Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Seorang Ibu Anak Dua dimalukan Fasha Sandha gara-gara teguran di IG!

Fasha Sandha-kritik

credit: Oh Bulan

Sejak kebelakangan ini Fasha Sandha sering menarik perhatian netizen gara-gara gambar beliau yang di upload di Instagram peribadi beliau yang dikatakan agak “daring”. Baru -baru ini, seorang ibu anak dua telah menegur cara pemakaian Fasha Sandha dan beliau terus meng’upload’ gambar ibu tersebut bersama anak-anaknya dan memarahi ibu tersebut.

Awak tu ada anak2, awak belum tau apa akan jadi pada anak2 awak.

Kenapa kalau ibu yang bersalah kena kaitkan dengan anak-anak? Dengan status kecaman Fasha ini, ramai netizen mula menunjukkan taring dan mengecam Fasha kerana tindakan beliau yang tidak relevan itu.

Pegi jaga laki dan anak2 awak. Saya takut anak2 dan keluarga u MALU dengan kata2 awak ni wahai Monaliza Razali

Ramai netizen mengecam perbuatan Fasha kerana beliau mengaitkan tentang anak-anak Monaliza ini. Kenapa kena kaitkan anak-anak? Apa salah anak tu?

Highlighted


 

 

Netizen juga merasakan yang hal ini tak perlu la nak diperbesarkan. Isu ini menjadi parah bila Fasha mengaitkan anak-anak Monaliza ini.

Memalukan kaum orang berhijab, kata2 tidak seperti penampilan.

Fasha Sandha perlu bersikap matang.

Bagi saya pula, benda remeh macam ni tak perlu la diperbesarkan. Kenapa nak kaitkan anak-anak sekali? Betul la Monaliza ni tersalah komen tapi Fasha Sandha tak perlu la nak melenting sampai macam ni sekali.

Fasha Sandha nama yang besar, ada ramai peminat, tak fikir ke apa akan jadi kepada keluarga Monaliza ni? Fasha Sandha juga ada pesan supaya Netizen ni berhenti membuli artis, tapi ironinya dia sendiri yang membuli Monaliza ni.

Biasa kita dengar kalau anak-anak buat salah, netizen akan cakap “Mak tak ajar ke?”, kali ini lain pulak, mak yang buat salah, habis anak-anak dan suami dikaitkan sekali.

Beringatlah kita semua ni ya, baik ibu-ibu mahupun netizen yang “keyboard warrior” ni. Kalau nak menegur, fikir dulu. Takut terjadi benda-benda buruk macam ni,

Kepada Fasha Sandha, saya rasa awak tak perlu nak memalukan Monaliza ni. Berfikir la secara matang, awak pun ada anak-anak.

Ingin mengetahui  banyak lagi tips-tips keibubapaan dan ingin membeli barang-barang bayi yang murah? Sila Klik Disini!