Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ngeri – Ibu & Anak di China sanggup makan Lipan Mentah kononnya untuk Kesihatan

makan lipan mentah

Pernah tak dengar orang kata makan sesuatu binatang atau daun dapat tingkatkan kesihatan, sembuhkan penyakit dsb? Kalau yang ada bukti kajiannya, okay la jugak. Ni kalau meragukan dan bukan atas nasihat doktor, boleh mengundang bahaya tau.

Seperti kisah ibu dan anak dari wilayah selatan China, Guangdong ni. Mereka berdua telah makan lipan mentah yang dikatakan baik untuk kesihatan. Kes ni sebenarnya terjadi pada tahun 2012 lagi, tapi baru tahun ni para pengkaji dapat keputusan yang tepat setelah satu kajian dijalankan khusus untuk kes ini.

Pada mulanya pasangan ibu dan anak yang berumur 78 dan 46 tahun ini dikatakan sering berasa sakit kepala dan pening yang berpanjangan. Mereka kemudiannya menerima rawatan di Hospital Zhujiang di selatan China pada penghujung 2012.

Highlighted

Sumber: Google

Walau bagaimanapun, doktor masih tak tahu punca sebenar penyakit yang mereka alami kerana key-health indicators mereka berada pada tahap normal.

Sel darah putih yang banyak merupakan klu kepada penyakit

Doktor mendapati terdapat banyak sel darah putih yang dipanggil Eosinophils dalam badan mereka. Sel darah putih yang banyak menunjukkan mereka berdua menghidapi parasitic infection, iaitu satu penyakit yang dibawa oleh serangga parasit – atau dalam kes ini, nama saintifiknya ialah Angiostrongylus cantonensis.

Serangga parasit ini yang menyebabkan ibu dan anak menghidapi penyakit Rat Lungworm. Parasit itu wujud dalam lipan mentah yang dimakan mereka.

Apa itu Rat Lungworm disease?

Sumber: South China Post

Menurut portal Science News, penyakit Rat Lungworm ni datang daripada telur cacing yang menetas pada paru-paru tikus. Bila tikus yang dijangkiti menjalani proses pembuangan. Apabila bahan buangannya dimakan oleh serangga atau binatang lain dan anda pula makan serangga/binatang tersebut, badan anda berpotensi untuk dapat penyakit itu.

Jangan ingat ada dalam lipan je tau rat lungworm ni. Anda juga boleh dapat penyakit ini JIKA anda sering makan siput ataupun slug yang MENTAH dan tidak dibersihkan. Jadi sila berhati-hati.

Lipan sering digunakan dalam ubat-ubatan tradisional China.

Tidak mengejutkan bagi rakyat negara itu apabila lipan diambil sebagai makanan tambahan untuk kesihatan mereka. Menurut South China Post, serangga itu sering digunakan dalam ubat-ubatan tradisional mereka – tapi dalam bentuk dried powder.

Saintis dan pengkaji dari Jabatan Neurology di Hospital Zhujiang, Lingli Lu bagaimanapun berkata,

Kita tak pernah dengar lagi orang mengambil lipan mentah, tapi pasangan ibu dan anak ini percaya yang dengan memakan lipan mentah baik untuk kesihatan mereka.

Anda boleh bayangkan tak saat-saat mereka masukkan lipan tu ke dalam mulut?

Bagaimana kajian dilakukan?

Lingli Lu dan pasukannya yang lain telah menjalankan kajian ke atas 20 ekor lipan yang sama dibeli oleh pasangan ibu dan anak itu. Mereka mendapati 7 daripada 20 ekor lipan mengandungi larva parasit itu. Dan dalam setiap 7 ekor lipan itu, terdapat lebih kurang 56 telur larva yang masih aktif! OMG.

Hasil kajian ini dikeluarkan oleh American Journal of Tropicana Medicine and Hygiene pada 30 Julai 2018.

Ibu dan anak itu kini selamat dan semakin pulih setelah diberi rawatan selama tiga minggu berturut-turut dengan ubat anti-parasit, Albendazole.

Lepas ni anda jangan mudah percaya semua yang ‘viral’ atau dikatakan orang ramai di laman sosial. Tak kisah la banyak mana review positif yang ada, berundinglah dengan doktor pakar dulu. Jangan terus percaya je.

Tapi anda boleh terus percaya untuk dapatkan barangan bayi yang terbaik di sini!