Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Kos Bersalin di Hospital Bersalin Swasta di Sabah

Sebelum ni dah pernah bersalin di hospital kerajaan. Untuk kali ini, macam teringin nak merasai pengalaman bersalin di hospital swasta je.

4 Hospital Bersalin Swasta di Sabah

Untuk Mommy yang sedang mencari hospital bersalin swasta terbaik di sekitar negeri Sabah, boleh ikuti perkongsian daripada Motherhood ini untuk mengetahui secara lebih lanjut ya?

#1. Gleneagles Kota Kinabalu

Highlighted

Kredit gambar: gleneagles.com.my/ms/kota-kinabalu

Alamat: Riverson@Sembulan, Block A-1, Lorong Riverson@Sembulan, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 088-518 888
Laman web: Gleneagles Kota Kinabalu

Gleneagles Kota Kinabalu menawarkan pakej bersalin pada harga serendah RM2888 untuk bersalin normal dan RM5788 untuk bersalin secara pembedahan C-section.

Harga yang terendah ini adalah untuk bilik yang mempunyai 2 katil dan penginapan selama 2 hari 1 malam untuk bersalin biasa dan 3 hari 2 malam untuk bersalin secara pembedahan.

Pakej ini adalah termasuk:

  • Set kelengkapan bilik air
  • Kos operating theatre
  • Kos tenaga pakar
  • Suntikan tertentu untuk bayi
  • Ujian pendengaran untuk bayi
  • Penjagaan Mommy dan bayi
  • Ubat-ubatan asas untuk dibawa pulang ke rumah

Banyak kelebihan yang ditawarkan melalui pakej ini dan jika ada sebarang komplikasi atau servis lain yang diperlukan, caj tambahan akan dikenakan ya.

Boleh tengok di sini untuk lebih jelas.

#2. KMI Tawau Medical Centre (Tawau Specialist Hospital)

Kredit gambar: Facebook @KMI Tawau Medical Centre

Alamat: TB 4551, Jalan Abaca, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 089-771 873
Laman web: KMI Tawau Medical Centre (Tawau Specialist Hospital)

Di sini tidak dinyatakan dengan jelas pakej dan kos bersalinnya di laman web. Tetapi dalam perkongsian melalui akaun Facebook nya pada tahun 2019, kos bersalin di sini adalah Rm3288 untuk waktu pejabat dan RM3588 untuk di luar waktu pejabat.

Seperti pakej daripada hospital lain, pakej ini termasuklah penginapan selaman 2 hari 1 malam dan beberapa servis lain seperti suntikan untuk bayi dan ubat-ubatan untuk dibawa pulang ke rumah.

#3. KPJ Sabah Specialist Hospital

Kredit gambar: patients.smarterhealth.my

Alamat: Lot No.2 Off, Jalan Damai, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 088-322 000
Laman web: KPJ Sabah Specialist Hospital

Pada tahun 2018, kos bersalin yang ditawarkan di KPJ Sabah Specialist Hospital memang murah dan berbaloi. Ia bermula pada harga RM2900 untuk bersalin normal dan RM5600 untuk bersalin secara C-section.

Bilik yang diberikan pula adalah bilik persendirian tu. Jika pada tahun ini, pastinya kos bersalin di sini telah berubah dan harapnya, tidak ada banyak peningkatan lah.

Cuba hubungi pihak hospital terlebih dahulu ya Mommy?

#4. Jesselton Medical Centre Sdn. Bhd.

Kredit gambar: Facebook @Jesselton Medical Centre Sdn. Bhd.

Alamat: Jalan Metro 2, Off, Jalan Tuaran, Jalan Bunga Ulam Raja, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 088-366 333
Laman web: Jesselton Medical Centre Sdn. Bhd.

Sementara di Jesselton Medical Centre Sdn. Bhd. pula, kos bersalin yang ditawarkannya adalah pada harga RM2969 untuk bersalin normal ketika waktu pejabat. Bilik menginap selama 2 hari 1 malam akan diberikan dan caj tambahan akan dikenakan jika waktu bersalin adalah di luar daripada waktu pejabat.

Untuk bersalin secara pembedahan pula, kosnya adalah pada harga RM5950 yang diberikan bilik menginap selama 3 hari 2 malam.

Sebarang kesulitan yang diluar daripada pakej yang ditawarkan akan dikenakan caj di atas servis yang diberikan dan kedua-dua pakej adalah tertakluk pada terma dan syaratnya.

Ini adalah antara hospital bersalin swasta yang terkenal di negeri Sabah tau. Yang mana agak-agaknya menjadi pilihan Mommy dan Daddy ya?


Untuk senarai hospital berdekatan anda, Mommy boleh lihat SINI.