 1-2 katil dengan makanan percuma
  • Pemantauan ibu dan janin
  • Pemerhatian dan rawatan selepas natal standard
  • Yuran Pusingan Wad Perundingan
  • Ubat biasa untuk kemasukan dan semasa pulang
  • Perkhidmatan bilik bersalin biasa termasuk pemantauan, penilaian dan rawatan bersalin

Untuk si comel:

  • Pemeriksaan oleh Pakar Perunding Pediatrik
  • Ujian darah rutin – G6PD, TSH & Kumpulan Darah
  • Vaksinasi rutin untuk bayi yang baru lahir (Vitamin K, BCG & Hepatitis B – 1dos st)

Kedua-dua pakej ini tidak termasuk:

  • Bersalin dalam kecemasan atau cara induksi
  • Anestetik tambahan, contohnya: epidural
  • Kelahiran menggunakan instrumental, contohnya: vakum, forcep

Berikut pula adalah antara terma dan syarat yang Mommy dan Daddy kena peka ya:

  1. Bayaran tambahan akan dikenakan pada hari cuti umum dan selepas waktu pejabat.
  2. Surcaj setengah hari akan dikenakan untuk sebarang pelanjutan waktu pelepasan.
  3. Harga mungkin berbeza-beza tertakluk kepada ujian tambahan, suntikan, prosedur dan bekalan perubatan.
  4. Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri berhak untuk meminda terma, syarat dan tempoh sah mengikut arahan mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu.

Untuk janji temu, boleh terus ke muka laman web hospital ini ya: Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri

#7. Hospital Penawar

Kredit gambar: Facebook @Hospital Penawar Pasir Gudang

Alamat: No. 15 – 19, Business Center, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-252 1800
Laman web: Hospital Penawar

Untuk mereka yang mencari hospital bersalin swasta di Pasir Gudang, Johor pula, Hospital Penawar menawarkan pakej bersalin pada harga yang berbaloi iaitu RM2499.00 untuk bersalin secara biasa dan RM7199.00 untuk secara pembedahan C-section.

Untuk tempahan pakej ni, kedua-duanya hendaklah didahulukan deposit dengan harga RM1500.00 dan RM3000.00. Kalau Mommy dan Daddy nak tengok senarai kos yang lain-lain, boleh lihat di sini ya.

#8. Johor Maternity Specialist Centre

Kredit gambar: kinderasia.com

Alamat: No. 38, 40 & 42, Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-771 3103
Akaun Facebook: Johor Maternity Specialist Centre

Review pengalaman di Johor Maternity Specialist Centre pun tak kurang eloknya. Pakej bersalin di sini tidak dilampirkan secara jelas tetapi ada komentar yang menyatakan bahawa kos untuk bersalin normal di sini bermula pada harga RM2000.00 dan secara pembedahan, bermula dari RM4000.00.

Apapun, pastikan dahulu dengan pihak Johor Maternity Specialist Centre ini ya?

#9. Gleneagles Hospital Medini Johor

Kredit gambar: gleneagles.com.my/ms/medini-johor#PopUp

Alamat: 2, Jalan Medini Utara 4, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-560 1000
Laman web: Gleneagles Hospital Medini Johor

Siapa je yang tinggal di Johor tak tau tentang hospital ni kan? Gleneagles Hospital Medini Johor ni memang gah dengan pelbagai rawatannya yang up to date dan bagus.

Di laman webnya, tidak dinyatakan secara terperinci tentang kos dan pakej bersalin. Cumanya ada beberapa terma dan syarat yang Mommy dan Daddy kena peka:

  1. Pakej ini hanyalah untuk bersalin tanpa komplikasi.
  2. Pesakit hendaklah menghadiri sekurang-kurangnya 3 kali pemeriksaan antenatal dengan consultant.
  3. Untuk dapatkan pakej bersalin ni, Mommy hendaklah daftar terlebih dahulu di sini dan buat pembayaran kemasukan sebanyak RM1000 deposit sebelum minggu ke-34 kehamilan. Pendaftaran selepas daripada tempoh ini tidak akan dilayan.
  4. Pakej ini hanyalah untuk pembayaran sendiri sahaja.
  5. Spesifikasi dan kos pakej boleh diubah tanpa sebarang notis.
  6. Pakej ini adalah sah sehingga notis seterusnya.
  7. Pembayaran akhir adalah tertakluk kepada keadaan Mommy dan bayi ketika dan selepas kelahiran.

*terma dan syarat di atas adalah sah untuk tarikh 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

#10. Dr Rabin’s Women’s Clinic

Kredit gambar: drrabinwomenclinic.com

Alamat: 5th Floor, KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital, Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor
Waktu operasi: Ahad hingga Khamis, 8.30 pg – 5.00 ptg | Jumaat, 8.30 pg – 12.30 tghari
Tel: 07-257 3903
Laman web: Dr Rabin’s Women’s Clinic

Tak dilupakan juga, Dr Rabin’s Women’s Clinic pun mempunyai rating tinggi tentang perkhidmatan dan layanan mereka.

Boleh tengok di sini tentang pakej bersalin yang Mommy nak dan boleh bertanya terus kepada pihak hospital, apa-apa sahaja pertanyaan berkenaan dengannya.

Hospital Bersalin Swasta di Johor

Tak kisahlah hospital mana yang dipilih Mommy dan Daddy, Motherhood doakan semoga proses bersalin Mommy dipermudah dan Mommy dengan si comel sihat sejahtera.


Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang terdekat dengan anda di SINI.