Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Peranan Ibu Bapa Apabila Gigi Anak Tercabut

Anak-anak kecil apabila sudah boleh mula berjalan, bermulalah episod terjatuh, tersembam, terluka dan macam-macam lagi. Walaupun kita dah larang, tapi mereka tetap melakukannya. Apabila anak-anak jatuh tersembam, kalau tidak giginya cedera, bibir atau lidah mereka yang akan luka. Gigi mereka pula, samada terpatah atau tercabut. Melalui perkongsian di Medical Mythbusters Malaysia oleh Dr Mazwin BT Mazlan, disini disenaraikan peranan ibu bapa apabila gigi anak tercabut:

Gigi Terpatah VS Gigi Tercabut

  • Gigi Terpatah 

Highlighted


Gigi terpatah adalah apabila sebahagian gigi terasing dari sebahagian yang lain. Maksudnya sebahagian gigi masih ada dalam tulang didalam mulut.

  • Gigi Tercabut

Gigi yang tercabut pula menunjukkan keseluruhan gigi itu terkeluar dari soket gigi. Dalam istilah pergigian dikenali sebagai AVULSION.

Kedua-dua rawatan gigi terpatah dan tercabut ini adalah berbeza.

Apa Ibu Bapa Harus Buat Apabila Gigi Anak Tercabut?

  1. Apabila anak-anak terjatuh dan berdarah dalam mulut, bertenang dan jangan panik.
  2. Pastikan terlebih dahulu gigi yang tercabut itu samada gigi susu atau gigi kekal. Selalunya ibubapa akan peka keadaan ini kerana kanak-kanak yang mempunyai gigi susu atau gigi deciduous yang berada dihadapan akan exfoliasi tertanggal dalam lingkungan usia 6-8 tahun.
  3. Sekiranya gigi susu yang tercabut keluar, tidak perlu khuatir kerana anak masih mempunyai gigi “spare” yang akan mengantikannya. Yang perlu diberi perhatian adalah gigi kekal.
  4. Apabila kecederaan mengakibatkan gigi kekal yang tercabut keluar, pekara pertama yang perlu dilakukan adalah memasukkan semula gigi ke dalam soket gigi itu semula. Kaedah ini dalam istilah pergigian adalah REIMPLANTATION.

Ibu bapa di ingatkan untuk mengendalikan gigi tercabut itu dengan memegang pada kepala gigi atau kawasan crown gigi. Jangan memegang pada kawasan akar gigi tersebut. Selepas memasukkan gigi itu ke dalam soket gigi tersebut, letakkan sapu tangan atau kain bersih untuk anak gigit di bawah gigi tersebut dan segera ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan seterusnya.

  1. Sekiranya ibu bapa takut atau tidak pasti bagaimana untuk memasukkan gigi ke dalam soket gigi tersebut, simpan gigi anak yang tercabut itu didalam bekas yang mempunyai medium yang boleh menyelamatkan gigi anak kelak.

Medium ini adalah seperti susu segar, cecair air liur, cecair normal saline (cecair pembersih kanta lekap), atau sekiranya tidak dapat menemui semua cecair seperti diatas dalam keadaan kecemasan, masukkan gigi kedalam mulut dan segara ke klinik pergigian.

Tapi, anda harus berhati-hati! Pastikan anak anda tidak tertelan atau tercekik gigi tersebut.

Ujar Dr Mazwin lagi,

Keadaan adalah penting memastikan gigi ini dipelihara dari terlalu lama kering berada di luar mulut atau tidak berada didalam medium yang sesuai seperti yang disebutkan tadi.

Rawatan Reimplantasi sukar dijangka jika gigi berada di luar mulut melebihi 60 Minit.

Sekiranya gigi itu berada di luar mulut tanpa didalam medium yang sesuai melebihi 60 minit, kadar keberjayaan gigi itu akan sihat dan berfungsi normal seperti biasa selepas rawatan reimplantasi telah menurun dan sukar dijangka. Malah komplikasi lain pula perlu dihadapi seperti infeksi, angkylosis juga resorption.

Jadi, ini yang perlu ibu bapa lakukan sekiranya anak-anak anda terjatuh dan gigi mereka tercabut. Bertenang, dan segera bawa mereka berjumpa doktor. Jangan panik!

Tingkatkan keselamatan anak anda dengan safety appliances dari Motherhood.com.my hari ini!