Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Psikiatri Kota Bharu

Sumber: skyscanner.com.my

Pada zaman sekarang, kedua-dua kesihatan mental dan fizikal menjadi keutamaan ramai orang. Apatah lagi, untuk mendapatkan rawatan, anda boleh berjumpa dengan mana-mana doktor pakar psikiatri di klinik swasta, hospital swasta, atau hospital kerajaan.  Artikel ini menyediakan senarai hospital psikiatri Kota Bharu.

Hospital berikut menawarkan perkhidmatan psikiatri walaupun bukan hospital khusus psikiatri.

Hospital Psikiatri Kota Bharu

1. Hospital Raja Perempuan Zainab II (Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental)

Highlighted

Sumber: astroawani.com

Ditubuhkan pada tahun 1952, Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada mulanya dinamakan Unit Perubatan Jiwa Hospital Kota Bharu. Nama tersebut ditukar seiring dengan peredaran masa. Pada zaman dahulu, ia digunakan sebagai tempat penginapan sementara pesakit sebelum di hantar ke hospital lain di Johor.

Dalam Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental ini terdapat klinik pesakit luar psikiatri, enam wad untuk pesakit lelaki dan perempuan, unit kaunselor, unit pemulihan cara kerja, unit komuniti, dan unit kerja sosial perubatan.

Sumber: astroawani.com

Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II ini sekarang menyediakan perkhidmatan berasaskan hospital untuk rawatan pesakit dan berkembang kepada perkhidmatan komuniti di mana pesakit dapat meneruskan rawatan di dalam komuniti mereka.

Buat masa sekarang, Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental ini menerima rujukan dari seluruh Negeri Kelantan dan kawasan utara Terengganu jika anda ingin mendapatkan rawatan di sini. Objektif Jabatan Psikiatri ini adalah untuk mempromosikan kesihatan mental yang optimum dan menyediakan perkhidmatan kualiti dalam memberi rawatan pemulihan kepada pesakit.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Menerima dan merawat pesakit dalam psikiatri
  • Menerima dan merawat pesakit luar psikiatri
  • Menyediakan perkhidmatan saringan pesakit luar dadah
  • Menyediakan pendidikan kesihatan untuk pesakit dan waris
  • Menyediakan perkhidmatan komuniti dan penghantaran pesakit
  • Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan waris
  • Perkhidmatan kebajikan kepada pesakit
  • Perkhidmatan lawatan pakar perubatan psikiatri ke seluruh hospital daerah di Kelantan
  • Kumpulan sokongan keluarga

Alamat: Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II, 15586 Kota Bharu, Kelantan.

No. Telefon: 09-745 2000

E-Mel: hrpz2@moh.gov.my

Sumber: Google

Untuk senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan psikiatri di Malaysia, anda boleh lihat di sini.