Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kos & Pakej Bersalin di Tiga Hospital Swasta Yang Terkenal di Melaka

Hospital Bersalin Swasta Yang Terkenal Di Melaka

Antara checklist untuk bersalin, apa yang Mommy dan Daddy dah selesaikan ya? Hmm…kelengkapan bayi dah, tempahan confinement lady dah, ada apa lagi ke yang tertinggal?

Kalau Mommy dan Daddy buat keputusan last minute dan nak bersalin di Melaka, apa kata cuba tengok pakej bersalin daripada hospital swasta di Melaka ni?

Hospital Bersalin Swasta Yang Terkenal Di Melaka

Jom, kita tengok beberapa hospital swasta di Melaka yang terkenal di kalangan ibu hamil ini. Boleh survey dulu ya:

#1. Putra Specialist Hospital

Highlighted

Kredit gambar: psh-group.com/putra

Alamat: 169, Jalan Bendahara, Pengkalan Rama, 75100 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-283 5888
Laman web: Putra Specialist Hospital

Putra Specialist Hospital sering menjadi pilihan ibu-ibu untuk melahirkan anak. Kelengkapan dan kemahiran di sini adalah canggih dan dikendalikan oleh mereka yang pakar.

Ada banyak servis yang disediakan di sini untuk Mommy dan bayi kedua-duanya. Boleh hubungi pihak hospital di talian +0606 283 5888 atau terus je tanya doktor pakar di sini.

Kalau Mommy nak tengok kadar caj untuk bilik dan lain-lain, hospital ini ada senaraikan setiap satunya.

#2. Mahkota Medical Centre Melaka

Kredit gambar: mahkotamedical.com/ms/

Alamat: No 3, Mahkota Melaka, Jln Merdeka, 75000 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-285 2999
Laman web: Mahkota Medical Centre Melaka

Mahkota Medical Centre Melaka atau dikenali juga sebagai Pusat Perubatan Mahkota adalah antara hospital swasta yang mempunyai reputasi yang baik dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Di laman webnya, ada disenaraikan anggaran kos untuk beberapa rawatan dan antaranya adalah untuk bersalin. Kos bersalin normal di sini adalah dalam anggaran RM3,500.00 sehingga RM4,500.00.

Manakala untuk pembedahan C-section pula, dalam anggaran RM7,100.00 sehingga RM8,000.00. Untuk kedua-dua pakej ini, Mommy akan diberikan bilik dua katil untuk penginapan.

Boleh tengok di sini untuk lebih jelas ya? Di laman webnya pun Mommy boleh hubungi pihak hospital terus.

#3. Oriental Melaka Straits Medical Centre

Kredit gambar: orientalmedical.com.my/

Alamat: Pusat Perubatan, Klebang, 75200 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-315 8888
Laman web: Oriental Melaka Straits Medical Centre

Oriental Melaka Straits Medical Centre menjanjikan untuk berikan yang terbaik dalam membantu Mommy menjadi ibu yang gembira dan sihat.

Kos bersalin normal di sini bermula daripada RM3,200.00 dan diberikan bilik yang ada 2 katil untuk 2 hari 1 malam. Kos ini termasuk caj bilik, caj pengurusan, nursing fee, ubat-ubatan, specialist fee dan caj bilik bersalin untuk Mommy dan bayi.

Kos bersalin secara pembedahan pula, adalah bermula daripada RM6,500.00 dan diberikan bilik yang ada 2 katil juga selama 3 hari 2 malam. Kos ini termasuk caj bilik, caj pengurusan, nursing fee, ubat-ubatan, specialist fee, bilik bedah dan caj anaesthetic (Epidural sahaja) untuk Mommy dan bayi.

Jika ada sebarang komplikasi untuk kedua-dua kaedah, caj tambahan akan dikenakan termasuklah jika hari penginapan selepas bersalin bertambah.

Kalau Mommy nak tengok caj bilik secara terperinci, boleh tengok di sini.

Hospital Bersalin Swasta Melaka

Lain hospital memang lain kos dan perkhidmatan mereka. Elok juga kalau Mommy dan Daddy tanyakan kepada sanak-saudara dan rakan yang terdekat yang pernah bersalin di hospital-hospital ini.

Nanti bolehlah pilih yang mana sesuai ya?


Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang terdekat dengan anda di SINI.