Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Hospital Bersalin Swasta Yang Terkenal di Kedah (+ Lengkap Dengan Pakej Bersalin)

Senarai Hospital Bersalin Swasta Terkenal Di Kedah

Kita selalu dengar pengalaman-pengalaman orang bersalin ni kan? Kalau di hospital swasta, kebanyakkannya memang banyak pengalaman yang baik.

Yelah.. dengan bayaran khas, tentunya servis yang memuaskan yang diharapkan kan? Namun, ada juga perkhidmatan di sesetengah hospital swasta yang ibu-ibu bersalin kurang berpuas hati.

Senarai Hospital Bersalin Swasta Terkenal Di Kedah

Sebab itulah penting untuk kita survey elok-elok dulu. Buat Mommy yang sedang mencari hospital swasta bersalin di negeri Kedah, diharapkan perkongsian ini membantu serba sedikit ya:

#1. Kedah Medical Centre

Highlighted

Kredit gambar: nst.com.my

Alamat: Mukim Alor Merah, Jalan, Kampung Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-730 8878
Laman web: Kedah Medical Centre

Di Kedah Medical Centre ada 3 pakej bersalin untuk Mommy iaitu pakej bersalin normal, pakej bersalin C-section elective LSCS dan pakej bersalin C-section emergency LSCS.

Untuk bersalin secara normal, kos pakejnya adalah RM1,878 bersama penginapan dalam bilik 4 katil selama 2 hari 1 malam. Untuk lebih keselesaan tentunya Mommy boleh pilih bilik-bilik yang lain seperti bilik VIP tetapi ini semua berbeza harga lah ya. Tengok butiran dan terma syaratnya di sini.

Manakala untuk C-section elective, kos pakejnya pula adalah RM8,300 bersama penginapan dalam bilik 2 katil selama 3 hari 2 malam. Kalau C-section emergency, RM8,800. Kedua-duanya juga, berbeza kos dan pakejnya.

#2. Mahsuri Medical Centre (MMC)

Kredit gambar: my.ejournal29.com

Alamat: Jalan Mahsuri 1C, Bandar Baru Darulaman,, 06000 Jitra, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-916 2345
Laman web: Mahsuri Medical Centre (MMC)

Terletak di Jitra, Mahsuri Medical Centre (MMC) menawarkan pakej bersalin bermula dengan harga yang berpatutan iaitu RM2,500. Ini adalah untuk pakej bersalin normal dan untuk C-section pula, bermula daripada RM6,500.

Kedua-dua bilik yang disediakan untuk berbeza pakej adalah bilik persendirian tau. Tengok kelebihannya yang lain lagi di sini. Tetapi ini pakej untuk Julai sehingga Disember tahun lepas ya. Untuk tahun yang baru ini, seeloknya Mommy rujuk pihak hospital dahulu sekiranya ada perubahan.

#3. Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan

Kredit gambar: Facebook @Puteriayumedicalcentre Wisma Pakar Perbidanan & Sakit Puan Sg Petani

Alamat: 11, Lorong 17, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-421 1288
Akaun Facebook: Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan

Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan juga dikenali sebagai Puteri Ayu Medical Centre. Dengar ceghita layanan kat sini memang elok. Betoi ka Mommy?

Haa.. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, kenalah hubungi nombor di atas ataupun walk-in je ke wisma ini.

#4. INS Specialist Centre Sdn Bhd, Alor Setar

Kredit gambar: getdoc.com

Alamat: Lot 640 & Mukim Alor Setar, Malaysia, 641, Jalan Pintu Sepuluh, 05100 Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.30 ptg
Tel: 04-731 8120
Laman web: INS Specialist Centre Sdn Bhd, Alor Setar

Dengan tagline nya “Your trusted Mother and Child Centre”, tak pelik kalau ramai ibu yang nak bersalin di sini. Specialist centre ni menerima pelbagai kes tentang ibu dan anak walaupun kandungan yang berisiko tinggi tau.

Pakej bersalinnya tidak dinyatakan dengan jelas tetapi Mommy boleh hubungi nombor di atas untuk sebarang pertanyaan ya?

#5. Metro Specialist Hospital

Kredit gambar: hospitalmetro.com/

Alamat: 1, K609 Jalan Hospital Pakar Metro, Taman Berangan, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Ahad hingga Khamis, 8.00 pg – 5.00 ptg | Jumaat, 8.00 pg – 1.00 tghari
Tel: 04-423 8888
Laman web: Metro Specialist Hospital

Di Metro Specialist Hospital, kos pakej bersalin normalnya adalah RM2,200. Mommy akan diberikan bilik yang mempunyai 3 atau 4 katil selama 2 hari 1 malam.

Dalam pakej ini, banyak servis lain yang termasuk seperti makan dan minum untuk Mommy dan suntikan Hepatitis B untuk si comel. Boleh tengok dengan lebih lanjut di sini ya.

Manakala untuk bersalin secara C-section, maklumat lanjut tidak dinyatakan di laman webnya tetapi caj kemasukan untuk bersalin secara C-section ni adalah RM5,000.

#6. Putra Medical Centre Alor Setar

Kredit gambar: ms.m.wikipedia.org

Alamat: 888 Jalan Sekerat 05100 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-734 2888
Laman web: Putra Medical Centre Alor Setar

Putra Medical Centre Alor Setar atau Pusat Pakar Perubatan Putra pun ada menyediakan servis bersalin untuk Mommy di Kedah. Kos dan pakejnya tidak dilampirkan dengan jelas tetapi kalau Mommy nak tengok jenis-jenis bilik di sini, boleh tengok senarai ini ya?

#7. Pantai Hospital Laguna Merbok

Kredit gambar: Facebook @Pantai Hospital Laguna Merbok – PHLM

Alamat: No 1, Lrg BLM 1/10, Bandar Laguna Merbok,, Sungai Petani, Kedah., Township, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-442 3888
Laman web: Pantai Hospital Laguna Merbok

Pantai Hospital Laguna Merbok pun tak kurang terkenalnya sebagai hospital bersalin yang baik di Kedah. Pakej bersalin di sini bermula pada harga RM2188 untuk bilik yang ada 4 katil.

Ia termasuk:

Untuk Mommy

  • Yuran Pakar Perunding Perbidanan
  • Caj bilik wad
  • Caj bilik bersalin
  • Makanan
  • Penjagaan jururawat
  • Ubat tahan sakit

Untuk Si comel

  • Yuran Pakar Perunding Kanak-Kanak
  • Ujian darah (C6PD, jenis darah, TSH)
  • Vaksin BCG
  • Vaksin Hepatitis B (Dos pertama)
  • Suntikan Vitamin K

Kalau untuk bersalin secara C-section, kosnya bermula RM6,300 untuk bilik yang ada 4 katil dan termasuk servis seperti bersalin normal untuk Mommy dan bayi. Boleh tengok terma dan syaratnya di sini ya.

#8. Pantai Hospital Sungai Petani

Kredit gambar: patients.smarterhealth.sg

Alamat: 1, Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-445 8888
Laman web: Pantai Hospital Sungai Petani

Selain Pantai Hospital Laguna Merbok, Pantai Hospital Sungai Petani adalah hospital pantai yang lain di Kedah ni. Jom tengok pakej bersalin yang ditawarkan di sini:

Pakej bersalin normal bermula pada harga RM2,288 untuk bilik 4 bilik selama 3 hari 2 malam. Manakala untuk bersalin secara pembedahan pula, atau lebih tepat, elektif C-section, kos pakej bersalinnya bermula pada harga RM6,300 untuk bilik yang ada 4 katil untuk 3 hari 2 malam.

Hospital Bersalin Swasta Di Kedah

Sekarang ni tak perlu dah walk-in ke apa sangat. Hubungi je pihak hospital di nombor yang diberikan dan Mommy boleh je buat janji temu online.

Jangan lupa bertanyakan dengan jelas pakej bersalin yang Mommy berminat ya?


Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang terdekat dengan anda di SINI.