Melahirkan anak adalah satu perkara yang wajib diberi perhatian penuh kerana ia melibatkan nyawa. Tak kiralah di hospital kerajaan atau swasta, kita kena usaha cari yang terbaik kan? Sesetengah Mommy dan Daddy lebih selesa dengan perkhidmatan dan layanan di hospital swasta.
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Pahang
Jadi tak salahlah kalau merancang untuk melahirkan zuriat di sini kan? Dah ada perancangan tu, buat Mommy dan Daddy yang tinggal di Pahang, nak bersalin di hospital swasta yang mana ya?
#1. Pahang Medical Centre
Alamat: Lot 1, 3, 5 & 7, Wisma MUIP, Jalan Gambut, Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-513 7110
Laman web: Pahang Medical Centre
Kalau di kalangan ibu-ibu, tentu terkenal medical centre ini kan? Di sini ada pakej bersalin tetapi tidak dinyatakan dengan jelas dalam laman webnya. Ada banyak jenis bilik di sini yang dikategorikan di bawah Wad Batik ataupun Wad Songket seperti single premium suite dan double deluxe suite.
Mommy boleh tengok senarai harganya di sini dan jika ingin bertanya lebih lanjut mengenai pakej bersalin, hubungi pihak hospital terus ya?
#2. Kuantan Medical Centre
Alamat: Jalan Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-590 2828
Laman web: Kuantan Medical Centre
Kuantan Medical Centre pun tak kurang terkenalnya. Dalam ruangan komentar di Google, kos bersalin normal di sini dianggarkan pada harga antara Rm5,000.00 sehingga RM6,000.00 dan untuk pembedahan C-section pula, pada harga RM8,000.00 ke atas.
#3. KPJ Pahang Specialist Hospital
Alamat: Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-511 2692
Laman web: KPJ Pahang Specialist Hospital
Kos bersalin di KPJ Pahang Specialist Hospital adalah sama untuk secara normal dan pembedahan iaitu pada harga RM10,000.00.
Jika ada caj tambahan, Mommy dan Daddy ehndaklah menambah pada pembayaran akhir. Setiap bilik ada penghawa dingin dan televisyen ya.
Untuk kos yang lain-lain seperti kadar setiap bilik dan sebarang tambahan, tengok di sini Mommy. Ini semua tertakluk juga pada perubahan daripada pihak hospital.
#4. Darul Makmur Medical Centre
Alamat: Jalan Kempadang Makmur, Taman Kempadang Makmur, 26060 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-534 9988
Laman web: Darul Makmur Medical Centre
Ramai yang berpendapat yang kos bersalin di Darul Makmur Medical Centre agak murah dan berbaloi. Untuk bersalin secara normal, kosnya adalah sekitar RM2,500.00 sehingga RM4,000.00.
Manakala untuk pembedahan C-section pula, daripada RM6,000.00 sehingga RM8,000.00. Ini semua tidak termasuk dengan pakej dan akan berbeza harganya pada jenis-jenis bilik dan sebarang komplikasi yang mungkin timbul.
Hospital Bersalin Swasta Terbaik Di Pahang
Nak memilih yang mana sesuai untuk kita, Mommy dan Daddy kena juga tengok doktor pakar yang akan menyantuni Mommy dan layanan di hospital itu.
Bukan sahaja kosnya yang penting, kepakaran dan servisnya juga mesti dititikberatkan ya?
Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang terdekat dengan anda diĀ SINI.