Rata-rata hospital swasta ada timeline mereka sendiri untuk pakej bersalin. Tak boleh main terjah bila-bila masa je. Risau nanti kos tinggi yang akan dikenakan.
Sebab itulah penting kalau Mommy dan Daddy merancang nak bersalin di hospital swasta, kena book cepat-cepat dengan pihak hospital supaya segala pengurusan lancar nanti.
Lokasi 8 Hospital Bersalin Swasta Pulau Pinang
Untuk orang utagha Pulau Pinang, bolehlah tengok lokasi 8 hospital bersalin swasta yang Motherhood akan kongsikan ni. Penting untuk kita teliti dahulu pakej dan kos bersalin untuk setiap satunya kan?
#1. Gleneagles Hospital Penang
Alamat: 1, Jalan Pangkor, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-222 9111
Laman web: Gleneagles Hospital Penang
Seperti di negeri lain, Gleneagles Hospital memang antara hospital yang menawarkan rawatan yang berkualiti. Begitulah visi hospital ini yang menjanjikan rawatan dan servis mereka adalah dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan yang berkemahiran dan berpengalaman.
Berikut adalah pakej bersalin normal yang ditawarkannya:
Untuk bilik 6 katil, kos bersalinnya adalah RM2688.00 dan untuk bilik 2 katil pula, RM2988.00. Pakej ini adalah untuk 3 hari 2 malam dan termasuk:
Untuk Mommy:
- Ubat tahan sakit
- Kos bilik bersalin
- Bayaran untuk obstetrician
- Kos bilik, makan dan nursing fee
Untuk si comel:
- Imunisasi BCG , Hepatitis B (dos pertama) dan suntikan vitamin K
- Cord blood profile (kumpulan darah, G6PD, T4, TSH dan 2 ujian bilirubin
- Ujian pendengaran
Antara yang lain-lain yang tidak termasuk dalam pakej adalah:
- Ubat-ubatan tambahan
- Kelahiran menggunakan vakum
- Komplikasi bersalin
- Kelahiran bayi pra-matang, dll
Pakej yang dinyatakan di atas hanyalah untuk kelahiran normal je ya. Ia tertakluk kepada syarat dan boleh dipinda bila-bila masa sahaja.
Kalau Mommy dan Daddy berminat nak tahu tentang pakej untuk bersalin secara pembedahan, hendaklah hubungi pihak hospital. Mudah je kerana boleh melalui WhatsApp di nombor 016-498 9089.
#2. Penang Adventist Hospital
Alamat: 465, Jalan Burma, 10350 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-222 7200
Laman web: Penang Adventist Hospital
Penang Adventist Hospital pun ada menawarkan pakej bersalin untuk Mommy. Cumanya ia tidak dinyatakan secara terperinci di laman webnya.
Boleh tengok rawatan dan pakej lain yang disediakan di sini untuk wanita ya?
#3. DBM Hospital
Alamat: No. 18 & 20, Jalan Cermai 1, Taman Cermai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-398 2513
Laman web: DBM Hospital
DBM Hospital atau dikenali juga sebagai Pusat Bersalin Muslimah Pulau Pinang adalah antara hospital bersalin swasta yang menjadi pilihan terutamanya Mommy yang beragama Islam.
Kos bersalinnya adalah pada kadar yang berpatutan iaitu bermula daripada RM2700 untuk bersalin normal dan daripada RM6800 untuk pembedahan C-section.
Semua bilik mempunyai 1 katil dan ada tandas untuk setiap satunya. Penginapan bilik untuk pakej bersalin normal adalah selama 2 hari 1 malam dan untuk secara pembedahan, 3 hari 2 malam.
Mommy boleh tengok pakejnya secara terperinci di sini bersama talian untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan ya.
#4. Bagan Specialist Centre
Alamat: Jalan Bagan 1, Taman Bagan, 13400 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-371 0000
Laman web: Bagan Specialist Centre
Kalau di Butterworth, ada Bagan Specialist Centre yang Mommy dan Daddy boleh masukkan dalam senarai. Pakej bersalinnya tidak dilampirkan jadi Mommy kena hubungi atau buat janji temu dengan pihak hospital terlebih dahulu.
Untuk melihat kadar caj bilik secara am, boleh tengok di sini.
#5. Loh Guan Lye Specialists Centre
Alamat: 238, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-238 8888
Laman web: Loh Guan Lye Specialists Centre
Di Loh Guan Lye Specialists Centre, Mommy dan Daddy wajib bayar deposit penuh pada hari kemasukan atau paling lambat, esoknya. Untuk bilik persendirian, RM4988.00, bilik berkembar, RM3588.00 dan bilik umum, RM2988.00.
Tempoh penginapan adalah selama 3 hari 2 malam dan termasuk beberapa servis dan perkidmatan lain seperti nursing fee, ujian darah dan ujian pendengaran bayi baru lahir.
Ada juga beberapa servis lain yang tidak termasuk dalam pakej ini seperti bersalin secara C-section dan penggunaan vakum. Mommy dan Daddy boleh tengok di sini untuk maklumat lebih lanjut.
#6. Sunway Medical Centre Seberang Jaya
Alamat: 3106, Lebuh Tenggiri 2 Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-373 9191
Laman web: Sunway Medical Centre Seberang Jaya
Sunway Medical Centre adalah antara pusat perubatan yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Untuk pakej bersalin yang terkini di sini, berikut adalah kos dan maklumat lanjut tentangnya:
1. Bersalin normal
Untuk bilik persendirian, harganya adalah RM4688.00 dan untuk bilik yang mempunyai 2 katil, RM3888.00.
2. Bersalin menggunakan instrument
Untuk bilik persendirian, harganya adalah RM5688.00 dan untuk bilik yang mempunyai 2 katil, RM4888.00.
Kedua-dua pakej ini adalah termasuk:
- Caj bilik dan makan
- Nursery
- Consultation fee
- Ujian darah rutin untuk bayi
- Dos pertama BCG dan Hepatitis B
- Suntikan vitamin K
- Ujian pendengaran untuk bayi
Antara terma dan syaratnya pula:
- Hanya untuk bayaran sendiri sahaja.
- Harga tidak termasuk sebarang komplikasi.
#7. KPJ Penang Specialist Hospital
Alamat: 570, Jln Perda Utama, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-548 6688
Laman web: KPJ Penang Specialist Hospital
Tak dilupakan juga, tentunya KPJ Penang Specialist Hospital. Untuk bersalin secara normal, harganya bermula daripada RM2888.00 dan akan berbeza mengikut jenis bilik, untuk 2 hari 1 malam. Boleh tengok di sini untuk lebih maklum ya.
Kalau untuk bersalin secara pembedahan pula, kos bersalinnya bermula pada harga RM8800.00 untuk 3 hari 2 malam dan juga berbeza kadar caj untuk berlainan bilik. Seperti pakej bersalin di hospital lain, harga ini tidaklah termasuk dengan caj tambahan seperti jika berlakunya sebarang komplikasi.
#8. Pantai Hospital Penang
Alamat: 82, Jalan Tengah, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-643 3888
Laman web: Pantai Hospital Penang
Ramai juga Mommy yang dah bersalin di sini dan sukakan pengalaman yang mereka lalui. Harga pakej bersalin di sini bermula dari RM4900.00 yang termasuk dengan penginapan selama 3 hari 2 malam serta lain-lain lagi. Mommy dan Daddy boleh tengok dengan lebih jelas di sini ya.
Hospital Bersalin Swasta Pulau Pinang
Nanti dah teliti lokasi dan satu-satu pakej bersalin ni, buat tempahan terus ya? Risau kalau yang Mommy dan Daddy nak tu terhad.
Semoga dipermudah semuanya! Jom baca senarai hospital bersalin swasta di Selangor dan Kuala Lumpur pula!