Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pantang Larang Ketika Hamil – Ini Perkongsian Para Ibu di Malaysia

credit: LiveStrong.com

Pregnant women

Pernah dengar kenan masa mengandung? Kenan tu apa? Menurut Amran Kasimin (1995:57) kenan tu ialah  kecelakaan sama ada penyakit atau kecacatan yang dialami oleh bayi yang baru dilahirkan sebab ibu-ibu mengandung melanggar pantang larang.

Biasa dengar kan? Kenan atau badi ni bukan masyarakat Melayu je ada, dekat mana-mana tempat pun ada benda ni. Contohnya, dalam kepercayaan lama masyarakat Mexico, anda tidak boleh terdedah kepada cahaya bulan mengambang ketika hamil kerana bulan cemburukan anda dan akan menyumpah anak anda. Pelik kan?

Highlighted

credit: lesacados.com

Untuk elakkan dari terkenan atau badi ni, para ibu perlu ikut pantang larang yang ada ni.

Berikut adalah sesetengah komen dari Facebook mengenai pantang larang ketika hamil.

Jaga Mulut

Marah-marah kawan cina masa mengandung, lahir-lahir anak kulit putih. Memang comel tapi nak cakap yang walaupun badi ni takde kena mengena dengan logik akal, benda ni memang berlaku. Tapi takkan la nak marah bangsa cina masa hamil semata nak anak kulit putih, jangan macam tu ya.

Menjaga bahasa dan percakapan masa mengandung ni memang biasa dengar. Kalau tak hamil pun kena jaga bahasa, apatah lagi tengah hamil. Nampak macam tak logik, ada yang cakap mitos, tapi beringatlah masa nak marah tu. Betul, perempuan hamil memang emosi tak stabil dan untuk elakkan dari perkara buruk jadi nanti, jauhilah dari maki hamun orang sekeliling ya. Sabar.

Jangan Seksa Binatang

Ini satu lagi pantang larang yang memang kena ikut. Jangan seksa binatang. Pernah juga dengar dulu ada suami gunting telinga tikus sebab geram sangat tikus asyik masuk rumah tapi bila anak dia lahir, anak dia takde telinga. Nauzubillah.

Minta dijauhkan benda macam ni. Kalau rasa macam geram je tengok binatang masa hamil tu, rasa nak marah je, bawak-bawak la beristighfar. Ingat anak dalam perut tu.

Jangan Pakai Tudung Lilit-Lilit?

Ini benda baru yang kita tak biasa dengar kan? Tapi berlaku. Sama macam pantang larang dekat Hawaii, wanita mengandung tidak dibenarkan memakai rantai leher kerana dipercayai akan menyebabkan bayi terjerut dengan tali pusatnya.

Jadi, pantang larang atau kenan ni bukan perkara luar biasa dalam masyarakat dunia mahupun masyarakat  kita.

Banyaknya Pantang Larang, Nak Ikut ke Tak?

Sebenarnya terpulanglah kepada individu tu nak ikut ke tak, apa-apa pun kena la jaga perangai masa mengandung. Jangan menyesal di kemudian hari.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!