Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur | Untuk Kemudahan & Keselesaan Rakyat Malaysia

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur mula beroperasi secara berperingkat sejak 1 September 2019.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berasa bangga apabila negara kita dinobatkan sebagai negara yang berada di tempat pertama di dalam ranking dunia bagi bidang penyediaan kemudahan perubatan dan hospital pada tahun 2019. 

Bukan sahaja hospital swasta, malah hospital yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan juga menawarkan perkhidmatan yang baik dan selesa untuk semua. Ini termasuklah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur. 

Highlighted

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

Berita Viral Hospital Bersalin Ditutup

Pada September 2019 yang lepas, warga kota digemparkan dengan berita yang Hospital Bersalin Kuala Lumpur yang bertapak sejak 56 tahun yang lalu ditutup. Ramai warga kota yang berkongsi kenangan pahit manis di Hospital Bersalin itu. 

Kredit: Mstar

Sebenarnya, Hospital Bersalin tidaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya. Untuk mencapai tahap keselesaan maksima dan memberi perkhidmatan terbaik, Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan untuk memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan telah menggabungkan Jabatan Obsterik & Ginekologi dan Jabatan Pediatrik di bawah satu bangunan baru sekaligus menempatkan wad bersalin dan wad kanak-kanak di dalamnya. 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Bangunan Baru, Penampilan Selesa, Perkhidmatan Terbaik

Pada awal tahun 2020, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan mencemar duli merasmikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, nama rasminya juga telah dimasyhurkan dengan nama Hospital Tunku Azizah.

Kredit: Facebook @PejuangBaru

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur ini mempunyai 600 buah katil termasuklah 23 katil dikhususkan buat Unit Rawatan Rapi dan 32 buah katil untuk Unit Rawatan Rapi Pediatrik.

Selain daripada itu, Hospital ini juga menempatkan 50 buah katil untuk rawatan rapi neonatal, 16 buah katil untuk pemindahan sumsum tulang serta kemudahan rawatan kritikal yang lain seperti kimoterapi, pembedahan neuro hybrid dan sebagainya. 

Kredit: News Straits Times

Dilengkapi dengan alatan teknologi terkini, hospital ini juga memastikan semua doktor, bidan, jururawat, dan staf pengurusannya cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab. Tahap profesional yang tinggi serta kekuatan mental staf dijaga bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik. 

Sejak dari awal penubuhannya, Hospital Bersalin Kuala Lumpur adalah hospital yang menerima paling banyak pengunjung untuk mendapatkan rawatan. Dengan kemudahan yang baru ini, ia melancarkan segala urusan dengan lebih selesa dan professional. 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

Rekasusun dalamannya juga mempamirkan suasana ceria dan menenangkan hati. Ruangan-ruangan khas untuk anak-anak bermain memberikan suasan positif dan ceria untuk mereka pergi ke hospital.

Rekabentuk moden dengan atur susun yang menarik ternyata memberikan nafas baru untuk Hospital yang dikendalikan oleh kerajaan, sekaligus meletakkan ia setara dengan hospital swasta yang lain pada harga yang amat berpatutan, buat warganegara mahupun bukan warganegara.

Kredit: Astro Awani

Ternyata setelah 63 tahun merdeka, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur ini adalah salah satu hadiah berharga dari kerajaan Malaysia untuk rakyat tercinta.  

Servis Yang Ditawarkan

Sumber: Laman Rasmi Tunku Azizah Hospital

1) Kepakaran Klinikal

  • Perubatan Pediatrik
  • Obstetrik & Ginekologi
  • Pembedahan Pediatrik Am
  • Ortopedik
  • Otorinolaringologi
  • Oftamologi
  • Pembedahan Neuro
  • Pembedahan Plastik & Rekonstruktif
  • Urologi
  • Pergigian Pediatrik
  • Anestisiologi & Rawatan Rapi
  • Psikiatri & Kesihatan Mental
  • Kecemasan & Trauma

2) Klinikal Diagnostik

  • Radiologi
  • Patologi
  • Makmal Genetik

3) Sokongan Klinikal

  • Dietetik & Sajian
  • Farmasi & Bekalan
  • Fisioterapi
  • Kerja Sosial Perubatan
  • Kejururawatan
  • Kesihatan Awam
  • Mortuari
  • Penyeliaan Hospital
  • Pemulihan Carakerja
  • Patologi Pertuturan
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pengurusan Kualiti
  • Rekod Perubatan
  • Sucihama
  • Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

4) Sokongan Bukan Klinikal

  • Pentadbiran
  • Sumber Manusia
  • Kewangan
  • Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat
  • Perpustakaan
  • Perhubungan Awam
  • Keselamatan

Lokasi dan Informasi Umum

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

 

Kredit: Andika Farhan Ratna Jamil

Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan atau maklumat berkenaan hospital ini, anda boleh menghubungi pihak hospital melalui maklumat berikut: 

 

Hospital Kuala Lumpur, 

Alamat: 50586 Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2615 5555

Email: pro.hkl@moh.gov.my

Website: Tunku Azizah Hospital 

 

https://www.youtube.com/watch?v=Lf9ZuMkrY84
Telefon?

+603 – 2600 3000

Waktu Operasi 24 jam?

Ya.

Bila Hospital Bersalin Kuala Lumpur berhenti operasi?

September 2019

Berapa katil yang ada?

Lebih kurang 800 katil yang ada.

Alamat?

Hospital Kuala Lumpur, 50586 Jalan Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.