Apabila nak bersalin, tentunya kita mahukan layanan yang istimewa buat kita dan si comel kan? Biarlah mahal sedikit pun, pasti Mommy dan Daddy akan cuba usahakan yang terbaik.
Pakej Bersalin Hospital Bersalin Swasta Di Perak
Supaya pelaburan kita berbaloi, kenalah tengok dahulu pakej-pakej bersalin di hospital swasta tu. Kali ini, perkongsian ini khas untuk warga Perak:
#1. HOSPITAL AR-RIDZUAN
Alamat: A1, B-G-3 & B-G-5, B-1-1 & B-1, 3, Jln Dato Seri Ahmad Said, Greentown Suria, 30450 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 05-242 1111
Laman web: HOSPITAL AR-RIDZUAN
Pakej bersalin di HOSPITAL AR-RIDZUAN tidak dinyatakan secara terperinci dalam laman webnya. Untuk itu, Mommy kenalah hubungi pihak hospital pada nombor di atas untuk pertanyaan lanjut.
Pakej bersalin pun biasanya ada perubahan dari masa ke semasa. Jadi adalah elok jika Mommy dapatkan kepastian terus.
#2. KPJ Ipoh Specialist Hospital
Alamat: 26, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 05-240 8777
Laman web: KPJ Ipoh Specialist Hospital
KPJ Hospital ni, biasanya memang reputasi elok lah kan? Ramai pakar yang berkhidmat di sini. Kalau pakej bersalin di KPJ Ipoh Specialist Hospital, kosnya bermula pada RM2788 untuk kelahiran normal.
Untuk bersalin secara pembedahan pula, RM6888 dan jika pembedahan kecemasan, RM8800. Pakej-pakej ini adalah termasuk:
- Bilik menginap
- Barang keperluan tandas
- Consultants’fees
- Ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik
- Suntikan untuk bayi
- Ujian pendengaran untuk bayi
Untuk sebarang komplikasi dan yang lain-lain, akan ada caj tambahan yang dikenakan dan jika waktu bersalin itu diluar waktu pejabat, cajnya pun berbeza ya.
#3. Perak Community Specialist Hospital
Alamat: 277, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 05-241 9000
Laman web: Perak Community Specialist Hospital
Tiada pakej khas untuk bersalin yang ditawarkan oleh Perak Community Specialist Hospital ini. Tetapi ia adalah sebuah multi-disciplinary hospital yang menawarkan pelbagai rawatan daripada barisan doktor dan pegawai perubatan yang berpengalaman.
Untuk mengetahui lebih lanjut, memang kena hubungi pihak hospital Mommy. Cumanya jika Mommy curious dengan kos bilik bersalinnya, ia tidaklah mahal tetapi berpatutan ya. Sesuai dengan tagline nya, “Affordable Healthcare”.
#4. Pantai Hospital Ipoh
Alamat: 126, Jalan Tambun, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 05-540 5555
Laman web: Pantai Hospital Ipoh
Terletak di Ipoh juga, Pantai Hospital Ipoh menawarkan pakej bersalin pada harga serendah RM2188 yang termasuk:
- Penginapan 2 Hari / 1 Malam
- Kelahiran normal oleh Pakar Obstetrik & Pakar Ginekologi
- Pemeriksaan bayi oleh Pakar Pediatrik
- Ujian darah (TSH, G6PD, Kumpulan Darah)
- Suntikan Vitamin K
- Imunisasi BCG
- Suntikan Engerix (Dos pertama Hepatitis B)
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syaratnya ya. Yang kami kongsikan ini hanyalah anggaran kerana ia adalah untuk tahun 2020 dan mungkin telah berubah pada tahun ini.
Apapun, yang terbaik adalah dengan memastikan kos dan pakej bersalin dengan pihak hospital itu sendiri.
Hospital Bersalin Swasta Di Perak
Lokasi pusat perubatan, pakej bersalin, kos bersalin, pakar yang berkhidmat; ini semua antara faktor penting dalam memilih pakej bersalin yang terbaik kan?
Jangan lupa untuk menilai kesemuanya dahulu dan kemudian, barulah pilih yang mana Mommy dan Daddy rasa sesuai.
Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang terdekat dengan anda di SINI.