Pakej bersalin tentunya berbeza-beza di setiap hospital. Ini menjadi salah satu considering factor dalam memilih hospital untuk bersalin kan Mommy?
Bukan tu je, di setiap hospital pula, pemilihan doktor pakar pun menjadi keutamaan juga. Ini bukanlah pelik kerana pastinya, setiap Mommy dan Daddy tentunya mahukan yang terbaik.
Senarai Pakej Bersalin di Hospital Bersalin Swasta di Negeri Sembilan
Jadi tanpa belengah-lengah lagi, jom kita survey dahulu beberapa pakej bersalin di hospital bersalin swasta sekitar Negeri Sembilan ini:
#1. Aurelius Hospital Negeri Sembilan
Alamat: PT 13717, Jalan BBN 2/1, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-8505 000
Laman web: Aurelius Hospital Negeri Sembilan
Sejak bergabung dengan Aurelius Healthcare pada tahun 2021, Nilai Medical Centre telah dinaik taraf dan kini dikenali sebagai Aurelius Hospital Negeri Sembilan.
Dengan kapasiti 100 katil, hospital swasta pelbagai disiplin ini bertujuan untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan utama, bukan hanya untuk komuniti Nilai, tetapi juga untuk kawasan sekitarnya.
#1. Columbia Asia Hospital – Seremban
Alamat: 292 & Lot PT1904, Jln Haruan 2, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-603 3988
Laman web: Columbia Asia Hospital – Seremban
Harga pakej bersalin di Columbia Asia Hospital – Seremban ini bermula daripada RM3500. Pakej ini termasuklah:
Untuk Mommy:
- Prosedur bersalin biasa oleh Pakar Obstetrik & Ginekologi tanpa komplikasi
- Penginapan di dalam bilik 2 katil dengan makanan percuma (naik taraf ke bilik bedded tunggal adalah tertakluk kepada ketersediaan)
- Pemantauan ibu dan janin
- Perkhidmatan bilik bersalin biasa termasuk pemantauan, penilaian dan rawatan bersalin
- Pemerhatian dan rawatan selepas natal standard
- Senaman standard selepas bersalin oleh Ahli Fisioterapi
- Yuran Pusingan Wad Perundingan
- Ubat biasa untuk kemasukan dan semasa pulang
- Baucar Pemeriksaan Kesihatan RM100 Percuma
Untuk si comel:
- Bilik jagaan bayi
- Pemeriksaan bayi oleh Pakar Perunding Pediatrik
- Ujian darah rutin – G6PD, TSH & Kumpulan Darah
- Vaksin bayi yang baru lahir rutin (Vitamin K, BCG & Hepatitis B – dos pertama)
- Ujian pendengaran
Mungkin ada perubahan pada pakej ini kerana ia hanyalah sah sehingga bulan Disember yang lepas dan tertakluk pada syarat-syarat yang lain.
#2. KPJ Seremban Specialist Hospital
Alamat: Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-768 6000
Laman web: KPJ Seremban Specialist Hospital
Melalui perkongsian oleh PantangPlus, pada tahun 2021, kos bersalin di KPJ Seremban Specialist Hospital adalah bermula dari RM2999 untuk bersalin secara normal dan RM8600 untuk secara pembedahan.
Kos dan pakejnya mungkin telah dipinda sebahagiannya pada tahun ini dan sebaiknya, Mommy dan Daddy hubungi pihak hospital terus ya?
#3. CMH Specialist Hospital (Hospital Pakar CMH)
Alamat: lot 3900, Jln Tun Dr. Ismail, Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-763 1688
Laman web: CMH Specialist Hospital (Hospital Pakar CMH)
CMH Specialist Hospital telah berpuluh tahun lamanya memberikan perkhidmatan untuk pelbagai masalah kesihatan. Ia juga menawarkan pakej bersalin dengan layanan yang tip-top.
Kosnya tidak dinyatakan secara terperinci tetapi Mommy dan Daddy boleh tengok di sini dan hubungi pihak hospital untuk sebarang pertanyaan.
#4. SALAM Senawang Specialist Hospital
Alamat: Business Square, 234-243, Jalan Lavender Heights 2, Taman Lavender Heights, 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-675 1188
Laman web: SALAM Senawang Specialist Hospital
Pakej bersalin terkini di SALAM Senawang Specialist Hospital bermula daripada harga RM2999 (2 hari 1 malam) untuk bersalin normal dan RM6999 (3 hari 2 malam) untuk pembedahan C-section.
Banyak kelebihan lain yang termasuk dalam pakej ini dan ia adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Mommy dan Daddy boleh tengok dengan lebih jelas di sini. Nombor telefon untuk dihubungi pun telah dinyatakan bersama.
#5. Wisma Bersalin Walidah
Alamat: Medan Nusari, 777, Jln Nusari Aman 3/2, Bandar Sri Sendayan, 71900 Negeri sembilan, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-792 2095
Laman web: Wisma Bersalin Walidah
Terletak di Bandar Sri Sendayan, Wisma Bersalin Walidah juga menawarkan pakej bersalin untuk Mommy. Cumanya, ia hanyalah untuk kes yang berisiko rendah sahaja.
Di sini ada banyak kelebihan untuk Mommy dan Daddy. Contohnya, boleh cucuk rahim selepas bersalin dan pemeriksaan jantung bayi serta penjagaan dalam pantang jika diperlukan.
Rasa-rasanya yang antara hospital bersalin swasta di Negeri Sembilan ini yang menjadi pilihan hati? Boleh tempah cepat-cepat ya, nanti boleh fokus kepada urusan lain pula.
Lihat senarai hospital yang lain di SINI.