Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak Malas Solat? Ibu Kongsi Tips Bagaimana Nak Bagi Anak Rajin Solat

Dari kecil lagi kita diajar untuk solat 5 waktu dan solat adalah tiang agama buat orang yang beragama Islam. Ia menjadi satu amanah dan kewajipan untuk mengajar mereka solat. Dengan mengajar mereka solat, Mommy juga dapat mewujudkan keluarga yang sihat dan bahagia.

Sebab itulah, solat penting buat kita manusia. Apabila menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup, kita boleh solat dan munasabah diri balik apa yang boleh kita lakukan untuk selesaikan masalah tersebut.

Mujurlah ada Puan Nurhafizah Kamil untuk kongsikan rahsia bagaimana nak anak rajin solat.

Kalau Mommy nak tahu apa rahsianya, jom baca sampai habis!

Macam Mana Nak Bagi Anak Rajin Solat?

7 Tips Anak Rajin Solat

Highlighted


1. Selalu Solat Depan Anak

Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa jua perkara pada mata anak-anak. Mereka akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap apa yang ibu bapa lakukan. Oleh itu gunakan kelebihan ini dalam mengajar anak kecil untuk bersolat.

2. Ajak Anak Solat, Bukan Suruh

Ibu bapa perlu mengajak anak solat berjemaah bersama-sama, bukan menyuruhnya solat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat. Kanak-kanak sangat mudah terikut dan meniru tingkah laku orang dewasa. Kita perlu mulakan terlebih dahulu dengan sentiasa solat di hadapan mereka.

3. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas

Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak kita boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak ingat akan surah-surah lazim yang sering kita bacakan serta membuatkan mereka rasa gembira dan setiasa menunggu waktu solat. Untuk mudahkan anak hafal bacaan dalam solat, hadiahkan buku elektronik MommyHana. Anak boleh hafal dalam masa sehari je.

4. Beri Pujian Untuk Setiap Perkara Positif

Jika anak menunjukkan kelakuan yang baik seperti tekun dan tidak bermain main semasa solat, berikan mereka pujian. Dengan cara ini mereka akan sentiasa gembira dan semakin tekun untuk solat.

5. Ajar anak suka dengar azan

Ketika azan, ajar anak diam, dengar dan menghayati sama-sama. Kuatkan suara ketika menjawab azan supaya anak dapat dengar dan cuba jelaskan kepada mereka tentang azan iaitu panggilan untuk solat.

6. Hadiahkan kelengkapan solat

Alangkah seronoknya anak apabila menerima hadiah kelengkapan solat yang cantik dan berwarna-warni. Ia dapat mendorong mereka lebih bersemangat dan seronok untuk solat setiap hari. Hadiahkan sejadah dan telekung untuk tarik minat mereka suka solat.

7. Amalkan doa buat anak

Perkara penting sebagai ibu bapa, janganlah lupa untuk mendoakan anak-anak agar mereka rajin untuk mendirikan sembahyang, malah beribadat dengan lebih tekun.

Amalkan doa daripada Surah Ibrahim, Ayat 40 yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku seorang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” Bimbinglah anak melakukan kebaikan dan beribadat kepada Allah sejak dari kecil lagi.

Nasib baik ada Puan Nurhafizah, sekarang Mommy pun dah tahu macam mana nak ajar anak solat dan macam mana nak bagi mereka rajin solat dari kecil. Amalan solat ini perlu dilakukan sejak kecil lagi, supaya bila mereka besar nanti, mereka boleh teruskan amalan ini hingga akhir hayat.

Kami faham, bukan senang untuk mengajar dan arahkan mereka untuk solat. Ia sangat digalakkan untuk Mommy, mengajak mereka daripada arahkan mereka. Semoga petua ini dapat membantu Mommy sekeluarga.

InsyaAllah amalan ini diterima oleh Allah S.W.T.

Kredit: Facebook Puan Nurhafizah Kamil