Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Hospital Bersalin Swasta Yang Terbaik di Sarawak

Nak pilih hospital terbaik untuk bersalin ni, kita kenalah tengok secara menyeluruh kan? Memanglah faktor kewangan tanpa syak menjadi faktor terpenting.

Cumanya, kita tak nak juga abaikan faktor lain dalam usaha nak kurangkan kos. Yang penting adalah servis dan perkhidmatan sesuatu pusat perubatan tu Mommy.

Hospital Bersalin Swasta di Sarawak

Di negeri Sarawak, memang banyak hospital swasta yang berlesen. Kebanyakkannya ada menawarkan khidmat bersalin untuk Mommy pada pakej dan kos yang berbeza-beza.

Jadi, nak pilih yang mana agak-agaknya?

#1. KPJ Kuching Specialist Hospital

Highlighted

Kredit gambar: kpjhealth.com.my/kuching/

Alamat: Lot 18807, Block 11 Muara Tebas Land District, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 082-365 777
Laman web: KPJ Kuching Specialist Hospital

Pegangan KPJ Kuching Specialist Hospital adalah untuk membantu Mommy bersalin normal sebaik mungkin. Doktor dan pakar perubatan di sini terdiri daripada mereka yang pakar and berpengalaman bertahun lamanya.

Servisnya 24 jam dan walaupun ia menggalakkan kelahiran normal, mereka juga ada menawarkan servis kelahiran secara C-section dan penggunaan instrument yang lain.

#2. Timberland Medical Centre

Kredit gambar: kinderasia.com

Alamat: Lot 5160-5169 & 7477-7486, Block 16, KCLD, 2 1/2 Mile, Jalan Rock, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 082-234 466
Laman web: Timberland Medical Centre

Ada juga perkongsian mengenai pengalaman baik bersalin di Timberland Medical Centre. Menurut Chenta ZB yang pernah bersalin di sini, kos bersalin normal di sini adalah RM3099 pada beberapa tahun yang lepas.

Mungkin kosnya telah naik meningkat sehingga tahun ini. Boleh baca pengalaman Chenta juga ya. Acap kali, pengalaman orang lain memang banyak membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat.

Apapun, hubungi je pihak kospital untuk pertanyaan lanjut ya?

#3. Normah Medical Specialist Centre

Kredit gambar: icnhome.wordpress.com

Alamat: Lot 937, Section 30 KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 082-440 055
Laman web: Normah Medical Specialist Centre

Pusat perubatan lain di Sarawak yang tak kurang popular nya adalah Normah Medical Specialist Centre. Fareiny Morni ada berkongsikan pengalaman beliau bersalin di sini yang membuatkan beliau akan memilihnya lagi sebagai hospital bersalin di lain masa.

Pada tahun 2016, kos bersalin normal di sini dikatakan sekitar RM4000+ dan RM8000+ untuk secara pembedahan. Bertahun telah berlalu, jadi Mommy boleh anggarkanlah ya. Mungkin kosnya telah meningkat kepada beberapa ribu sekarang.

Hospital Bersalin Swasta Di Sarawak

Ini hanyalah antara beberapa hospital bersalin swasta yang kami senaraikan berdasarkan popularity di Sarawak ni. Banyak juga lagi hospital lain yang mungkin Mommy boleh survey seperti Bintulu Medical Centre dan Columbia Asia Hospital – Miri.

Semoga urusan Mommy dan Daddy dipermudah!


Lihat senarai hospital bersalin swasta yang lain di SINI.