Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Ada di Kelantan

Kalau di Kelantan, masih tidak banyak hospital bersalin swasta yang ada. Namun begitu, Motherhood akan kongsikan beberapa hospital bersalin swasta yang terkenal di Kelantan, khas untuk bakal ibu yang akan bersalin di negeri Timur ini.

Hospital Bersalin Swasta di Kelantan

Berikut merupakna senarai hospital bersalin swasta di Kelantan yang lengkap dengan maklumat untuk dihubungi:

#1. Kota Bharu Medical Centre

Highlighted

Kredit gambar: lookp.com

Alamat: PT 179, 184, Jalan Sultan Yahya Petra, Taman Aman, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-743 3399
Akaun Facebook: Kota Bharu Medical Centre

Terletak di bandar Kota Bharu, senang je nak ke Kota Bharu Medical Centre ni. Dalam perkongsian akaun Facebook nya minggu lepas, Kota Bharu Medical Centre telah menawarkan pakej bersalin normal pada harga RM3,200.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Mommy boleh hubungi je nombor di atas atau Whatsapp ke talian 019-9670799.

#2. KPJ Perdana Specialist Hospital

Kredit gambar: Facebook @KPJ Perdana Specialist Hospital

Alamat: PT 37 & 600 Dan Lot 684 (Level 1,2&3), Seksyen, 14, Jalan Bayam, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 09-745 8000
Laman web: KPJ Perdana Specialist Hospital

Di laman webnya, tidak ada dikongsikan secara terperinci tentang kos dan pakej bersalin di sini. Tetapi menurut perkongsian dalam akaun Facebook nya pada tahun 2020, pakej bersalinnya bermula pada harga RM3000 untuk bersalin normal dan RM8800 untuk bersalin secara pembedahan.

Mommy boleh hubungi pihak hospital untuk mengetahui sebarang perubahan pada pakej ini sehingga ke tahun ini ya?

#3. Pusat Perubatan An-Nisa’

Kredit gambar: annisa.com.my/

Alamat: Jln Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 09-741 4444
Laman web: Pusat Perubatan An-Nisa’

Kalau warga Kelantan, memang kenal sangat lah Pusat Perubatan An-Nisa’ ni sebagai hospital swasta untuk kaum Hawa di Kota Bharu kan?

Pakej bersalin yang ditawarkan pada tahun lepas adalah bermula pada RM3099 untuk bersalin normal. Ini termasuklah:

  • Penginapan 2 hari 1 malam
  • Makan dan minum 4x
  • Perundingan daripada Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  • Penjagaan nurseri
  • Ubat-ubatan asas untuk dibawa pulang ke rumah
  • Pemeriksaan bayi
  • Ujian darah bayi
  • Vaksinasi bayi

#4. Clinic and Maternity Home An Nuur

Kredit gambar: google.com

Alamat: Lot 3070B, Lorong CiKampungu Hamid, Off Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kota Bharu
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 09-764 2994
Akaun Facebook: Clinic and Maternity Home An Nuur

Anggaran kos pakej bersalin yang ditawarkan di Clinic and Maternity Home An Nuur adalah antara RM2400 sehingga RM3000 gitu.

Ini adalah termasuk kos bersalin, cuci uri, ubat-ubatan untuk 10 hari dan suntikan tertentu untuk bayi. Tetapi bilik penginapan yang disediakan hanyalah untuk beberapa jam sahaja ya. Jika ujian pemeriksaan kesihatan untuk ibu dan bayi elok kedua-duanya, tak perlu tunggu berhari untuk discharge dari sini.

Ini adalah berdasarkan pakej pada tahun lepas dan mungkin ada perubahan serba sedikit pada tahun ini.

Mana-mana yang dipilih, pastikan Mommy dan Daddy tahu kesemua pakej secara terperinci tentang hospital bersalin swasta itu.

Supaya kita lebih bersedia dan segalanya berjalan lancar, dapatkan penjelasan secara menyeluruh ya?


Lihat senarai hospital dan pusat perubatan yang lain di SINI.