Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Dan Klinik Psikiatri Kota Kinabalu

Sumber: borneoadventure.com

Pelbagai faktor memainkan peranan dalam kesihatan mental dan fizikal. Kebanyakan individu akan menghadapi beberapa cabaran kesihatan mental pada sesuatu ketika dalam kehidupannya.

Kesedihan dan tekanan adalah perkara biasa. Walaubagaimanapun, jika anda mengalami cabaran kesihatan mental yang berterusan atau teruk, itu mungkin menunjukkan anda perlu mendapatkan bantuan dan rawatan.

Simptom-simptom seperti berikut mungkin menandakan kesihatan mental anda terganggu.

  1. Berfikiran untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain
  2. Perasaan sedih, marah, bimbang, atau kemurungan yang berterusan
  3. Perubahan mood yang mendadak dan kerap
  4. Kekeliruan atau kehilangan ingatan yang tidak boleh dijelaskan
  5. Mendapat khayalan atau halusinasi
  6. Tidak lalu makan atau makan berlebihan
  7. Tidak boleh tidur atau tidur berlebihan

    Highlighted

    Sumber: Getty Images

  8. Ketidakupayaan untuk menghadapi tugasan harian
  9. Tidak mahu membuat apa-apa aktiviti sosial
  10. Penyalahgunaan dadah atau alkohol

Jika anda penduduk di Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan rawatan psikiatri dari hospital atau klinik di dalam senarai di bawah ini.

Hospital Dan Klinik Psikiatri Kota Kinabalu

1. Klinik Psikiatri @ Hospital Mesra Bukit Padang

Sumber: Kulanz Salleh @ Google

Klinik psikiatri yang menjadi salah satu unit di Hospital Mesra Bukit Padang ini mendapat 4.2 daripada 5 bintang di Google Rating berdasarkan 28 pelawat. Perkhidmatan di klinik ini dikatakan sangat bagus, cuma tempat letak kereta di kawasan ini adalah terhad.

Alamat: PS 11342, Bukit Padang, Kota Kinabalu, 88815 Sabah

No. Telefon: 088-240 984

Laman Sesawang: www.hmbp.moh.gov.my

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
– Sabtu – Ahad: Tutup

2. Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental @ Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu

Sumber: Kian Fui Tay @ Google

Jabatan Psikiatri Hospital Queen Elizabeth menyediakan perkhidmatan psikiatri yang berkualiti dan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalani aktiviti promosi kesihatan mental dan juga pencegahan, perawatan dan pemulihan penyakit psikiatri. Skop perkhidmatan Jabatan Psikiatri ini merangkumi rawatan pesakit luar dan rawatan kes rujukan.

Alamat: 13a, Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 088-517 555

Laman Sesawang: www.qeh.moh.gov.my

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

3. Klinik Pakar Psikiatri Dr Leonard

Sumber: Owen Wong @ Google

Klinik Pakar Dr Leonard telah mendapat 4.2 daripada 5 bintang berdasarkan lima pelawat. Dr Leonard dikatakan sangat prihatin dan membantu dan staf di klinik tersebut dikatakan peramah.

Alamat: Lot 32, (DBKlinik Kesihatan 33), 1st Floor, Block C, Phase 1, Damai Plaza, Kota Kinabalu, 88300 Sabah

No. Telefon: 088-232 681

Waktu Operasi:
– Isnin – Selasa / Khamis – Jumaat: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.00 petang – 5.00 petang
– Rabu, Sabtu: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
– Ahad: Tutup

Anda boleh lihat di sini untuk senarai hospital dan klinik psikiatri lain di Malaysia.