Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Hospital Bersalin Swasta Di KL Dan Selangor Berserta Pakej Yang Ditawarkan

Sumber: Adobe Stock

Pengalaman mengandung adalah salah satu pengalaman yang amat manis dan istimewa bagi wanita hamil. Detik-detik seperti mendengar degupan jantung bayi buat kali pertama, merasa bayi bergerak-gerak dalam rahim, dan juga bercakap dengan bayi dalam kandungan merupakan beberapa perkara manis yang dapat dilalui.

Sementara bayi berkembang dengan selesa dalam rahim Ibu, salah satu perkara penting yang perlu dirancang ialah di hospital mana Ibu mahu bersalin. Kita amat bertuah kerana mempunyai banyak pilihan hospital kerajaan dan swasta yang amat selesa dengan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih hospital untuk bersalin ialah jarak hospital tersebut dari rumah Ibu, kos pakej bersalinnya, keselesaan, pilihan cara bersalin, dan ada juga yang memilih hospital berdasarkan reputasi doktornya.

Highlighted


Perlu diingatkan bahawa kos bersalin di hospital swasta adalah lebih mahal berbanding dengan kos bersalin di hospital kerajaan.

Di sini kami menyenaraikan beberapa hospital swasta dengan pengkhususan bersalin atau mempunyai khidmat bersalin.

1. Andorra Women and Children Hospital

Sumber: Andorra Women & Children Hospital

Ditubuhkan oleh seorang doktor pakar sakit puan, hospital Andorra Women and Children memberi perkhidmatan khusus untuk penjagaan kesihatan wanita dan kanak-kanak. Tambahan pula, ia merupakan satu-satunya hospital yang merangkumi keseluruhan doktor perempuan.

Hospital yang mesra syariah ini mempunyai beberapa jenis pakej bersalin yang boleh dipilih oleh ibu mengandung.

Alamat: 19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 03-8966 1133 / 013-333 2671

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  1. Bilik tidur yang lengkap dengan perabot berkualiti tinggi
  2. Perkhidmatan pelayan (wanita)
  3. Perkhidmatan kaunselor laktasi
  4. Tukang urut peribadi
  5. Makanan berkhasiat
  6. Ujian darah dan suntikan ibu rutin
  7. Lawatan perunding
  8. Pemeriksaan neonatal
  9. Imunisasi Hepatitis B dan BCG
  10. Suntikan vitamin K
  11. Pemeriksaan pendengaran bayi

Pakej bersalin:

  1. Kelahiran normal (2 hari 1 malam)
    – 4 katil sebilik: RM3,399
    – 2 katil sebilik: RM3,899
    – 1 katil sebilik: RM4,599
    – Bilik VIP: RM5,299
  2. Kelahiran Caesarean (3 hari 2 malam)
    – 4 katil sebilik: RM8,599
    – 2 katil sebilik: RM9,399
    – 1 katil sebilik: RM9,999
    – Bilik VIP: RM10,999

Lihat di sini untuk pakej-pakej bersalin.

2. Hospital Pakar KPJ Damansara

Sumber: bookdoc.com

Nama kumpulan penjagaan kesihatan KPJ dikenali ramai orang kerana terdapat beberapa buah hospital perubatan di bawahnya di seluruh Malaysia. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah salah satu fasiliti perubatan tersebut dan juga popular sebagai tempat bersalin ramai orang kerana perkhidmatan yang profesional dan berkualiti.

Bahagian obstretik dan ginekologi hospital KPJ Damansara mempunyai 10 orang doktor pakar yang Ibu boleh pilih.

Alamat: 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7718 1000

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  1. Pemeriksaan neonatal
  2. Kemudahan peralatan perubatan bersalin seperti CTG, SPO2 monitor, dan Radiant Heater
  3. Kelahiran normal atau vacuum
  4. Ujian makmal rutin untuk bayi
  5. Pemeriksaan pendengaran bayi

Pakej Bersalin:

  1. Kelahiran normal (3 hari 2 malam): bermula dari RM4,888

Lihat di sini untuk pakej-pakej bersalin.

3. Hospital Pantai Ampang

Sumber: myhealthcare.xyz

Doktor-doktor dan staf yang pakar dan berdedikasi di Hospital Pantai Ampang akan memastikan penjagaan berkualiti dan selamat bagi ibu bersalin dan bayi. Jururawat yang ramah dan berpengalaman dilatih khas dalam penjagaan neonatal, perbidanan dan penyusuan untuk memberikan penjagaan optimum untuk bakal bayi Ibu.

Perkhidmatan dan kemudahan premium dari hospital ini tentu akan membuatkan Ibu rasa selesa dan selamat.

Alamat: Jalan Perubatan 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-4289 2828 / 016-398 2828

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  1. Suite bersalin
  2. Makanan pantang
  3. Kaunseling penyusuan oleh kaunselor laktasi
  4. Analisis komposisi badan dan kaunseling diet
  5. Imunisasi vitamin K, BCG, Hepatitis B, dan ujian darah untuk bayi
  6. Pemeriksaan pendengaran bayi

Pakej Bersalin:

  1. Kelahiran normal (3 hari 2 malam)
    – 1 katil sebilik: RM3,788

Lihat di sini untuk pakej bersalin.

4. Sunway Medical Centre Sunway City

Sumber: medicaldepartures.com

Sunway Medical Centre menawarkan pakej eksklusif bersalin yang selesa. Pakej bersalin di hospital ini disesuaikan untuk memenuhi keperluan Ibu supaya dapat menikmati waktu yang paling dinanti-nantikan dalam menyambut anak anda ke dunia. Doktor pakar di hospital ini akan menjaga keselamatan ibu bersalin dengan yakin dan profesional.

Alamat: 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Selangor

No. Telefon: +603 – 7491 9191 / 019-395 2293

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  1. Bilik di hospital
  2. Penjagaan bayi
  3. Imunisasi, pemeriksaan, dan ujian untuk bayi
  4. Makanan hospital
  5. Penjagaan ibu dan anak
  6. Bekalan dan peralatan ubat standard

Pakej Bersalin:

  1. Kelahiran normal: bermula dari RM3,000
  2. Kelahiran Caesarean: bermula dari RM6,000

Lihat di sini untuk pakej bersalin.

5. Hospital Pusrawi

Sumber: yadim.com.my

Hospital yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam sering dikunjungi oleh wanita beragama Islam untuk bersalin kerana keistimewaan hospital ini adalah pakar perbidanan dan sakit puannnya adalah wanita Islam. Hospital ini juga menerapkan elemen dan praktis Islamik dalam segala prosedur dan penjagaan aurat pesakit semasa menerima rawatan.

Alamat: Lot 149, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2687 5000

Perkhidmatan yang ditawarkan:

  1. Penginapan ibu bersalin
  2. Kit bayi
  3. Ujian darah dan pemeriksaan bayi
  4. Imunisasi bayi (BCG, Hepatitis B, dan vitamin K)

Pakej bersalin:

  1. Kelahiran normal (2 hari 1 malam)
    – 4 katil sebilik: RM1,550
    – 2 katil sebilik: RM1,950
    – 1 katil sebilik: RM2,150

Lihat di sini untuk pakej bersalin.

 

Kebanyakan pakej-pakej yang diterterakan di atas serta pakej-pakej bersalin atau materniti di hospital swasta lain tidak termasuk caj-caj seperti yuran doktor kerana bayaran-bayaran jenis itu akan bergantung kepada doktor pakar tersebut.

Selain daripada apa yang disebut di pakej, Ibu kebarangkalian besar perlu menambah bayaran-bayaran tambahan lain seperti epidural, rawatan kecemasan, dan bil hospital lain-lain yang munkin timbul akibat komplikasi bersalin atau keadaan lain.

Sumber: Getty Images

Pastikan Ibu berbincang dengan doktor atau staf tentang kos-kos lain yang merangkumi prosedur bersalin, dan kaedah-kaedah bersalin yang ditawarkan oleh doktor yang dipilih.

Keputusan untuk membuat temu janji dengan doktor pakar di hospital swasta untuk bersalin boleh dibuat seawal lima bulan usia kandungan bayi.